Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Khamis, 24 Februari 2011

Demokrasi vs Syura



Syura adalah kaedah pemerintahan yang penting dalam Islam. Ia merupakan cara yang terbaik yang boleh membaw pemerintahan serta pihak yang bertanggungjawab ke arah memperolehi pendapat yang unggul serta penyelesaian yang terbaik sama ada terhadap masalah yang dihadapi oleh negara ataupun sesuatu kebaikkan yang ingin dicapai oleh negara. Allah telah berfirman didalam al-Quran, surah Ali 'Imran ayat 159:

"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya."

Terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan pelaksaaan semasa terhadap system syura yang diperkenalkan oleh Islam. Kenyataan seumpama ini perlu ditolak kerana ia merupakan satu penipuan dan pemalsuan. Pada hakikatnya perbezaan antara demokrasi dan dan syura adalah seperti langit dan bumi. Antara kedua-dua system ini mempunyai perbezaan yang jauh serta yang luas dan dapat dilihat dalam perkara-perkara yang berikut:



Rujukan dari: Sistem Politik Islam

Mahasiswa dan PRK


Alhamdulillah bersyukur kita pada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan hidayahnya kita masih lagi berkesempatan untuk berada dikawasan taman-taman syurga iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Pada tanggal 21 Feb yang lalu kita telah menjalani satu peristiwa yang penting kepada warga UTM iaitu pilihan raya kampus. Proses ini adalah untuk memilih wakil-wakil calon fakulti untuk membawa suara mahasiswa kepada peringkat atasan iaitu Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA).

Pelbagai pengalaman telah dihadapi oleh setiap peringkat mahasiswa samaada calon, jentera parti dan mahasiswa itu sendiri. Bagi calon-calon yang dicalonkan mereka perlu menghadapi pengalaman samaada fizikal dan mental dimana pada setiap pilihan raya mereka perlu menonjolkan diri supaya di mata mahasiwa mereka melihat calon ini mewakili suara mahasiwa. Namun malang sekali dengan situasi mahasiswa sekarang, mereka tidak dapat mengenali calon-calon itu oleh kerana iniseatif dari peringkat universiti untuk menonjolkan calon-calon kita didalam aktiviti politik kampus kurang diambil perhatian.

Memasang poster adalah satu kemestian bagi pihak jentera parti untuk memperkenalkan calon-calon mereka. Kemeriahan pilihan raya bergantung kepada kekuatan jentera parti-parti menggerakkan aktiviti memperkenalkan calon. Bagi penggerak mahsiswa Islam yang idealisme, pertarbiyahan adalah satu kemestian perlu dijaga agar segala kerja pilihan raya diredhai Allah s.w.t. Kita tidak mahu mahasiswa yang keluar dari universiti ini apabila keluar bekerja diluar tidak mampu menjaga amalan-amalan harian kita oleh kerana kesibukkan bekerja. Kita juga tidak mahu mahasiswa di UTM tidak menjaga syariat semasa melakukan gerak-kerja. Pengalaman saya dalam kampus cukup jelas menunjukkan ada sebahagian mahasiswa dan mahasiswi menampal poster dalam pukul 3-4 pagi, dimanakah sensitiviti kita untuk menjaga mahasiswi sedangkan mahasiswa itu sendiri tidak mengambil berat?

Matlmat parti yang jelas mampu membawa idealisme dan suara mahasiswa sepanjang pemerintahan. Setiap calon-calon yang dilantik oleh mahasiswa tidak mampu membawa ideologi mereka sendiri didalam pemerintahan. Hal ini kerana, jika setiap dari 60 calon membawa ideologi masing-masing maka rosaklah organisasi tersebut. Maka dengan ada pembentukkan parti, setiap wakil boleh menyelaraskan ideologi mereka mengikut kesesuaian parti tersebut.

Akhirnya kepada para pengundi mahasiswa, pepatah melayu berkata nak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Setiap kepada kita apabila untuk mengundi silalah mengenal pasti dahulu siapa calon anda untuk dipilih. Hal ini kerana, kita tidak mahu calon yang anda memilih hanyalah pada rupa bukannya kepada kemampuan dan keperibadian calon tersebut. Pemilihan sebegini mampu menggenjatkan perjalanan organisasi mahsiswa tersebut.


Akhir kata daripada saya pilihan raya kampus dan luar tidak kurang perbezaannya, cumanya faktor keputusan bukan milik mahasiswa namun apa yang saya ingin mengharapakan kepada mahasiswa pemilihan dalam menentukan kejayaan sesebuah negara atau kampus tersebut bukan terletak kepada harta dan kekayaan namun pada kesedaran agamanya.