Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Isnin, 9 Februari 2009

Ha! Aku akan di lantik sebagai seorang Perdana Menteri?


Tidak ramai di kalangan kita tidak terfikir adakah suatu hari nanti kita akan menjadi seorang pemimpin atau ada dikalangan kita sendiri ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kebanyakkan aktivis-aktivis islam tahu bahawa mereka perlu menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini tapi adakah persediaan kita untuk memikul tanggungjawab satu misi ini banyak diletakkan kepada pemimpin? Dan siapa pemimpin itu?Adakah Tok Guru Nik Aziz?Anwar Ibrahim?Ataupun Pak Lah serta Najib?

Andailah suatu hari nanti anda sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda perlu menengakkan syariat Islam dan juga anda perlu menjadi pemimpin yang boleh memimpin rakyat yang pelbagai agama,keturunan dan budaya. Adakah kita tahu kekuatan kita selepas di lantik menjadi seorang PM? Bila persoalan ini di lontar kepada ana agak kelakar juga tapi bila difikirkan betul-betul benar juga apa yang dilontarkan. Siapa akan menjadi pemimpin untuk menengakkan Islam jikalau Tok Guru dan pimpinan Islam kita sudah tiada? Siapa ye......... Siapa lagi kalau bukan diri kita....... Kita mahu menengakkan Islam tapi tindakkan kita hanya sekadar pada mulut bukannya pada usaha untuk menjadi pemimpin untuk menenggakkan Islam.

Ana ingat lagi bagaimana Baginda Nabi s.a.w mengharapkan suatu hari nanti ada orang dikalangan kita iaitu orang Islam sendiri mampu menengakkan kalimah Allah di muka bumi Kota Konstentinepal yang begitu kuat kubunya oleh orang kafir. "Tapi siapa orang itu?" persoalan yang berada didalam hati-hati para sahabat nabi ketika itu. Setelah 100 tahun kewafatan Nabi s.a.w maka barulah muncul orang yang dikatakan Baginda yang mampu menawan Kota Konstentinapel dan harapan Nabi telah di sahut oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Bagaimana Baginda boleh mengharapkan sesuatu impian yang baginda sendiri tidak tahu bila berlaku? Dan bagaimana setelah 100 tahun berlalu harapan baginda masih dicapai oleh Sultan Al-Fateh? Situasi Sultan Al-Fateh ini tidak ubah seperti situasi kita. Harapan memang menggunung untuk menenggakkan syariat Islam tetapi siapa pemimpinya? Siapa yang berani menyahut harapan ini? Hanya Allah sahaja yang Tahu dan kita hanya mengatur dan Allah Penentunya.

Menjadi seorang pemimpin ini bukan amat mudah untuk kita memikul. Permulaan seorang pemimpin ini bukanlah bermula ketika beliau di lantik tapi sejak beliau di bangku sekolah lagi. Kenapa ana kata begitu? Kadang-kadang tingkah laku dan sejarah seorang pemimpin bukan sahaja dilihat ketika mereka menjadi pemimpin malah akan dilihat ketika mereka di sekolah,universiti dan sebelum mereka menjadi pemimpin. Contohnya Presiden Amerika, Barrack Obama dimana guru sekolah beliau di Indonesia menceritakan saat ketika beliau di bangku sekolah dan cita-cita beliau adalah amat berlainan berbanding remaja-remaja lain di mana mereka lain ingin menjadi pilot,doktor dan polis tetapi cita-cita beliau adalah PRESIDEN AMERIKA! Jika anda menjadi guru ketika itu mesti anda terkejut dan kelakar tapi cita-cita beliau tidak mustahil di mana orang kulit hitam pertama menjadi presiden Amerika. Bagi kita orang Islam,apakah persediaan kita untuk menjadi seorang pemimpin andai kata kita ingin menjadi PM? Adakah kita akan dilantik dengan begitu mudah tanpa sebarang sejarah dan pengalaman ketika kita dibangku sekolah dan universiti? Maka pertarbiyahan diri adalah penting untuk menjadi seorang pemimpin.

Wahai seorang pemimpin,

Sedarlah! kamu mengatakan kamu bukan seorang pemimpin kerana kamu tidak bersedia dengan alasan tiada pengalaman,kamu tidak begitu baik dan kurang kepimpinan. Tetapi bila kamu menjadi seorang suami dan ayah yang merupakan pemimpin kamu MAMPU! Wahal menjadi seorang suami dan ayah tidak perlu pengalaman,tingkah laku dan kepimpinan sebelum itu. Apakah kamu bohong dengan alasan ini?


Wahai seorang khalifah,

Sedarlah! Kamu mengatakan jika kamu menjadi seorang pemimpin untuk menengakkan kalimah Allah adakah jaminan keselamatan dan kebahagian terhadap kamu. Adakah itu persoalan kamu? Maka persoalan kami adalah jika kamu seorang islam jika tidak menengakkan kalimah Allah adakah ada jaminan kepada kamu untuk masuk ke dalam syurga dan jaminan kamu menghindari neraka!

Maka bersedialah untuk menjadi seorang khalifah dan pemimpin.
Saidina Ali r.a pernah berkata:
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.

Diskusi Bersama;
Sang Murabbi,Keyhearts & R-F.

Tiada ulasan: