Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Selasa, 29 Jun 2010

Kerja,Kerja Dan Kerja



Dah 10 minggu aku belajar menjadi seorang pekerja di syarikat Telekom Malaysia sebagai seorang pelatih. Bersyukur kepada Allah kerana dengan redhaNya aku telah hampir menamatkan latihan industri. Banyak cabaran dan pengalaman aku tempuhi sepanjang aku menjadi seorang pekerja swasta.

Di alam universiti lain dari alam pekerjaan di mana setiap pemikiran aku hanya memikirkan kerja,kerja dan kerja sahaja sehinggakan aku tidak sempat memikirkan keadaan di luar sana tentang isu-isu melanda. Di universiti aku mempunyai waktu ruang yang banyak untuk belajar,bersosial dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang aku suka sehingga aku puas menggunakan masa aku di universiti.Namun berbeza di tempat kerja aku, hanya kerja dan rehat menjadi aktiviti aku seharian.

Di universiti amat mudah bagiku untuk aku berkongsi masalah,mencambah idea dan mencari ilmu dengan mengikut sahabat-sahabat yang sebaya denganku berbanding di rumah dan tempat kerja aku dimana setiap orang yang aku berjumpa berbeza umur,pengalaman dan pendapat.

Change My Activities

Ya aku perlu berubah untuk mewarnai hidupku dengan sesuatu yang aku boleh lakukan. Di tempat kerja amat susah bagi aku untuk mengetahui isu-isu melanda negara dan dunia.Jadi aku membuat keputusan untuk membeli surat khabar setiap hari.Ia menjadi rutin aku membelinya agar aku tidak bosan dan letih dengan kerja aku termenung kadang kala. Tambahan lagi dengan membeli surat khabar aku boleh menjadikan orang-orang pejabatku cakna dengan isu-isu semasa dan membolehkan aku bercerita dengan mereka.

Kebanyakkan orang-orang pejabatku adalah orang tua. Jadi aku menukar taktik dengan menjadikan pemikiran aku sebagai orang tua. Minum kopi,bincang isu-isu semasa dan berkongsi pendapat adalah benda yang seronok bila orang-orang pengalaman di tempat kerja aku.

Dengan adanya internet di rumah aku,sempatlah aku untuk ‘update’kan blog dan laman-laman yang lain agar aku tidak ketinggalan dalam hal-hal bersosial bersama rakan-rakan aku di universiti.

Aku teringat kata pakcik-pakcik di tempat kerja aku. “Kamu remaja tidak mempunyai masalah ini semasa umur kamu. Kadang kala pakcik lupa pasal hal-hal pekerjaan pakcik adalah sebab ini”.Tanya pulak aku kat pakcik “Apa dia pakcik masalah selalu pakcik pikirkan?”. Dengan tenangnya pakcik tu menjawab “Masalah social!Pikiaq pasal hal rumah,anak,dan duit.” Masa itu aku terdiam. Ya memang benar apa cakap pakcik tu. Bila tiba masanya kita kahwin dan bekerja,perkara itu menjadi keutamaan kita sehinggakan kita lupa semangat kita di universiti dahulu.

……..Kerana Tuhan Untuk Manusia……..

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri



Imanseseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannyadengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solatmenjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan danteramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpasinar.

Dosa danpahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannyadi hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunanpahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jikadosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melaluiartikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadapsalah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajahkepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agarkita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedangdipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kitasemua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan auratlelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil jugaboleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikantanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincangpanjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakanuntuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudahmenjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasukikebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agarkita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikandi televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalammerosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupamenyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karyaHollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu jugasepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secaraumumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakahitu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikankepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika berceritaberkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOKsebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalahsama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaankita terhadapnya.

Mungkinterkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan sepertiNational Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah,Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaanlagi filem sepertinya.

Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkanbanyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannyakepada orang lain akan minat kitaterhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosiiklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan dramabermaksiat. Bukan sekadar movies sahajamalah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).

Sayabimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jikadiyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK.Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.

Selainberkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanyamelalui gambar. Gambar seperti :

ketika sedang minum arak,
hadiri parti penuh maksiat,
hadiri majlis dosa,
sedang berpelukan lelaki wanita
atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
dan sebagainya,
Sekiranyasemua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebardosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam,berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba diamendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini"maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secarafizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telahbertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar ataumengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau palingkurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokritadalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosahanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah diamenyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aibdan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketikamerujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan.

Allah itumaha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, makaantara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanyayang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakuidosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telahmenutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas darihadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapatbelas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telahlebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat danketerlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauhmanapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya,mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklahfacebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalahdan mempergandakan dosa.

Sekian



ZaharuddinAbd Rahman

www.zaharuddin.net

Isnin, 14 Jun 2010

Cite Best...(^^)

Brave Story



Cerita ini mengisahkan seseorang budak lelaki menghadapi masalah hidup. Oleh kerana beliau kurang ada keyakinan dan keberanian dalam dirinya beliau telah di uji dalam dunia ghaib. Di situ segala-segalanya berubah. Seronok tau. Yang mana mahu menjadi lebih berani tengok lah cita ni.(^^)

Link:
http://www.megaupload.com/?d=W9QSUG7B


Grave of the Fireflies



Cerita ini memang terkenal Jepun. Cerita ini mengisahkan kehidupan seorang abang dan adiknya selepas Jepun kena serang dalam World War 2. Di sini kita boleh lihat bertapa sayang abangnya kepada adik. Sedih juga cita ini. Boleh meleleh air mata. Jadi kalau nak tengok cita ini sedia la dulu ye kotak tisu.(^^)

Link:
http://www.megaupload.com/?d=HVI57ZED

....Kerana Tuhan Untuk Manusia....

What Happen?



Aduh-aduh,dalam demam piala dunia ni tercemar lak masalah berlaku dalam Persatuan BolaSepak Perak. Setelah aku baca dan apa berlaku di sukma Melaka amat menyedihkan aku.

Sila baca,

http://kedahlanie.blogspot.com/2010/06/realiti-bola-sepak-di-malaysia-kemelut.html

Kepada orang-orang berkenaan tolong la bantu pasukan perak ini walaupun aku penyokong Kedah. Hal ini kerana melibatkan sukan dan nasib pemain-pemain tersebut. Jangan jadikan bolasepak ini suatu kekejaman politik anda sehingga mereka tidak dapat pergi jauh.

Biarlah sesiapa pun yang jadi ketua bolasepak ini yang penting kerjasama membantu pasukan Perak ini mengembalikan kegemilangan sebagai pasukan gergasi yang menjadi musuh tradisi Selangor,Kedah dan pasukan-pasukan lain.

Majulah Sukan Untuk Negara

....Kerana Tuhan Untuk Manusia....

Sabtu, 12 Jun 2010

Penghinaan Kepada Nabi Kita



Aku teringat kisah Nabi Muhammad SAW ke Taif dimana Rasulullah berdakwah orang-orang di sana. Mereka bukan sahaja menolak dakwah nabi malah memaki,mencaci dan mencedarakan nabi sehingga berdarah tubuh badan nabi. Kemudian datangnya Malaikat mengatakan kepada Nabi bahawa malaikat-malaikat yang menjaga gunung sudah bersedia untuk menghempap orang-orang Taif dengan gunung-gunung yang sedia ada. Tetapi dengan kasih sayang Nabi, Baginda menolak pelawaan tersebut dan mengatakan “Biarkan mereka sesungguhnya mereka belum tahu ajaran aku, mungkin sekarang ini mereka tidak menerima ajaran aku tetapi kemudian hari mungkin anak-anak mereka yang menerima ajaran aku”. Sungguh istimewa Nabi Muhammad SAW. Walaupun di caci dan di cederakan Baginda tetap menghukum orang-orang yang tidak tahu sepenuhnya Islam.

Gambar dia atas ialah orang yang telah menghina Nabi Muhammad SAW. Bila kita melihat pages dia sungguh sedih sekali kerana beliau telah menyalahkan Nabi tetang apa berlaku di dalam agama beliau. Namun begitu kita sebagai umat Islam tidak boleh menyalahkan beliau 100% kerana beliau tidak mengenali Islam 100%. Pengharapan kita kepada beliau ialah agar tutup group yang beliau buka tersebut kerana sikap beliau dalam menyatakan sesuatu pada facebook adalah tidak baik kerana ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam yang lain.

Bagi kita orang Islam pula, mempelajari Islam tidak akan habis sehingga ke liang lahad. Memperbanyakkan ilmu dalam diri kita serta pengharapan kita kepada Allah agar melindungi di dunia dan akhirat. Serta teranglah kepada oranh-orang bukan Islam tentang Islam agar penghinaan meraka kepada Nabi SAW akan berkurangan.
WaAllahualam….

…..Kerana Tuhan Untuk Manusia……

Summer Wars



Kepada peminat anime atau ingin merasa riang di hati semasa cuti ini, saya ingin berkongsi bersama cerita menarik untuk anda. SUMMER WARS. Cerita ini menceritakan tentang dunia masa hadapan dimana sistem perhubungan seperti facebook atau lain-lain amat penting. Dari kisah ini saya lihat semangat kekeluargaan dalam menentang virus yang menyerang facebook itu. Cerita dia memang komedi...Tengok la kalau ada masa ruang. (^^)

Link:
http://www.megaupload.com/?d=WMIDXZ40

.....Kerana Tuhan Untuk Manusia........

Ole Ole...Piala Dunia

Pasukan Kegemaran

1) KEDAH DARUL (^^)v


2)MALAYSIA TEAM


3)BRAZIL

Palestin Bagi Kerajaan Kita


Palestinian merupakan tanah yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabat menjejaki malah telah membina sebuah masjid yang pertama di tanah itu dahulu yang diberi nama Al-Aqsa. Titik peluh Rasulullah SAW dahulu untuk mendirikan masjid kini diganti dengan pertumpahan darah oleh-oleh penduduk sah palestin bagi mempertahankan masjid ini dari di musnahkan oleh orang-orang haram yahudi laknatullah. Para syahid mereka dalam mempertahankan masjid ini bukan tergolong orang-orang dewasa sahaja malah kanak-kanak palestin juga turut menjadi pejuang untuk mempertahakan masjid Rasulullah SAW ini.

Apa kita sebagai orang islam hanya mampu melihat dan membantah perbuatan yang dilakukan oleh yahudi laknatullah ini? Ia memang benar, kita bercakap memang senang tetapi nak melakukan amatlah susah kerana kita sokong hanya sekadar mulut namun bukan perbuatan. Kenapa orang yahudi dengan mudah membunuh saudara kita tetapi kita amat susah mempertahankan saudara kita dengan cara setiap negara islam menghantar batuan ketenteraan kepada palestin? Kenapa negara-negara islam begitu penakut? Adakah mereka telah di ‘brainwash’ oleh orang-orang yahudi sendiri dengan menanamkan “Engkau negara kau, aku negara aku”. Di manakah kekuatan sebenar OIC ini? Amat sakit di hati orang memanggil pertubuhan ini dengan “Oh I See”.



Di dalam negara kita pula,pelbagai desakan dan harapan kepada kerajaan kita untuk membantu sahabat-sahabat kita dengan menghantar bantuan bekalan makanan dan lain-lain serta menghantar tentera bantuan kepada mereka untuk melindungi sahabat-sahabat kita di Palestin. Sekurang-kurangnya tentera kita mati syahid memperjuangkan saudara islam meraka. Namun di mata kerajaan kita hanya sia-sia penghantaraan tentera kita. Tambahan lagi,kerajaan kita siap menerima nasihat dan tunjuk ajar dari salah satu cosultan dari yahudi iaitu Apco di mana PM kita sampai sekrang masih berdiam diri dan tidak menjelaskan siapakah Apco itu. Di manakah pendirian sebenar kerajaan dalam mempertahankan Palestin? Adakah cukup hanya masuk surat khabar dan melemparkan kata-kata manis kepada perjuang-perjuang Palestin di Malaysia.

Seseorang pemimpin islam yang ideal akan sentiasa menjadikan islam itu tunjang kepimpinannya di mana segala hal-hal pentadbiran negara dan dunia menggunakan sistem islam serta menjadikan negara-negara islam yang lain umpama seperti negara kita sendiri. Tidakkah kita mahu melihat tiadanya penindasan seperti Rasulullah lakukan di dalam perang badar. Baginda berperang kerana tidak mahu orang islam tidak tertindas. Saya harap kerajaan kita mengambil tindakan sebaiknya serta tidak menjadi isu-isu Palestin seperti hangat-hangat tahi ayam.

.......Kerana Tuhan Untuk Manusia.......

Jumaat, 11 Jun 2010

Haram Judi Untuk Kebaikan Manusia Sejagat


Susah untuk hamba percaya seorang Perdana Menteri Islam yang menjaga negara islam telah meluluskan lesen perjudian kepada orang kaya yang bernama Vicent. Malah menjadikan Awang Adek sebagai kambing hitam untuk menutup kelakuannya, tetapi kelakuannya bukan semudah itu untuk semua rakyat tidak menyalahkannya. Tambahan lagi, PM kita langsung tidak bersuara sama ada untuk menentang perjudian ini atau untuk memberi ulasan mengapa beliau sebagai menteri kewangan memberi kelulusan kepada syarikat berjaya untuk menjalankan perjudian bola sepak. Adakah terlalu sibuk untuk mengeluarkan statement yang melibatkan syariat Islam??

Hamba takut di kemudian hari segala penggunaan kita dari segala aspek yang diberikan oleh kerajaan adalah HARAM kerana segala hasil cukai judi di bahagikan kepada rakyat. Hamba takut juga semua anak cucu kita akan di halang di masukki Nur Allah kerana hal-hal begini. Bukan itu sahaja hamba tidak mahu masyarakat kita mempunyai amalan yang kurang di sebabkan judi ini. Memang sekarang ini kita tidak nampak kesan perjudian judi ini namun kita boleh melihat 10 atau 20 tahun akan datang. Ia sama kesan seperti pembuang bayi. Kesan ini hasil kesilapan kita sebagai hamba Allah tidak melaksanakan hukum hudud di mana yang terkena natijahnya adalah anak-anak kita.

Berbalik kepada judi, pengharaman judi bola sepak adalah kebaikkan kepada semua rakyat Malaysia bukan sahaja kepada orang Islam kerana Allah telah menetapkan bahawa judi adalah buruk kepada manusia. Tidakkah kita terfikir siapa yang lebih mengetahui hal-hal manusia dari Allah. Adakah PM kita lebih mengetahui? Adakah menteri pembangunan, wanita dan masyarakat lebih mengetahui? Jadi marilah kita membangukan negara kita dengan menjadikan Islam sebagai ideal kita untuk membangun sesebuah negara. Negara kita akan menjadi mulia di sisi Allah kerana Islam, atau negara kita akan menjadi hina di sisi Allah malah rakyat yang lain kerana jauh dari Islam.

Jadi marilah sahabat-sahabat kita menolak judi bolasepak ini demi kebaikkan seluruh manusia.

.........Kerana Tuhan Untuk Manusia............