Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 31 Disember 2011

EPILOG 2011 KEYHEARTS

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...(^_^)

Alhamdulillah, MASA ada satu nilai yang tidak terhingga yang Allah kurniakan kepada kepada hamba-hambaNya. Amat beruntunglah kepada mereka yang menggunakan masa sebaiknya dengan amalan yang soleh.

Inilah memori yang sempat aku rakam semasa tahun 2011. Check it out...(^_^)>

Kali Pertama Ke Domino Pizza Bersama Sahabat




Perlawanan Bolasepak Di UTM




Cuti-Cuti Di Pantai Air Papan



Final Year Project



Majlis Perpisahan Senior KRU




KONVOKESYEN 29 SEPTEMBER



ISMAIL AND HIS WIFE.



REUNION SMKTI




First Time Bekerja Secara Rasmi Walaupun Sambilan




Ya Allah, Walaupun Tidak Banyak Kejayaan Dalam Kehidupan Aku, Namun Aku Tahu Ada Kejayaan Yang Tidak Aku Tahu Yang Engkau Berikan Dalam Kehidupan Aku. Segala Pujian Hanya Untuk Allah. Selamat Tahun Baru Bagi Tahun Masih Untuk Anda. JOM KITA MENCIPTA SEJARAH....Chaiyok3...\(^_^)/

Ahad, 30 Oktober 2011

Novel Fantasi - Saga Takluk Jagat



Tajuk: Saga Takluk Jagat
Penulis: Zaki Zainol

Sinopsis:
Seorang jejaka bernama Bayu Jata merupakan pewaris kepada senjata sakti. Mengembara mencari kebenaran dalam dunia fantasi ini.

Komen:
Novel ini membuka mata hamba bahawa Malaysia juga memiliki anak watan yang mampu menulis sebuah karya fantasi yang bercirikan budaya melayu namun bercampur dengan gaya ala-ala komik Hong Kong dan Lord Of The Ring. Tertarik juga unusr-unsur islam yang cuba disampaikan oleh beliau. Tidak sia-sia saya membelinya. (^.^)
Kepada sahabat-sahabat yang suka membaca novel, cubalah baca novel ini.

Rabu, 14 September 2011

Monavie: Mencari Ikhtiar

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari ini ada promosi sikit. Mak ada buat perniagaan baru tentang produk kesihatan iaitu Jus Monavie. Jus ini hasil campuran buah acai bersama-sama buah-buahan yang lain. Alhamdulillah, setakat ini ramai merasai perubahan setelah minum air ini oleh pelanggan mak dan mendapat pesanan yang banyak. InsyaAllah Monavie ni halal dan sesuai untuk semua golongan. (^.^) Ingin maklumat lebih lanjut, sila klik ini.[KLIK]

Kalau nak beli dari mak saya bolehlah hubungi Aini[0124669300]. InsyaAllah mak bagi harga istimewa untuk anda.







Monavie Pernah Masuk TV3.[Klik]

Bermulanya Aku Di Alam Baru

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan dan waktu kepada aku untuk merasai detik-detik berkerja dengan sebuah syarikat swasta yang agak mantap ekonominya. Baru aku merasai bagaimana bezanya jika kita berada di lapangan sebenar mencari rezeki.

Keghairahan kita mencari rezeki kadang-kala melupakan kita pada niat kita sebenar sebagai hambaNya sehinggakan mengabaikan segala prinsip-prinsip kita yang ada. Namun begitu tidak mustahil bagi seseorang itu mampu bertahan walaupun pelbagai dugaan merempuhi iman di dada apabila mencari rezeki. Malangnya aku bukan seseorang yang kuat imannya tetapi aku tetap menyayangi iman aku agar sentiasa mengingatiNya.

Banyak kekurangan pada diri ini apabila aku bermula bekerja terutamanya pada ilmu. Aku terasa kosong sangat apabila ditanya pelbagai tentang ilmu jurutera. Terasa diri ini tidak layak menjadi jurutera andai kata aku masih lagi tidak tahu apa-apa. Setiap hari aku meningkatkan segala fizikal dan mental untuk mencari sebuah pengalaman sebagai jurutera. Kadang-kala aku membuat sesuatu kesilapan namun begitu ia menjadi pengajaran kepada aku untuk terus maju menjadi Jurutera kepada Allah agar segala asbab kerja aku lakukan ini mendapat manfaat rakyat dan agama Islam.

Kini, aku sedang mencari haluan hidup. Aku sedang mencari sebuah pekerjaan yang mampu untuk membahagikan masa aku bersama keluarga,sahabat dan Allah.(^.^)

Jumaat, 22 Julai 2011

Saat Paling Gembira Di Bulan Ramadhan


Debaran semakin tiba ketibaan bulan paling kita sayang iaitu bulan ramadhan yang akan menyinari hari-hari kita ini. Bila tibanya bulan ramadhan ini terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang akan sentiasa membawa makna kepada diri kita. Antaranya:

Bersahur

Bersahur adalah amalan sunnah Nabi s.a.w sebelum menempuhi puasa. Bersahur adalah paling seronok. Bukan mudah nak bangun pukul 4 atau 5 pagi untuk bersahur. Ia memerlukan semangat yang tinggi sebab nak melawan nafsu yang tidak cukup tidur ini. Peristiwa sahur memang seronok dengan melihat telatah keluarga. Ada yang tak lalu makan la, ada yang mata duk layu depan makanan. Namun begitu sahur adalah peristiwa menarik yang aku tidak boleh lupakan.


Berbuka Puasa


Antara peristiwa paling best adalah ketika berbuka puasa. Hal ini memang menyeronokkan. Yelakan bagi orang biasa ini bila berpuasa tak tahan nak menunggu berbuka puasa. Bila sampai 2 jam sebelum berbuka puasa macam-macam pikiaq makan apa ye, mak masak ape, aku nak makan ni la. Paling tak tahan tu bila pergi bazaar. Wah! Memang rambang la mata tengok makanan. Nak tu la. Nak ni la. Pastu bila berbuka puasa ceput aja makanan. Hehe.. Itu la membazir lagi walhal bulan ramadhan la antara bulan untuk kita berjimat. Yang paling seronoknya bila kita dapat berbuka dengan keluarga. Nikmat yang Allah berikan dibulan ramadhan antaranya berbuka puasa. Ketika itulah silaturahim antara keluarga,kawan-kawan atau saudara antara Islam akan semakin erat disebabkan bulan ramadhan.

Tarawih

Ha, tarawih paling aku tak tahan. Selalunya aku akan buat lapan rakaat. Dulu masa kecik-kecik memang best. Sesiapa yang lahir 1900 hingga 1999 akan tahu mengapa lepas tarawih paling best. Pada masa dulu lepas tarawih pekara paling best adalah mercun. Pung pang sana la. Pung pang sini la. Memang menggangu orang betul. Tapi itu dulu zaman kecik-kecik. Sekarang tak ada dah. Bila besaq ni lepas tarawih aja pergi lepak kedai mamak atau zaman teknologi sekarang Facebook la…(^.^)

Malam Lailatulqadar

Malam memang orang-orang beriman akan mencari sebab Allah member rahmat kepada manusia selama 81tahun…fuh! Memang Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya. Bila dengaq cita-cita malam lailatulqadar ni best!!!



Malam Raya

Malam raya antara malam yang seronok dan bercampuq kesedihan. Yela, dalam kita seronok-seronok buat kuih raya,kemas rumah dan pasang pelita tengok-tengok ramadhan dah nak tinggalkan kita. Tapi malam ni la paling sakan nak p beli belah. Masa ni la nak pau orang-orang dah bekerja nak beli baju raya. Yolakan kitakan masih belajaq lagi, tu sebab pau orang.

Konklusinya, jika kita lihat aspek dunia dalam bulan ramadhan ni memang indah. Itu tak tengok aspek akhirat memang lagi seronok. Apa-apa pun all the best for ramadha. Moga kita dapat meningkatkan tahap puasa kita dimakam yang lebih tinggi.(^.^)

Khamis, 21 Julai 2011

Aku Seorang Penyiasat(Detective)

Penyiasat merupakan seseorang yang berkebolehan dalam menyiasat dan menyelesaikan kerumitan dalam seseatu perkara atau peristiwa. Ia memerlukan seseorang menggunakan akal yang ada untuk meneliti kesemua benda yang ada disekeliling kita untuk menghadapi sesuatu penyiasatan.




Jika kita lihat dalam sesuatu penyiasatan pembunuhan atau kemalangan, mereka yang digelar penyiasat akan menggunakan hukum logik untuk meneliti tingkah laku manusia untuk menyelesaikan kes tersebut sebagai contoh tingkah laku manusia adalah dengan kita melihat telatah seseorang yang membawa barang atau harta yang berharga. Dia akan sentiasa akan menunjukkan sikap berhati-hati ketika membawa barang tersebut.


“Ia hanya ada satu kebenaran sahaja.” Kata-kata dari watak komik Detektif Conan. Untuk membuktikan sesuatu kebenaran, setiap penyiasat haruslah mempunyai info(dalil) dan bukti melalui deria pancaindera dalam menyatakan pembuktian kita. Tanpa kedua-dua tersebut tidak akan menjadikan tangga kepada kita untuk mencapai sesuatu kebenaran sebagai contoh anda diuji dengan meneka objek yang berada di dalam sebuah kotak. Untuk mendapat jawapan tersebut anda akan cuba mendapatkan info dengan bertanya bagaimana bentuk dia dan mendapatkan bukti lagi, anda akan cuba menggoncang atau menghidu kotak tersebut untuk mengetahui objek apa yang berada di dalam kotak tersebut. Ini adalah perkara asas dalam sesuatu penyiasatan.



Bertanya adalah permulaan sebuah jawapan. Jika kita belajar di sekolah atau universiti nadi kejayaan seseorang dalam sesuatu perkara adalah bertanya. Kita tidak akan temui jawapan jika kita ada persoalan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Mengapa,kenapa,bagaimana,di mana dan bila merupakan perkataan rutin bagi seseorang penyiasatan dalam menyelesaikan kemaslahatan.

Jadi, sebagai konklusinya kita sebagai umat manusia kadang-kala selalu membuta tuli dalam mencari sesuatu kebenaran tanpa mencari dalil dan bukti sebagai kekuatan kepada kepercayaan kita. Terus menghukum dan mempercayai dengan tidak mempunyai asas yang kukuh akan membawa bencana kepada kita dikemudian hari.

Rabu, 6 Julai 2011

Keanjalan siasah syar’iyyah dan kesediaannya untuk berkembang



Keanjalan siasah syar’iyyah dan kesediaannya untuk berkembang

Ibnul Qayyim berkata lagi,

” Maksud di sini adalah bahawa contoh–contoh di atas (rujuk siri sebelum ini) adalah merupakan siasah juz’ie/khas yang berdasarkan maslahat/kepentingan. Ia berubah dengan berubahnya masa. Sesetengah ulama menganggapnya sebagai syariat umum (bukan juz’ie) yang lazim/mesti ke atas umat sehinggalah hari qiamat. Masing–masing memiliki keuzuran (ketika berijtihad) dan ganjaran. Barang siapa berijtihad demi mentaati Allah dan rasulNya, maka dia sedang berlegar di antara satu atau dua pahala.”



” Hukum–hukum politik tadi dan banyak lagi sebenarnya adalah ta’wil/tafsir kepada Al Quran dan Sunnah. Cuma khilafnya adalah pada menentukan samada ia adalah syariat umum yang tidak akan berubah dengan perubahan zaman ataupun ia adalah siasah juz’iyyah yang berdasarkan maslahat yang mungkin saja berubah berdasarkan perubahan zaman dan tempat.”
Tamat

Tidak syak lagi contoh–contoh di atas adalah siasah juz’iyyah yang merujuk kepada tuntutan semasa. Apabila masa berubah atau tempat bertukar atau keadaan berkembang, maka hukum lama mestilah dinilai balik dalam situasi baru. Ia mungkin saja berubah. Tidak harus kekal jumud di atas hukum lama yang mungkin memudaratkan ummah.

Hakikatnya manusia berupaya mengubah hukum apabila cukup di hadapannya ilmu dan kehendak, apatah di zaman kini yang penuh kekuasaan dan keupayaan.

Jelas apa yang ditegaskan Ibnul Qayyim (mazhab Hambali) berkenaan denda dengan harta dalam hukum takzir adalah bertentangan dengan pendapat mazhab lain. Tetapi bersandarkan dalil–dalil yang dikemukakan, jelas ialah yang rajih/lebih kuat.

Kekhilafan antara mazhab dan para fuqaha’ adalah keluasan dan rahmat kepada ummah, khususnya di medan siasah. Kekhilafan tersebut bukan beerti kita berhak memilih apa yang berkenan dan terpesona di hati tanpa timbangan syar’ie. Ini salah dan mengikut hawa nafsu semata–mata. Perbendaharaan yang besar ini sebenarnya membuka peluang kepada kita untuk memilih, menilai dan mentarjihkan di antara pendapat fiqhiyyah demi menunaikan maqasid / matlamat syar’iyyah dan kepentingan manusia yang deminya syariat diturunkan.

Ulasan umum mengenai maksud siasah di sisi fuqaha’



Apa yang kami sebut di atas adalah merupakan pandangan para fuqaha’ di dalam takrif siasah dan maksudnya yang menunjukkan wujud perluasan dan penyempitan di dalam pandangan mereka.

Tetapi jika kita melihat siasah daripada sudut kandungannya iaitu perkara yang berkaitan menguruskan perihal rakyat, menunaikan amanah dan hak mereka, kita akan dapati para fuqaha telah membincangkannya dengan cukup panjang lebar. Sebahagiannya terdapat dalam kitab besar fiqh di dalam tajuk – tajuk yang khusus seperti bab amanah, qadha’ (hukuman), hudud, jihad dan sebagainya. Manakala sebahagiannya ditulis lebih khusus di dalam kitab – kitab yang langsung membicarakan perihal hukum, politik, pentadbiran, harta dan sebagainya. Antaranya:

1 ) Al Ahkam As Sulthaniyyah oleh Abul Hasan Al Mawardi Asy Syafi’e.

2 ) Tajuk sama oleh Abu Ya’la Al Farra’ Al Hambali.

3 ) Ghiyatsul Umam oleh Imamul Haramain Al Juwaini Asy Syafi’e

4 ) As Siasah Asy Syar’ieyyah oleh Ibnu Taimiyyah Al Hambali

5 ) At Turuq Al Hukmiyyah oleh Ibnul Qayyim

6 ) Lain – lain.

Ada juga kitab–kitab yang ditulis berkaitan pengurusan harta sahaja. Antaranya:

1 ) Al Kharaj oleh Abu Yusuf, sahabat besar Abu Hanifah. Ia dikarang khusus untuk Khalifah Harun Ar Rasyid di dalam pengurusan harta negaranya.

2 ) Tajuk sama oleh Yahya ibn Adam

3 ) Al Amwal oleh Abu Ubaid Al Qasim bin Salam. Ia merupakan kitab terbesar yang dikarang mengenai harta di dalam Islam.

4 ) Lain–lain.

Ada juga perihal siasah yang ditulis di dalam kitab–kitab aqidah dan ilmu kalam. Para ulama Sunnah terpaksa menulis perihal Imamah/kepimpinan dan syarat–syaratnya di dalam kitab aqidah memandangkan ulama Syiah menganggap imamah sebagai sebahagian soal aqidah.

Kerana itu para ulama Sunnah terpaksa membincangkannya demi membetulkan kefahaman yang bertentangan itu. Mereka tidak mensyaratkan imamah itu mesti daripada kalangan Ahlil Bait sekalipun kebanyakan mereka mensyaratkan mesti daripada keturunan Quraisy. Juga imam hendaklah dipilih daripada kalangan ummah dan mereka tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Ada juga ulama yang membincangkan perihal politik di dalam kitab tasawwuf seperti Al Ghazali di dalam kitabnya yang masyhur, Ihya’ Ulumiddin.

Antara tulisannya dalam (kitabul ilmi) daripada kitab tersebut ialah mengenai kaitan antara alim faqih dengan ahli politik. Beliau menjadikan fiqh sebagai ilmu kehidupan/dunia dan mengatakan jikalah manusia menguruskan urusan dunia mereka dengan adil, maka pasti tiada lagi pertelagahan danmenganggurlah para fuqaha’. Tetapi mereka mengurusnya dengan nafsu syahwat, lalu berlakulah pertelagahan sesama mereka. Dari situ mereka memerlukah sultan/pemerintah yang dapat mentadbir urus mereka. Para pemerintah ini pula memerlukan undang–undang untuk menegakkan keadilan. Maka para fuqaha’ diperlukan.

Katanya,

” Orang faqih ialah orang yang alim dengan undang – undang politik dan jalan saksama di antara manusia apabila mereka bertelagah berdasar hukum nafsu mereka. Dia menjadi guru dan penasihat sultan di dalam mengurus dan menjaga rakyat agar urusan duniawi mereka menjadi betul apabila mereka istiqamah dengan undang – undang tersebut. Demi sesungguhnya politik berkait dengan agama juga tetapi bukan secara terus bahkan dengan perantaraan dunia. sesungguhnya dunia adalah ladang akhirat. Dan tiadalah sempurna ugama kecuali dengan dunia. Kerajaan dan ugama adalah saudara kembar. Agama itu asal manakala sultan / pemerintah adalah penjaganya. Sesuatu tanpa asal adalah kosong manakala sesuatu tanpa penjaga adalah sia – sia. Tidak sempurna kerajaan dan pengawasan tanpa raja yang memerintah. Dan jalan mengawasi di dalam memutuskan pertelagahan adalah dengan fiqh.”



Politik di sisi para hukama’ ( ahli falsafah )

Sebagaimana para ulama Islam – fuqaha’, usuliyyin, mutakallimin – memberi perhatian kepada perihal siasah, begitu juga para ahli falsafah Islam. Mereka seperti Abi Nasr Al Farabi (339H) yang digelar sebagai guru kedua (al Muallim ath thani) selepas Aristotle dalam dunia falsafah. Beliau telah menghasilkan beberapa buku yang masyhur, antaranya Risalah as Siasah danAl Fusul al Madaniyyah. Sesetengah pengkaji menggelar beliau sebagai ‘ bapa falsafah politik Islam ‘ kerana perbincangannya yang meluas dalam hal politik.

Selepas beliau, datang pula Abu Ali Ibnu Sina (428H), ahli falsafah agung yang terkesan dengan pemikiran Al Farabi. Cumanya beliau tidak memberi tumpuan khusus dalam isu politik sebagaimana juga perihalnya dalam tajuk–tajuk lain. Perbincangannya tentang politik banyak merata lewat bukunya yang masyhur, Asy Syifa’. Menurut beliau, politik ialah pentadbiran yang elok dan pembaikian kerosakan (husnu at tadbir wa islah al fasad). Beliau berpendapat para pemerintahlah yang lebih patut menekuninya walaupun politik tidak hanya berlegar di kalangan pemegang kekuasaan sahaja, bahkan meliputi semua orang walau apa kedudukannya dalam masyarakat.

Apa pun, ahli falsafah dalam kelompok ini lebih melihat daripada pandangan falsafah aqliyyah yang menerima kesan daripada falsafah Yunani. Kita tidak mendapati mereka memiliki thaqafah Islamiyyah yang mengikat mereka dengan usul dan sumber syariah Islamiyyah.

Itu melainkan seorang ahli falsafah Islam yang terbilang iaitu Abil Walid Ibn Rusd Al Hafid (595H). Beliau ketika mengupas persoalan politik, akan berpegang dan bertolak daripada sumber syariah yang menandakan keistimewaannya menghimpunkan antara syariah dan falsafah.

Politik di sisi ahli falsafah akhlak


Wujud segolongan ahli hikmat (falsafah) yang cukup hebat dalam pandangan falsafahnya tetapi bergabung dengan pandangan syariat Islam sekalipun turut terkesan dengan falsafah Yunani. Saya sebutkan dua antara mereka:

Pertama, ahli falsafah akhlak terkenal iaitu Maskawaih atau kadang–kadang digelar Ibnu Maskawaih yang melalui kitab falsafah akhlaknya,Tahzibul Akhlaq wa Tathirul A’raq, kami melihatnya bersumberkan agama Islam seperti katanya mengenai kerajaan:

(Dan orang yang menjalankan tugas sunnah ini dan tugas – tugas syara’ yang lain sehingga tidak hilang daripada kedudukan asalnya adalah al imam.Kerja imam adalah kerja seorang raja. Orang–orang terdahulu tidak menamakan seseorang itu sebagai raja melainkan orang yang menjaga ugama dan bersedia melaksanakan martabat, arahan dan larangannya. Adapun orang yang mengelak daripada menjaganya, dia hanya dinamakan penjarah (mutaghallib) yang tiada keahlian untuk diberi nama raja/pemerintah (al malik). Ini adalah kerana agama merupakan undang–undang ilahi yang mendorong manusia dengan pilihan sendiri ke arah kebahagiaan yang tinggi. Raja adalah penjaga undang–undang ilahi ini yang menjaga manusia.)


Kedua ialah al Imam al Hasan bin Muhammad bin Al Mufaddal yang dikenali sebagai Ar Raghib bin Al Ashfahani, pengarang kitab ‘ mufradaatul Quran ‘dan diiktiraf kelebihannya di dalam ulum Al Quran. Beliau lebih dekat kepada agama berbanding falsafah sekalipun terpengaruh juga dengan pemikiran falsafah asal. Beliau adalah ahli falsafah ugama.

Beliau telah menyentuh perihal politik di dalam bukunya yang unik, ‘Az zari’ah ila makarim asy syariah’ sebuah kitab mengenai falsafah akhlak. Katanya,

(Dan siasah terbahagi dua.

Pertama, siasah individu terhadap dirinya, tubuh badannya dan yang berkaitannya.

Kedua, siasahnya terhadap orang lain dan masyarakatnya. Orang yang tidak layak mentadbir (siasah) dirinya tidak layak juga mentadbir orang lain.

Kerana itu Allah mencela orang mencalonkan dirinya sendiri untuk mentadbir orang lain, lalu dia menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada perkara munkar, sedangkan dirinya sendiri tidak terdidik ke arah itu.

Maksud firman Allah

” Adakah kamu menyuruh manusia melakukan kebajikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri walhal kamu membaca Al Kitab? Apakah kamu tidak berakal?” Al Baqarah:44 )


Maka dikatakan (mauquf daripada Umar),

” Tuntutlah ilmu/tafaqquhlah sebelum kamu memimpin/dilantik untuk memimpin” sebagai peringatan bahawa kamu tidak layak memimpin sebelum kamu mengetahui ilmu hukum (fiqh) dan juga siasah umum. Juga kerana antara pentadbir dan yang ditadbir (rakyat) adalah umpama bayang dan empunya bayang. Adalah mustahil bayang lurus sedang empunya bayang adalah bengkok. Bagaimana rakyat memperoleh petunjuk sedang pemerintah sendiri sesat?

Maksud firman Allah

” Wahai orang yang beriman, janganlah sesekali kamu mengikuti jejak – jejak syaitan. Barang siapa yang mengikuti jejak – jejak syaitan maka sesungguhnya syaitan menyeru kepada kejahatan dan munkar.” ( An Nur:26 )


Dia menegaskan bahawa adalah mustahil, dalam keadaan mengikut syaitan, seseorang boleh menyeru kecuali kepada kejahatan dan munkar juga.


Politik di sisi ahli falsafah sosial, Ibni Khaldun



Sayugia di sini kami menengahkan pandangan seorang ahli falsafah sosial,bahkan hakikatnya, beliaulah pengasas ilmu sosial, sebagai mana dinyatakan di dalam buku muqaddimahnya, iaitu Abdul Rahman Ibnu Khaldun (808H). Kenyataannya itu adalah mengenai kesan ugama di kalangan orang Arab di dalam membina sebuah kerajaan dan meneguhkannya, sedangkan pandangannya terhadap orang arab agak buruk, juga pandangannya bahawa orang Arab dekat kepada sifat buas berbanding kemajuan dan hadharah.
"Pun begitu beliau tetap menegaskan bahawa orang Arab tidak memperolehi sebuah kerajaan kecuali atas sifat ugama, iaitu nubuwwah dan wilayah Allah ataupun secara keseluruhannya adalah kerana kesan ugama yang besar."


Katanya,

Sebabnya adalah kerana mereka dengan sebab sifat liar mereka itu menjadikan mereka satu umat yang cukup payah untuk saling tunduk sesama mereka dengan sebab kebengisan dan kebencian, jauh himmah dan saling merebut kuasa. Maka sukar sekali ditemui penyatuan hati mereka.

Apabila datang ugama dengan nubuwwah (kenabian) dan wilayah Allah, ia mencabut sifat buruk itu dari diri mereka. Hilanglah sifat takabbur dan berebut kuasa. Dengan itu menjadi mudahlah ketundukan dan penyatuan mereka. Semua itu disebabkan ajaran ugama yang menolak sifat bengis dan benci, dengki dan saling berebut…


Ibnu Khaldun juga menulis satu fasal khas yang menegaskan bahawa dakwah diniyyah telah menambahkan lagi kekuatan negara ke atas kekuatan asabiyyah yangs sedia ada. Katanya, (Sebabnya – sebagaimana telah disebut – adalah kerana acuan ugama tersebut telah menghilangkan sifat suka berebut dan saling berdengki yang wujud di kalangan ahli asabiyyah, lalu melorongkan tujuan kepada kebenaran. Apabila terjadi pencerahan itu pada diri mereka, maka tiada lagi penghalang kerana arah tuju adalah satu dan tuntutan adalah sama di antara mereka. Golongan kuffar masa itu pula yang turut merebut kerajaan – sekalipun mereka lebih ramai -, tujuan mereka terpecah – pecah dalm kebatilan. Mereka takut mati. Maka mereka tidak terlawan umat Islam sekalipun mereka lebih ramai. Mereka kalah dan dipercepatkan lagi kekalahan itu dengan sebab kemewahan hidup mereka sebagaimana kami telah sebutkan sebelum ini.

Ini sebagaimana terjadi dalam kemenangan – kemenangan (futuhaat) yang dicapai di awal Islam. Jumlah tentera Islam di dalam perang Al Qadisiyah dan Yarmuk adalah sekitar 30,000 lebih dalm setiap satunya. Manakala jumlah tentera Parsi di Al qadisiyyah adalah lebih 120,000 orang dan tentera Hercules di Yarmuk pula adalah 400,000 orang (menurut Al Waqidi). Umat Arab tidak kalah dengan jumlah besar itu bahkan mereka mengalahkan musuh dalam peperangan tersebut.)

Ibnu Khaldun memberi tumpuan kepada perihal siasah semasa – tidak sebagaimana Plato dan Al Farabi – dan beliau berusaha menyelongkar hukum semulajadi (sunnah alam) yang menghukum umat dan masyarakat seluruhnya. Beliau adalah bapa ‘ pemangunan politik’ ataupun disebut ilmu sosio politik. Beliau, dengan pengiktirafan orang barat sendiri adalah oarang pertama yang menulis mengenai ilmu ini.

Siasah di sisi cendekiawan barat

Kita akan sempurnakan perbincangan ini dengan turut membincangkan walaupun sedikit mengenai maksud politik di sisi cendekiawan barat yang sedang menguasai dunia kini, khususnya di era hegemoni Amerika yang juga semacam memaksakan ilmu dan tamadun mereka untuk dianuti oleh seluruh dunia.

Kita tidak boleh mengabaikannya sekalipun kita menolak politik penjajahan dan tamadun penjajahan mereka. Kita beriman dengan kepelbagaian bangsa, ilmu, bahasa, ugama dan politik.

Mahu atau tidak, kita terpaksa akur bahawa sebahagian besar pertubuhan, majlis dan muassasah ilmiah dan pemikiran kita masih terkesan dengan barat sebagai rujukan. Kita banyak mengambil daripada mereka dalam kajian kita tentang sosial, kemanusiaan terutamanya dalam kajian politik.

Kita tumpukan kepada pentakrifan politik di sisi mereka.

Sebenarnya takrif politik di sisi barat saling berbeza berdasarkan haluan dan sudut pandang masing–masing. Politik di sisi golongan liberal tak sama dengan lawannya. Politik di sisi kapitalis yang menjulang hak individu tak sama dengan golongan sosialis yang menumpu kepada hak–hak masyarakat. Begitulah perbezaan yang dilihat di kalangan golongan komunis, ekonomi bebas dan selainnya.

Juga perbezaan yang dapat dilihat di antara golongan ugama yang jumud yang menganggap usaha menolak penyakit dan wabak sebagai menolak takdir tuhan dan golongan perubatan yang menyeru kepada pembaikan kesihatan awam. Malah kumpulan yang masih berpegang dengan kemuliaan akhlak dan ugama yang menentang kebebasan mutlak dan menolak penularan gelaja seks bebas tentunya cukup berbeza pentakrifan mereka mengenai politik dengan golongan yang menghalalkan segala – galanya demi melampiaskan kehendak nafsu buas manusia sehingga menerima perkahwihan sejenis dan pergaulan bebas yang di tolak oleh seluruh ugama.



Kami sebutkan di sini beberapa contoh:

1- Hans Murghantao (?) berkata: Politik adalah perbalahan demi merebut kekuatan dan kuasa.

2- Harold Laswil (?) berkata: Politik adalah kekuasaan dan penguasaan yang menentukan; Siapa menguasai apa? Bila? Dan bagaimana?

3- William Robson (?) berkata: Sesungguhnya ilmu siasah berteras kepada pengajian terhadap kekuasaan ke atas masyarakat, pengajian asas – asasnya, amalan praktiknya, tujuan dan natijahnya.

Semua takrif di atas berkisar mengenai kuasa dan kekuatan.



Jan Bari Dankan (?) mengupas dengan panjang lebar persoalan ‘apakah politik?’ dalam bukunya ‘Ilmu Politik’. Katanya, Penggunaan kalimah politik terbahagi dua iaitu penggunaan secara nau’ieyah dan bukan nau’ieyah( tertentu dan bukan tertentu ). Bukan khas bermaksud penggunaan kalimah politik yang mudah ditukar dengan kalimah yang seerti dengannya. Contohnya:

1- Penggunaan kalimah politik dalam erti mengurus seperti politik (pengurusan) pengangkutan dan politik ( pengurusan) tenaga.

2- Penggunaan kalimah politik dalam erti strategi seperti politik (strategi) parti dan politik ( strategi ) kerajaan.

3- Penggunaan kalimah politik yang bermaksud penghinaan seperti berfikir secara yang kotor yang membawa kebencian. Ini biasanya dituju kepada seseorang untuk tujuan mencela perbuataannya seperti kata – kata ” Ini politiknya lah.”

Inilah yang saya faham daripada Al Imam Muhammad Abduh di mana beliau dikatakan pernah berkata ” Saya berlindung dengan Allah daripada politik.” Tetapi saya kurang cerap tentang kesahihan kata – kata ini daripadanya.

Dankan menyatakan bahawa penggunaan kalimah politik secaranau’ieyah pula hendaklah dibezakan antara politik dan perkara – perkara lain yang bercampur baur dengannya yang membawa erti yang berbeza seperti teknokrat, politik dan ekonomi dan politik dan akhlak.

Apapun, kalimah politik yang digunakan oleh barat adalah berkisar pada dua tujuan yang asas: Pertama, kekuatan dan penguasaan. Kedua, Kepentingan dan manfaat.

Pada pandangan Islam, tiada tegahan pada menuntut kekuatan tetapi hendaklah ia menjadi alat untuk mendukung kebenaran (al haq). Kekuatan bukan sebagai matlamat. Umat Islam selama – lamanya hendaklah bersama kekuatan kebenaran, bukan kebenaran kekuatan. Kekuatan apabila terpisah daripada kebenaran akan menjadi bahaya yang menggugat golongan yang lemah yang tiada upaya dan daya sebagaimana Allah Ta’ala menggambarkan kejahatan kaum ’Aad dalam surah Fussilat:15 yang bermaksud:

Adapun ‘Aad, mereka telah berlaku takabbur di muka bumi tanpa kebenaran. Mereka berkata, siapakah yang lebih kuat daripada kami? Tidakkah mereka lihat bahawa Allah yang menciptakan mereka itu lebih kuat daripada mereka? Dan mereka terus menentang ayat -ayat kami.


Nabi Hud mengeluarkan mereka daripada kebejatan kekuatan dan menyeru kepada iltizam dengan kebenaran. Apabila mereka ingkar, Allah menghantar azabNya yang pedih.

Adapun kepentingan (maslahat), ia diterima pakai oleh syari’at Islam. Bahkan Allah tidak mensyari’atkan sesuatau hukum kecuali demi kepentingan hambaNya di dunia dan akhirat. Setiap masalah yang keluar daripada maslahat dan menuju kerosakan maka ia bukan daripada syari’at.

Al Maslahatul Mursalah iaitu sesuatu kepentingan yang tiada nas yang menerima atau menolaknya juga termasuk dalam salah satu daripada dalil – dalil syara’ yang diterima pakai, sebagaimana diterangkan oleh Imam Malik dan mazhab – mazhab lain juga.

Tetapi maslahat yang mengikat politik di dalam Islam dan juga percakapan barat itu bukanlah bererti setiap apa yang memberi kelazatan kepada manusia atau bermaksud pengumpulan kepentingan secara peribadi tanpa menghiraukan kerugian orang lain dan melanggar susila dan santun.

Bahkan syara’ menjelaskan maslahat yang dimaksudkan dan mengikatnya dengan matlamat – matlamat syariat yang menjaga ugama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagaimana akan dijelaskan nanti dalam tajuk ‘nas dan maslahat’.

sumber: http://hakimpenyu.blogspot.com/2011/03/agama-dan-politik-kompilasi-siri-2.html

Ahad, 3 Julai 2011

BERSIH: Hormati Kami Sebahagian Dari Suara Rakyat


Himpunan Besih Pencetus Revolusi Pilihanraya Telus

Himpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu himpunan aman yang diadakan untuk membuktikan kepada negara bahawa ada sebahagian daripada rakyat Malaysia masih tidak mempercayai sistem pilihanraya yang sedia ada ini. Malah saya sendiri sebagai rakyat Malaysia menjumpai kepincangan sistem yang diletakkan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dengan melihat begitu banyak kesilapan dalam daftar mengundi. Ini akan mengakibatkan sebahagian pihak akan mengambil kelebihan untuk membuat penipuan atas kecuaian ini.



Himpunan ini juga diadakan oleh rakyat bagi menyatakan pendirian kami sebahagian rakyat kepada Agung Malaysia iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin bahawa rakyat yang cintakan keadilan mahukan 7 tuntutan yang dinyatakan oleh rakyat ini dapat dilaksanakan oleh kerana kami sebagai rakyat Malaysia tahu bahawa Agunglebih berkuasa dalam sistem perlembagaan Malaysia. Antara tuntutan himpunan Bersih 2.0 kali ini iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Layanan DWI-STANDARD oleh pihak polis dan kerajaan.


Jika kita melihat situasi sekarang ini, pihak kerajaan dan juga pihak polis telah banyak mengambil tindakkan yang tidak sewajarnya dan mengakibatkan rakyat yang menyokong himpunan ini semakin hilang keyakinan terhadap kedua-dua pihak tersebut. Ini dapat dilihat pihak polis telah menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju yang berkaitan Bersih sedangkan jika kita lihat NGO PERKASA yang melakukan demostrasi di Pulau Pinang tidak pulak diambil tindakan oleh pihak polis malah mereka dijaga lagi oleh pihak polis. Adakah ini membuktikan pihak polis dwi-standard???



Pihak kerajaan pulak tidak mengambil inisiatif kepada untuk menyelesaikan masalah pilihanraya ini tapi mengambil langkah untuk membatalkan himpunan ini walhal himpunan ini menyatakan perkara yang baik. Alangkah baiknya pihak kerajaan menyambut baik suara rakyat yang menyatakan pendirian bahawa pilihanraya tidak beberapa telus. Kami sebagai rakyat telah melihat dari 2007 sehingga ke hari ini SPR masih lagi tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan pilihanraya kali ini sebersih mungkin. Pelbagai rundingan telah diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat di parlimen serta NGO bersama SPR untuk membetulkan sistem pilihanraya ini tetapi pihak kerajaan serta SPR masih lagi membuta tulis terhadap permasalahan ini.

Saya selaku anak Malaysia menyokong sepenuhnya himpunan Bersih ini agar kesemua wakil rakyat kami pilih adalah tulus dari pemilihan rakyat bukan dari sistem pilihanraya yang tempang untuk membenarkan mereka memuaskan nafsu untuk berkuasa dan saya harap juga agar pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan himpunan Bersih 2.0 ini berjalan dengan lancer bukan dengan menangkap rakyat. Wasalam…
Kerana Tuhan Untuk Manusia

Khamis, 16 Jun 2011

Izzah Journey



Aku antara orang-orang OTAKU kat Malaysia ni, aku agak bangga la bila ada orang buat cerita Naruto bertemu Izzah yang islamik ni. Jalan cerita agak menarik.(^.^)

Kalau pelukis dapat wat cerita mengembalikan Sasuke kepada orang baik kan best!!!hukhuk...

Apa-apa pun gambate kepada Muslim Manga!!!(^.^)

Izzahs_Journey

Can't Smile Without You



You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when your sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you


Can't Smile Without You

Ahad, 8 Mei 2011

IbuKu seorang Ahli Koperat Surirumah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Dekat rumah aku ini jarang sambut hari ibu, mungkin sebab aku sambut hari mama. Hehe.

Mama aku ini seorang ahli koperat surirumah yang sangat aktif bila di luar dan dalam rumah. Ahli-ahli perniagaan di Sungai Petani sangat menghormati mama sebab beliau sangat pengalaman dalam bidang perniagaan.

Aku pernah berkerja dengan mama di sebuah kilang. Di sana mama aku tidak pernah lekang daripada senyuman dan tidak pernah letih bila bekerja. Paling aku teruja mama aku dapat berdiri beberapa jam ketika berniaga. Wanita yang sudah berumur 56 tahun mampu lagi berdiri berjam-jam. Mungkin kerana mama aku dulu aktif sukan kot. hehe.

Biarpun mama hanya taraf pendidikan SPM namun kepakaran beliau dalam matematik seperti orang berijazah ekonomi. Darah pakar matematik oleh mama aku ini mengalir kepada adik aku.(^.^)

Mama aku dirumah adalah surirumah yang jarang meninggalkan dapur. Agak susah sekarang nak cari isteri-isteri yang minat dapur ni.:p Mama sebelum keluaq rumah dia akan memastikan diatas meja rumah ada makanan walaupun hanya satu lauk. Mama paling menonjol kepakaran memasaknya bila masa anak-anaknya balik dari universiti. Mama paling memahami aku bila tentang makanan aku. Aku ni memang tak suka makan pedas. Bila mama masak benda pedas sikit mesti panggil aku suruh rasa supaya aku tidak sakit perut bila makan. huhu.

Mama juga bila masa membuat kerja rumah atau berniiaga memang pantas. Aku bila masuk dapuq mesti kena leter dengan mama sebab aku ini buta dapuq. Setakat masak instant food boleh la.hehe.

Mama bila antaq kami balik U pasti ayat-ayat mama "Hampa belajaq elok-elok na". Mama cukup perihatin terhadap kami biarpun dia ahli koperat surirumah.hehe..

Apa-apa pun mama aku adalah terbaik!!!(^.^)
SELAMAT HARI IBU

Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Jumaat, 6 Mei 2011

Inspirasi Nama Aku Yang Diberikan Oleh Ayah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Faruqi= Pemisah antara hak dan batilku

Pada waktu aku masih dibangku sekolah, aku tertanya-tanya bagaimana nama Faruqi diberikan kepada aku. Adakah sahabat nabi iaitu Umar Al-Khatab Al-Faroq atau ada sejarahwan yang lain menjadi idola kepada ayah aku ketika disaat aku dilahirkan? Sifat keinginan aku semakin mendadak dengan aku bertanya kepada ayah.

Aku:"Ayah, pasal apa nama kuki Faruqi ya?"

Ayah aku agak segan untuk menjawab soalan,namun oleh kerana dia tidak mahu mengecewakan aku dia pun menjawab.

Ayah:"Ayah amik dari seorang tokoh terdahulu iaitu Dr.Ismail Faruqi."

Faruqi:"Huh?"

Pada waktu aku kebingungan kerana kenapa ayah berikan kepada aku. Dulu mungkin aku tidak suka belajaq sejarah sebab itu nampak macam orang tidak berilmu. (^.^)

Sekarang ini baru tahu siapa Dr.Ismail Faruqi.

Jom kita tengok sejarahnya...:



Ismail Raji Al-Faruqi (1 Januari 1921 - 27 Mei 1986) adalah seorang ahli falsafah Palestin-Amerika, secara meluas diakui oleh rakan-rakannya sebagai seorang fakih tentang Islam dan perbandingan agama. Ia menghabiskan beberapa tahun di Al-Azhar University di Kaherah, kemudian mengajar di beberapa institusi tinggi di Amerika Utara, termasuk McGill University di Montreal. Beliau adalah seorang Profesor Agama di Temple University, dimana tempat ia mendirikan dan memimpin program Pengajian Islam. Dr al-Faruqi juga pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Dia menulis lebih dari 100 artikel untuk pelbagai jurnal ilmiah dan majalah di samping 25 buku, buku baling memberangsangkan ialah Christian Ethics: A Historical and Systematic Analysis of Its Dominant Ideas. Dia juga mendirikan Kumpulan Pengajian Islam American Academy Agama dan mengetuai kumpulan itu selama sepuluh tahun. Dia juga menjawat sebagai presiden-wakil Antara Agama Keamanan Colloqium, Persidangan Muslim-Yahudi-Kristian dan sebagai presiden Amerika Islam College di Chicago.

Al-Faruqi dan isterinya, Lois Lamya al-Faruqi, ditikam sampai mati di rumah mereka di Wyncote, Pennsylvania pada tarikh 27 Mei 1986.

Sejarah dan Taraf Pendidikan

Al-Faruqi lahir di Jaffa, Palestin. Ayahnya, 'Abd al-Huda al-Faruqi, adalah seorang hakim Islam (kadi) dan orang yang religius berpengalaman dalam biasiswa Islam. Faruqi menerima pendidikan agama di rumah dari ayahnya dan di masjid tempatan. Dia mula menghadiri Dominican Perancis College Dis Freres (St. Joseph) pada tahun 1936.

Pelantikan pertama beliau adalah sebagai Pendaftar Koperasi Masyarakat (1942) di bawah pemerintahan Mandat British di Jerusalem, dengan melantik beliau sebagai gabenor pada tahun 1945 di daerah Galilea. Ketika Israel menjadi negara Yahudi merdeka tahun 1948, al-Faruqi pada awalnya berhijrah ke Beirut, Lubnan, di mana beliau belajar di Universiti Amerika Beirut, kemudian berdaftar tahun berikutnya di Indiana University Graduate School of Arts dan Sains, memperoleh MA di falsafah pada tahun 1949. Dia kemudian diterima masuk ke Universiti Harvard jabatan falsafah dan dianugerahkan MA kedua dalam falsafah ada Mac 1951, dengan tesis berjudul Justifying the Good: Metaphysics and Epistemology of Value (1952). Kehebatannya sangat dipengaruhi oleh fenomenologi Max Scheler (1874-1928), terutama pengertian yang terkini tentang intuisionisme aksiologis. Al-Faruqi berpendapat bahawa aksiologis intuisionisme Scheler's merasa istimewa dengan mengetahui, sehingga mengakui logik hati sebagai intuisi keutamaan emosional nilai. Pengakuan semacam itu boleh membenarkan mengukir sebuah konseptual juga sebagai ruang praktikal untuk munculnya kritik pasca-Pencerahan Alasan dari sudut pandang seorang ahli falsafah non-Barat. Namun, ia memutuskan untuk kembali ke Indiana University, ia menyerahkan tesisnya kepada Jabatan Falsafah dan menerima gelaran Ph.D pada bulan September 1952. Pada saat itu dia memiliki latar belakang dalam falsafah klasik dan pemikiran berkembang dari tradisi barat. Pada awal tahun 1953, beliau dan isterinya di Syria. Dia kemudian pindah ke Mesir, di mana beliau belajar di Universiti Al-Azhar (1954-1958) dan dipandang sebagai serupa dengan memperoleh lain Ph.D.

Pada tahun 1958, al-Faruqi ditawari posisi sebagai Visiting Fellow di Fakulti Teologi di McGill University di Kanada. Selama masa jawatannya dua tahun di McGill ia belajar teologi Kristian dan Yahudi, dan menjadi terbiasa dengan ahli falsafah terkenal Pakistan Muslim Fazlur Rahman. Selama tahun ini, al-Faruqi adalah sibuk dengan anti-Zionis identiti Arab-nya. Rahman kenang pada tahun 1986 yang tumpul al-Faruqi anti-Zionisme dan penolakannya untuk bermain sarjana "takut" terlepas McGill rakannya. Walaupun ia bersuara lembut dengan tidak putus-putus tersenyum, di McGill ia dianggap, dengan kata Rahman, "seorang muda yang marah Muslim Palestin". Dalam rangka untuk mencabar pandangan al-Faruqi's Arab-sentris Islam, dan untuk memperluaskan ruang lingkup pemahaman ummat, pada tahun 1961, Rahman menetapkan janji dua tahun baginya di Pakistan di Institut Pusat Penyelidikan Islam. Rahman bertujuan untuk mendedahkan al-Faruqi dengan kepelbagaian budaya Muslim dan sumbangan mereka terhadap Islam. "Kecuali", Rahman (1986) dan kemudian bercerita, "itu Arabisme nya yang menarik banyak api baik di dalam dan di luar Institut, serta keutamaan akademik untuk Kaherah".

Dari Arabiclisme kepada Islamisme

Pada tahun 1963, setelah kembali ke Amerika Syarikat, ia bekerja sebagai Profesor Tamu di Universiti of Chicago Divinity School. Antara tahun 1964 dan 1968, al-Faruqi membuktikan dirinya sebagai Associate Professor di Jabatan Agama di Syracuse University, di mana ia memulakan programnya di Pengajian Islam. Pada tahun 1968, ia menerima kedudukan di Temple University sebagai Guru Besar Agama, di mana ia juga mendirikan Program Pengajian Islam. Dia memegang posisi itu sehingga kematiannya pada tahun 1986.

Banyak pemikiran awal al-Faruqi adalah dikaitkan dengan apa yang ia sebut urubah (Arabisme). Pada tahun 1962 bukunya, On Arabisme: Urubah dan Agama, ia berpendapat urubah yang terdiri daripada identiti teras dan set nilai-nilai yang merangkul semua umat Islam, sebuah komuniti tunggal orang percaya (umat). Al-Faruqi merumuskan idea urubah bertentangan dengan dua ideologi hegemonik lain: nasionalisme Arab dan kebangkitan Islam non-Arab. Mengadopsi kedudukan esensialis terang-terangan, ia berpendapat bahawa lebih daripada sekadar bahasa Al-Quran, Arab disediakan hanya struktur linguistik yang mungkin dalam konsep Islam dunia boleh ditangkap. Oleh kerana itu, beliau menegaskan bahawa urubah menangkap inti dari kesedaran Muslim, nilai-nilai dan iman - hal ini tidak terlepas dari identiti semua umat Islam (al-Faruqi, 1962: 20-30).

Dia juga menyatakan bahawa urubah adalah hanya dalam konteks yang non-Muslim Arab negara dapat berintegrasi ke dalam masyarakat mereka yang lebih besar. Bahkan non-Muslim Arab, menurut al-Faruqi, boleh mengenalpasti dengan urubah dinyatakan dalam Al-Quran. Akibatnya, urubah kiri non-Muslim Arab dan Muslim non-Arab pada belas kasihan essentialisms bahasa dan agama gabungan. Segala bentuk lain dari kesedaran dan identiti adalah sebuah distorsi dicipta oleh penetrasi penjajah (al-Faruqi, 1962: 211).

Walaupun beberapa akan mempersoalkan pengaruh Arab pada iman muslim non-Arab dan budaya atau Arab pengaruh Muslim pada non-Muslim Arab, implikasi bahawa mereka berdua menemukan ekspresi utama mereka dan pematuhan dalam penafsiran al-Faruqi tentang Arabisme mungkin dianggap oleh beberapa orang sebagai usaha untuk mendirikan hegemoni Arab Islam atau, lebih tepatnya, Arab Muslim budaya. Baik nasionalis Arab dan non-Arab Muslim intelektual dijauhi agenda al-Faruqi untuk membawa umat Islam non-Arab dan non-Muslim Arab bersama-sama melalui urubah. Sementara banyak intelektual Muslim seperti Fazlur Rahman bersetuju dengan kenyataan al-Faruqi bahawa Al-Quran tidak boleh mencapai kefasihan yang sama dan ekspresif dalam bahasa lain kecuali Bahasa Arab, mereka kritis terhadap Cauvinisme menyolok Arab al-Faruqi's. persinggahan Al-Faruqi di Pakistan tidak sedikit untuk menukar ajarannya tentang urubah.

Menariknya, itu di Amerika Syarikat beberapa tahun kemudian, ia mulai mempertanyakan dasar-dasar kedudukan sebelumnya. Pada tahun 1968, untuk pertama kalinya ia bertemu ahli Mahasiswa Muslim Association (MSA) di Temple University. Konvergensi mahasiswa muslim dari latar belakang budaya yang pelbagai secara dramatik bergoyang persepsi tentang identiti Arab versus Islam. Pada musim semi tahun 1968, sedangkan pesakit di Johns Hopkins Ophthalmology Centre, al-Faruqi mengaku pada salah satu anggota aktif MSA, Ilyas Ba-Yunus, "Sampai beberapa bulan yang lalu, saya adalah seorang Palestin, Arab, . Dan, saya seorang Muslim yang kebetulan menjadi Arab dari Palestin "(Ba-Yunus, 1988: 14).

Prestasi ilmiah

Dr al-Faruqi adalah pada Arabisme sebagai kenderaan Islam dan identiti Muslim. Dia juga salah satu daripada mereka yang mencadangkan idea tentang Islamisasi pengetahuan dan mendirikan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) bersama-sama dengan Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Dr Abdul Hamid Sulaiman, bekas Rektor International Islamic University, Malaysia ( IIUM) dan Anwar Ibrahim, pada tahun 1980.

Selama bertahun-tahun sebagai profesor tamu kajian Islam dan ulama-di-tempat tinggal di McGill University, seorang profesor kajian Islam di Karachi Central Institut Penyelidikan Islam serta profesor tamu di berbagai universiti di Amerika Utara, beliau menulis lebih dari 100 artikel untuk jurnal ilmiah pelbagai majalah di samping 25 buku, dari Etika Kristian yang paling menonjol menjadi: Sebuah Sejarah dan sistematik Analisis Its Dominan Idea. Dia juga mendirikan Kumpulan Pengajian Islam American Academy Agama dan diketuai itu selama sepuluh tahun. Ia menjabat sebagai presiden-wakil Antar-Agama Keamanan Colloqium, Persidangan Muslim-Yahudi-Kristian dan sebagai presiden Amerika Islam College di Chicago.

al-Faruqi memandang kewujudan Israel sebagai sebuah penghinaan terhadap agama Yahudi kerana ideologi negaranya Zionisme. Dia mengatakan bahawa ketidakadilan yang disebabkan oleh Zionisme adalah seperti untuk memerlukan perang. Ia mencadangkan sebuah resolusi di mana Israel dibongkar dan lembaga-lembaganya de-Zionised, dan bahawa orang-orang Yahudi Israel yang telah meninggalkan bekas Zionisme akan hidup sebagai "komuniti Ummatic" dan bergerak bebas di seluruh dunia Muslim: "[Islam] memerlukan orang-orang Yahudi untuk menetapkan Facebook mahkamah mereka sendiri rabbi dan menempatkan semua kuasa eksekutif dengan pembuangan. The syari'at, undang-undang Islam, tuntutan semua orang Yahudi untuk menyerahkan diri pada undang-undang Yahudi sebagaimana ditafsirkan oleh mahkamah rabinis, dan memperlakukan pembangkangan atau penghinaan mahkamah rabbi sebagai pemberontakan terhadap negara Islam itu sendiri, sejajar dengan tindakan seperti pada bahagian dari Islam vis-à-vis mahkamah Islam. "

Kematian

Pada tarikh 27 Mei 1986, seorang lelaki memegang pisau dan pecah ke rumah Faruqi di Wyncote, Pennsylvania, dan menyerang Dr Faruqi, Lois Lamya isterinya, dan putri mereka, Anmar al-Zein. Faruqi dan isterinya meninggal akibat kesan dari kecederaan mereka. Puteri mereka selamat dari serangan, tetapi diperlukan 200 jahitan untuk menutup luka-lukanya. Tokoh tokoh agama dan ahli politik membayar ufti kepada Faruqi pada upacara peringatan diadakan di Washington pada akhir September. Acara ini diadakan oleh al-Faruqi Memorial Jawatankuasa, yang terdiri daripada Dewan Presiden Pertubuhan Arab-Amerika, Masyarakat Islam Amerika Utara, Dewan Nasional Gereja Kristus di Amerika Syarikat dan Anti Amerika-Arab -Diskriminasi Committee (ADC).

Pada masa yang sama, ADC menerbitkan lapan halaman "Laporan Khusus" pada pembunuhan, termasuk akaun terperinci tentang kejahatan, korban, dan status siasatan. Meskipun tidak ada yang hilang dari rumah, beberapa penyelidik yang bekerja pada kes ini percaya bahawa pembunuhan dihasilkan dari usaha rompakan ceroboh. Namun, leftenan polis yang bertanggung jawab atas penyelidikan menggambarkan insiden tersebut sebagai pembunuhan, mengatakan bahawa "seseorang membawanya pada diri mereka sendiri" untuk membunuh Faruqi. Memandangkan munculnya insiden keganasan anti-Muslim anti-Arab dan pada tahun-tahun terakhir, laporan menunjukkan bahawa pembunuhan boleh sangat baik telah bermotif politik.

Wah! Besaq sungguh inspirasi ayah aku. Ayah aku ini seorang yang kuat tentang sejarah. Bila aku tanya tentang sejarah pasti ayah aku dapat menjawab.(^.^) Namun ayah, insyaAllah anakMu akan cuba menjadi rantai-rantai perjuangan terbaik untuk islam.

Kerana Allah Untuk Manusia

Rabu, 6 April 2011

Perang Siffin & Peristiwa Tahkim




Perang Siffin

Termasuk sejarah versi Syi`ah adalah Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ke atas Ali bin Abi Thalib. Sekali lagi hal ini perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh?


Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibubapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10].

Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani rahimahullah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma`arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qur’an dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain. Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh, Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai`ah oleh sebahagian umat Islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai`ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah mengkehendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas para pembunuh Usman.

Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka itu menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai`ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai`ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan.

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“Lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 166 & 168 ]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada `Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh:

“Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.”

Di dalam Perang Siffin, `Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan `Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Sebabnya:

1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka yang mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan `Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah oleh al-Imam al-Suyuthi (911H) (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan
melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara para sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Mubih al-Din al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai`ah Ali, sebaliknya terus membai`ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau tentang cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling mengkehendaki agar tidak berlaku perang. Yang benar adalah tidak berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Allahu a’lam bisshawab.

- Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin, Hafiz Firdaus Abdullah


Peristiwa Tahkim


Oleh Muhammad Malullah

www.darulkautsar.net

Prakata: Peristiwa Tahkim mengikut sejarah yang kita pelajari ialah berlaku perebutan kuasa antara Ali dan Mu`awiyah yang membawa mereka ke meja perundingan. Perundingan antara mereka berdua telah diwakili oleh Abu Musa al-`Asyari bagi pihak Ali dan `Amr bin al-`Ash bagi pihak Mua`wiyah. Kedua-dua perunding telah bersetuju untuk memecat Ali dan Mua`wiyah. Menurut sejarah lagi, `Amr bin al-`Ash dengan kelicikannya berjaya memperdayakan Abu Musa yang digambarkan sebagai seorang yang lalai dan mudah tertipu.. Akibatnya, Ali terlepas dari jawatan khalifah. Tulisan Shaikh Muhammad Malullah ini akan mendedahkan kebatilan riwayat Tahkim.

Oleh kerana peristiwa Tahkim sangat penting dalam sejarah politik negara Islam, adalah perlu untuk kita menyingkap hakikat sebenar babak-babaknya di mana peristiwa ini telah disalahtanggapi dan telah disalahtafsirkan. Akibatnya timbul kesan buruk iaitu menjatuhkan kedudukan dan martabat para sahabat. Peristiwa Tahkim yang tersebar itu telah menjadikan sebahagian sahabat sebagai penipu dan orang yang mudah terpedaya dan sebahagian yang lain dituduh sebagai perakus kuasa.

Dengan meletakkan riwayat Tahkim di atas neraca kajian dan penilaian, dua perkara dapat diamati, pertama kelemahan pada sanad dan kedua, kegoncangan pada matan atau teks. Dari sudut sanad terdapat dua perawi yang ditohmah keadilannya iaitu Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan Abu Janab al-Kalbi. Abu Mikhnaf seorang yang dhai`if dan tidak thiqah sementara al-Kalbi, menurut Ibn Sa`ad, dia seorang yang dha`if. Al-Bukhari dan Abu Hatim berkta: Yahya bin al-Qattan mendha`ifkannya. Uthman al-Darimi dan al-Nasa’i mengatakan dia dha`if.

Ada tiga perkara yang dikesani pada matannya. Pertama, berkaitan dengan perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah yang menjadi punca kepada peperangan antara mereka berdua. Kedua, persoalan jawatan Ali dan Mu`awiyah. Ketiga, keperibadian Abu Musa al-`Asy`ari dan `Amr bin al-`Ash.

Perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah

Adalah diakui dan disepakati oleh semua ahli sejarah bahawa sebab pertelingkahan antara Ali dan Mu`awiyah ialah tentang tindakan qisas terhadap pembunuh-pembunuh Uthman. Pada anggapan Mu`awiyah, Ali telah mencuaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas ke atas pembunuh-pembunuh Uthman. Dengan itu, beliau enggan untuk membai`ah Ali dan taat kepadanya kerana beliau berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum khalifah dibai`ahkan. Pada masa yang sama beliau merupakan wali darah kerana kekeluargaannya dengan Uthman.

Sikap keengganan Mu`awiyah untuk membai`ah Ali kerana menunggu qisas dijalankan dan kegagalan beliau melaksanakan urusannya di Syam telah menjadikan Mu`awiyah dan para pengikutnya dari kalangan penduduk Syam pada pandangan Ali seperti sikap orang-orang yang menentang khalifah. Ali berpendapat bahawa bai`ahnya telahpun sah dengan persetujuan para sahabat Muhajirin dan Ansar yang telah menghadiri upacara bai`ah. Dengan itu, bai`ah tersebut mengikat orang-orang Islam yang berada di tempat yang lain. Oleh hal yang demikian, Ali menganggap Mu`awiyah dan penduduk Syam bersama beliau sebagai penderhaka yang mahu memberontak sedangkan Ali adalah imam sejak dibai`ahkan sebagai khalifah dan beliau memutuskan untuk menundukkan dan mengembalikan mereka ke dalam jamaah walaupun dengan cara kekerasan.

Memahami pertelingkahan mengikut gambaran ini, iaitu gambarannya yang sebenar akan menjelaskan sejauh mana kesilapan riwayat yang tersebar tentang peristiwa Tahkim yang menggambarkan pendapat dua orang perunding. Kedua-dua perunding itu dilantik untuk menyelesaikan perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah bukan untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk jawatan khalifah. Sebenarnya perbicaraan itu berkenaan dengan menjatuhkan hukuman ke atas pembunuh-pembunuh Uthman, sedikitpun tidak berkait dengan urusan khilafah. Apabila dua orang perunding itu mengabaikan dan meninggalkan persoalan asas ini iaitu maksud diadakan Tahkim dan mereka memutuskan persoalan khalifah sebagaimana yang didakwa oleh riwayat tersebut, bererti mereka berdua tidak memahami tajuk pertelingkahan dan tidak mengetahui persoalan dakwaan dan ini satu perkara yang hampir mustahil.

Jawatan Ali dan Mu`awiyah

Mu`awiyah telah ditugaskan untuk mentadbir Syam sebagai wakil bagi pihak Umar bin al-Khattab dan Syam terus berada di bawah pentadbirannya sehingga Umar meninggal dunia. Kemudian Uthman menjadi khalifah dan beliau mengekalkan jawatan Mu`awiyah. Apabila Uthman dibunuh dan Ali menjadi khalifah, beliau tidak mengekalkan jawatan Mu`awiyah di mana jawatan tersebut terlucut dengan sebab berakhirnya pemerintahan khalifah yang telah melantiknya.

Dengan itu, Mu`awiyah telah kehilangan pusat kekuasannya dan jawatannya sebagai gabenor Syam walaupun sebenarnya beliau masih lagi mempunyai kuasa dengan sebab penduduk Syam menyokong beliau dan mereka berpuas hati dan bersetuju dengan alasan Mu`awiyah yang tidak mahu memberi bai`ah kepada Ali. Sebabnya ialah tuntutan perlaksaan hukum qisas terhadap pembunuh-pembunuh Uthman berdasarkan haknya sebagai penuntut bela kematian Uthman.

Apabila keadaan sebenarnya begitu, keputusan perunding itu menurut riwayat tersebut memberi maksud memecat Ali dan Mu`awiyah. Pemecatan Mu`awiyah itu berlaku bukan pada tempatnya kerana jika kita mengandaikan dua orang perunding itu mengendalikan pertelingkahan Ali dan Mu`awiyah kemudian memecat Ali dari jawatan khalifah. Persoalannya dari jawatan apa, mereka berdua memecat Mu`awiyah? Adakah mereka berdua boleh memecat Mu`awiyah dari hubungan kekeluargaan dengan Uthman atau menghalangnya dari menuntut bela kematian Uthman? Adakah pernah terjadi di dalam sejarah seorang pemberontak dilucutkan dari kepimpinannya dengan sebab resolusi yang diputuskan oleh dua orang hakim? Tidak diragukan lagi ini merupakan satu faktor lain yang menyokong tentang karutnya riwayat Tahkim yang tersebar umum itu.

Keperibadian Abu Musa dan `Amar bin al-`Ash

Tanggapan tentang Abu Musa menjadi mangsa tipu daya `Amr bin al-`Ash dalam peristiwa Tahkim menafikan fakta-fakta sejarah mengenai keutamaan, kepintaran, kefaqihan dan kepercayaannya, lebih-lebih lagi menafikan perlantikannya sebagai hakim dan qadhi di dalam Negara Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. Baginda telah melantik beliau sebagai gabenor Zabid dan `Adn. Umar pula melantiknya sebagai gabenor Basrah sehinggalah beliau mati syahid. Seterusnya Uthman mengekalkannya sebagai gabenor Basrah, kemudian menjadi gabenor Kufah sehinggalah beliau mati syahid dan Ali mengekalkan jawatannya itu. Adakah dapat dibayangkan Rasulullah s.a.w. dan para khalifah sesudah baginda mempercayai seorang sahabat yang mudah diperdayakan dengan tipu helah seperti yang diriwayatkan oleh cerita Tahkim itu?

Sedangkan para sahabat dan ramai dari kalangan ulama Tabi`in mengakui kemantapan beliau di dalam ilmu, kemampuan dalam kehakiman, kepintaran dan kecerdasan dalam pengadilan. Bagaimana mungkin digambarkan kecuaian dan kelalaiannya sampai ke tahap ini? Seolah-olah beliau tidak memahami hakikat sebenar pertelingkah yang beliau menjadi perundingnya lalu mengeluarkan keputusan yang tidak munasabah dengan keperibadiannya. Iaitu keputusan melucutkan jawatan khalifah tanpa alasan yang mengikut syara`dan keputusan pemecatan Mu`awiyah yang didakwa sebagai khalifah itu serta peristiwa maki hamun dan caci mencaci yang berlakukan antara Abu Musa dan `Amr bin al-`Ash. Ini adalah suatu perkara yang sama sekali bertentangan akhlak mulia dan adab bertutur para sahabat yang diketahui secara mutawatir.

Apabila ilmu dan pengalaman Abu Musa dalam kehakiman dapat menghalangnya dari tersilap membuat keputusan dalam kes yang diserahkan kepadanya begitu juga keadaan `Amar bin al-`Ash yang diakui sebagai salah seorang cerdik pandai Arab. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan beliau supaya menghakimi perbalahan dua orang lelaki di hadapan baginda. Rasulullah s.a.w. memberi berita gembira kepada beliau ketika beliau bertanya: Wahai Rasulullah adakah saya mengadili sedangkan engkau ada. Baginda bersabda: Apabila seseorang hakim itu mengadili kes dengan berijtihad maka dia akan mendapat dua pahala jika benar dan apabila dia menghukum dengan berijtihad lalu tersilap maka dia akan mendapat satu pahala.

Menerima riwayat Tahkim bererti menghukumkan `Amar bin al-`Ash sebagai seorang yang tunduk pada hawa nafsu dalam menjalankan tugas-tugasnya dan ini adalah satu serangan bukan sahaja terhadap kepintaran dan kemahirannya tetapi terhadapan kewarakan dan ketakwaannya. Sedangkan beliau merupakan sahabat yang termulia dan paling utama serta kelebihannya sangat banyak. Di dalam fatwanya, Ibn Taymiyyah menyebutkan tidak ada seorangpun dari kalangan salaf yang mengkritik `Amr bin al-`Ash dengan nifaq atau tipu helah. Dengan ini, berdasarkan kepada necara kritikan objektif terhadap teks-teks sejarah, jelaslah apa yang dikemukakan dalam tulisan ini tentang pembohongan dalam riwayat peristiwa Tahkim yang tersebar umum itu.

Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahya untuk www.darulkautsar.net

Jumaat, 25 Mac 2011

PMI MULAI BANGKIT


KDSE UTM, 25 Mac- Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada pasukan PMI untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan 2 SKG. Untuk perlawanan ini PMI mula menunjukkan taring mereka dengan membenam 2 SKG, 4 berbalas 0.

Untuk separuh masa yang pertama memperlihatkan strategi PMI tidak teratur menyebabkan permainan kurang memberansangkan. Pasukan 2 SKG memulakan serangan dengan cubaan tanduk oleh pemain sayap kanan mereka namun berjaya ditepis oleh penjaga gawang PMI. Seterusnya memperlihatkan 2 SKG cuba mengawal permainan tapi disebalik serangan pasukan 2 SKG, PMI mengambil kesempatan dengan banyak membuat serangan balik namun penyudah penyerang pasukan PMI untuk separuh masa belum menjadi.


Gol pertama pasukan PMI muncul apabila perebutan bola di dalam kota penalti pasukan 2 SKG dengan disudah oleh penyerang profik PMI Wan Darimi. Pasukan 2 SKG cuba bangkit dengan beberapa serangan namun Apek yang baru dimasukkan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan PMI hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG. Pasukan PMI menambah derita pasukan 2 SKG sekali lagi Wan Darimi mendapat lorongan bola dari pemain tengah PMI iaitu Zufar Marwah dan disudahkan baik oleh beliau. Akhir sekali gol pasukan PMI adalah hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG yang silap menepis hantaran silang pemain tengah PMI, Jimmy.



Kapten pasukan PMI iaitu Fadhlul Wafi berpuas hati dengan kecekapan bahagian tengah PMI yang banyak memcipta peluang untuk penyerang PMI untuk menyudahkan kesemua gol PMI. Namun begitu beliau berharap pasukan PMI masih perlu banyak memperbaiki untuk permulaan permainan dimana pasukan PMI yang masih belum teratur untuk separuh masa pertama.

Perlawanan seterusnya pasukan PMI adalah pada hari Sabtu, 26 Mac di padang KDSE bertemu dengan pasukan FKA. Dijemput kepada semua mahasiswa islam yang ingin mewakili pasukan PMI untuk bermain perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada nombor 013-5920514(Zufar). Kehadiran anda sangat kami hargai.



"Bersama Membangun Ummah"
Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMI UTM

Membentangkan Perancangan Menemui Mati

1. Mencari rezeki yang halal



Adalah satu fitrah manusia untuk hidup di dunia ini dengan mencari rezeki mengikut tahap masing-masing. Namun begitu seberapa ramai yang renung sejenak bagaimana pengurusan kita dalam keluar masuk rezeki kita samaada ia halal atau tidak. Tidakkah kita takut kerana hartalah yang menyebabkan kita akan ditarik oleh api neraka nanti samaada orang kaya atau miskin. Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua hamba Allah. Tinggallah perkara-perkara yang kita tidak yakin terhadap rezeki kita.

2. Beribadah sebaik-baik yang mungkin



Kita tidak tahu sejauh mana nyawa kita diberikan oleh Allah. Ada manusia yang mati semasa kanak-kanak lagi, ada yang mati ketika umur remaja dan ada juga mati ketika tua. Benar kata Imam Ghazali “Perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.” Namun begitu, sejauh mana tanda kesyukuran kita terhadap Allah? Salahkah ketika solat kita sujud lebih lama dari biasa untuk menunjukkan tanda syukur dan rindu kita kepada Allah? Walhal jika kita muhasabah balik pada diri kita, banyak perkara kita hanya tumpu kepada dunia malah sehingga berjam-jam kita mampu menghadap computer, facebook dan kekasih kita namun bukan kepada Allah.

3. Mencari, mengamal dan mengajar ilmu.



“Jika engkau inginkan dunia, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan akhirat, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan kedua-duanya maka carilah ilmu.” Adalah terbaik kepada kita ialah segala perkara yang kita lakukan dalam seharian kita perlulah ada ilmu. Hal ini kerana, dengan ilmu kita tidak akan mudah ditipu oleh syaitan dan manusia. Dengan ilmulah kita akan sentiasa meningkatkan diri dengan mengenal Allah. Sebagai hamba Allah mencari ilmu bukan hanya pada pembelajaran sekolah atau universiti namun mencari ilmu perllah sehingga kita menemui mati. Jika kita ada ilmu tapi mengamalkan adalah tidak berguna juga. Umpama seperti ada roh tapi tidak ada badan. Amallah ilmu dengan sebaik yang mungkin. Jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

4. Membina mahligai syurga yang cintakan Allah



Adalah satu idaman kepada semua manusia yang inginkan suami, isteri dan anak yang saling cinta-mencintai satu sama lain kerana Allah. Idaman ini bukanlah mimpi bagi kita. Kerja keras untuk meningkatkan diri kita dengan menjadi diri seorang soleh adalah asas untuk mendapat keluarga yang soleh. Yakinlah jika kita mati nanti tidak orang lain lagi untuk mendoakan kita selain keluarga kita selalu.

“Orang bijak adalah orang-orang yang mengingati mati”