Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Selasa, 22 Mac 2011

KEKALAHAN PMI ATAS KECUAIAN PENJAGA GOL


KDOJ UTM, 22 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak Diploma K10 (Dip) yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 4 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Dip dengan kesudahan mata 4 berbalas 3.

Pasukan PMI ketinggalan 3 gol pada awal separuh masa pertama atas kecuian penjaga gol PMI yang memberi banyak bola muntah kepada pasukan lawan. Gol pertama PMI hadir pada separuh masa pertama dengan menukar pemain sayap kanan dengan memasukkan Wan Kamil yang membuat hantaran lintang kepada Azim Jamil dan beliau menanduk cantik kearah pintu gol. Separuh masa pertama kesudahan Dip 3 berbalas 1.

Masuk separuh masa kedua pasukan PMI menukar taktik dengan memasukkan empat pemain pinjaman termasuk penjaga gol untuk menajamkan lagi bahagian tengah dan serangan. Hasilnya PMI dapat 2 jaringan hasil daripada gerakkan solo pemain berbaju celcom dan tendangan Azim Jamil. Pada masa tambahan, pasukan Dip melukakan para pemain PMI dengan melakukan sepakan luar kotak penalti dan penjaga gol tidak sempat untuk menepis gol tersebut menjadikan gol kemenangan untuk pasukan Dip.



Pada hari ini pasukan PMI kehilangan banyak pemain-pemain utama mereka antaranya Abdul Aziz, Qadhir, Chelo dan Ibrahim atas kekangan mereka sebagai mahasiswa. Namun, ini tidak bermakna pasukan PMI tidak dapat bermain baik dengan ketiadaan mereka. Bagi pihak pengurus pasukan PMI Fathurahman beliau berkata “Kami berharap lebih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa Islam didalam UTM dapat bersama pasukan PMI untuk menjadikan matlamat sukan sebagai ibadah dan ukhuwah antara kita mahasiswa islam.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak Shuk pada 23 Mac (Rabu). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang ingin mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan lain, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.



“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

Tiada ulasan: