Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Ahad, 3 Julai 2011

BERSIH: Hormati Kami Sebahagian Dari Suara Rakyat


Himpunan Besih Pencetus Revolusi Pilihanraya Telus

Himpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu himpunan aman yang diadakan untuk membuktikan kepada negara bahawa ada sebahagian daripada rakyat Malaysia masih tidak mempercayai sistem pilihanraya yang sedia ada ini. Malah saya sendiri sebagai rakyat Malaysia menjumpai kepincangan sistem yang diletakkan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dengan melihat begitu banyak kesilapan dalam daftar mengundi. Ini akan mengakibatkan sebahagian pihak akan mengambil kelebihan untuk membuat penipuan atas kecuaian ini.



Himpunan ini juga diadakan oleh rakyat bagi menyatakan pendirian kami sebahagian rakyat kepada Agung Malaysia iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin bahawa rakyat yang cintakan keadilan mahukan 7 tuntutan yang dinyatakan oleh rakyat ini dapat dilaksanakan oleh kerana kami sebagai rakyat Malaysia tahu bahawa Agunglebih berkuasa dalam sistem perlembagaan Malaysia. Antara tuntutan himpunan Bersih 2.0 kali ini iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Layanan DWI-STANDARD oleh pihak polis dan kerajaan.


Jika kita melihat situasi sekarang ini, pihak kerajaan dan juga pihak polis telah banyak mengambil tindakkan yang tidak sewajarnya dan mengakibatkan rakyat yang menyokong himpunan ini semakin hilang keyakinan terhadap kedua-dua pihak tersebut. Ini dapat dilihat pihak polis telah menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju yang berkaitan Bersih sedangkan jika kita lihat NGO PERKASA yang melakukan demostrasi di Pulau Pinang tidak pulak diambil tindakan oleh pihak polis malah mereka dijaga lagi oleh pihak polis. Adakah ini membuktikan pihak polis dwi-standard???



Pihak kerajaan pulak tidak mengambil inisiatif kepada untuk menyelesaikan masalah pilihanraya ini tapi mengambil langkah untuk membatalkan himpunan ini walhal himpunan ini menyatakan perkara yang baik. Alangkah baiknya pihak kerajaan menyambut baik suara rakyat yang menyatakan pendirian bahawa pilihanraya tidak beberapa telus. Kami sebagai rakyat telah melihat dari 2007 sehingga ke hari ini SPR masih lagi tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan pilihanraya kali ini sebersih mungkin. Pelbagai rundingan telah diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat di parlimen serta NGO bersama SPR untuk membetulkan sistem pilihanraya ini tetapi pihak kerajaan serta SPR masih lagi membuta tulis terhadap permasalahan ini.

Saya selaku anak Malaysia menyokong sepenuhnya himpunan Bersih ini agar kesemua wakil rakyat kami pilih adalah tulus dari pemilihan rakyat bukan dari sistem pilihanraya yang tempang untuk membenarkan mereka memuaskan nafsu untuk berkuasa dan saya harap juga agar pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan himpunan Bersih 2.0 ini berjalan dengan lancer bukan dengan menangkap rakyat. Wasalam…
Kerana Tuhan Untuk Manusia

Tiada ulasan: