Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 20 Mac 2010

GST

15 Mac 2010, Skudai : Bacaan draf kedua berkenaan isu Rang undang-undang Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada persidangan parlimen hari ini terpaksa ditunda berikutan bantahan kuat daripada rakyat. Penundaan ini bertujuan bagi membolehkan kerajaan mendapatkan respon dan pandangan sebelum menjalankan GST di Malaysia.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun menjelang tarikh itu, pentadbiran Tun Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Kita semua tahu pendapatan Negara agak menguncup pada masa ini. Bajet 2010 adalah sebanyak RM180 bilion berbanding RM220 bilion untuk tahun 2009. Kurangnya keuntungan Petronas pula menyulitkan lagi keadaan. Maka untuk menstabilkan ekonomi sekarang, maka dicadangkan cukai GST yang akan dikenakan ke atas sesetengah transaksi jual beli barangan dan perkhidmatan di seluruh Negara yang dianggarkan sebanyak 4%. Melalui GST, Kerajaan menjangka perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya.

GST yang mungkin dilaksanakan ini merupakan cukai tidak langsung. Cukai tidak langsung bermaksud cukai yang dikenakan secara tidak langsung kepada pengguna oleh pengeluar dengan pengguna akan membeli sesuatu barang dengan harga yang sudah disertakan dengan cukai.

Jika sebelum ini, hanya individu tertentu yang dikenakan cukai, namun melalui GST ini, setiap individu akan terkena tempias akibat perlaksaannya GST dan tidak terkecuali mahasiswa itu sendiri.

Saudara Hafizuddin Misbah, Naib Presiden 1 PMIUTM apabila dihubungi berkata “Kami yakin setelah meneliti beberapa fakta yang diperolehi, perlaksanaan ini bakal memberi bebanan kepada rakyat khususnya mahasiswa.

Tambah beliau, Cukai yang ingin dilaksanakan juga dilihat bakal memberi “kesan berantai” kerana cukai ini merupakan cukai yang tidak langsung ,bebanan cukai akan ditanggung oleh pengguna akhir iaitu rakyat termasuk mahasiswa. Dan apabila memperkatakan soal cukai, cukai mana yang tidak membebankan??” Justeru, kami mahasiswa membantah cadangan perlaksanaan rang undang-undang GST ini demi kepentingan kami mahasiswa pada masa akan datang.

Pihak universiti juga dicadangkan mengadakan forum atau debat perdana dengan memanggil kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan juga pembangkang bagi memperjelaskan isu GST secara telus kerana ini bukan soal politik semata-mata tetapi melibatkan kebajikan rakyat dan mahasiswa itu sendiri. Ini juga adalah peluang kepada kerajaan untuk turun memberi penerangan kepada rakyat (baca:mahasiswa) sebelum dasar-dasar yang dianggap “membebankan” ini dijalankan. Sekian. MyLPM.