Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Jumaat, 25 Mac 2011

PMI MULAI BANGKIT


KDSE UTM, 25 Mac- Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada pasukan PMI untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan 2 SKG. Untuk perlawanan ini PMI mula menunjukkan taring mereka dengan membenam 2 SKG, 4 berbalas 0.

Untuk separuh masa yang pertama memperlihatkan strategi PMI tidak teratur menyebabkan permainan kurang memberansangkan. Pasukan 2 SKG memulakan serangan dengan cubaan tanduk oleh pemain sayap kanan mereka namun berjaya ditepis oleh penjaga gawang PMI. Seterusnya memperlihatkan 2 SKG cuba mengawal permainan tapi disebalik serangan pasukan 2 SKG, PMI mengambil kesempatan dengan banyak membuat serangan balik namun penyudah penyerang pasukan PMI untuk separuh masa belum menjadi.


Gol pertama pasukan PMI muncul apabila perebutan bola di dalam kota penalti pasukan 2 SKG dengan disudah oleh penyerang profik PMI Wan Darimi. Pasukan 2 SKG cuba bangkit dengan beberapa serangan namun Apek yang baru dimasukkan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan PMI hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG. Pasukan PMI menambah derita pasukan 2 SKG sekali lagi Wan Darimi mendapat lorongan bola dari pemain tengah PMI iaitu Zufar Marwah dan disudahkan baik oleh beliau. Akhir sekali gol pasukan PMI adalah hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG yang silap menepis hantaran silang pemain tengah PMI, Jimmy.



Kapten pasukan PMI iaitu Fadhlul Wafi berpuas hati dengan kecekapan bahagian tengah PMI yang banyak memcipta peluang untuk penyerang PMI untuk menyudahkan kesemua gol PMI. Namun begitu beliau berharap pasukan PMI masih perlu banyak memperbaiki untuk permulaan permainan dimana pasukan PMI yang masih belum teratur untuk separuh masa pertama.

Perlawanan seterusnya pasukan PMI adalah pada hari Sabtu, 26 Mac di padang KDSE bertemu dengan pasukan FKA. Dijemput kepada semua mahasiswa islam yang ingin mewakili pasukan PMI untuk bermain perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada nombor 013-5920514(Zufar). Kehadiran anda sangat kami hargai.



"Bersama Membangun Ummah"
Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMI UTM

Membentangkan Perancangan Menemui Mati

1. Mencari rezeki yang halal



Adalah satu fitrah manusia untuk hidup di dunia ini dengan mencari rezeki mengikut tahap masing-masing. Namun begitu seberapa ramai yang renung sejenak bagaimana pengurusan kita dalam keluar masuk rezeki kita samaada ia halal atau tidak. Tidakkah kita takut kerana hartalah yang menyebabkan kita akan ditarik oleh api neraka nanti samaada orang kaya atau miskin. Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua hamba Allah. Tinggallah perkara-perkara yang kita tidak yakin terhadap rezeki kita.

2. Beribadah sebaik-baik yang mungkin



Kita tidak tahu sejauh mana nyawa kita diberikan oleh Allah. Ada manusia yang mati semasa kanak-kanak lagi, ada yang mati ketika umur remaja dan ada juga mati ketika tua. Benar kata Imam Ghazali “Perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.” Namun begitu, sejauh mana tanda kesyukuran kita terhadap Allah? Salahkah ketika solat kita sujud lebih lama dari biasa untuk menunjukkan tanda syukur dan rindu kita kepada Allah? Walhal jika kita muhasabah balik pada diri kita, banyak perkara kita hanya tumpu kepada dunia malah sehingga berjam-jam kita mampu menghadap computer, facebook dan kekasih kita namun bukan kepada Allah.

3. Mencari, mengamal dan mengajar ilmu.



“Jika engkau inginkan dunia, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan akhirat, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan kedua-duanya maka carilah ilmu.” Adalah terbaik kepada kita ialah segala perkara yang kita lakukan dalam seharian kita perlulah ada ilmu. Hal ini kerana, dengan ilmu kita tidak akan mudah ditipu oleh syaitan dan manusia. Dengan ilmulah kita akan sentiasa meningkatkan diri dengan mengenal Allah. Sebagai hamba Allah mencari ilmu bukan hanya pada pembelajaran sekolah atau universiti namun mencari ilmu perllah sehingga kita menemui mati. Jika kita ada ilmu tapi mengamalkan adalah tidak berguna juga. Umpama seperti ada roh tapi tidak ada badan. Amallah ilmu dengan sebaik yang mungkin. Jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

4. Membina mahligai syurga yang cintakan Allah



Adalah satu idaman kepada semua manusia yang inginkan suami, isteri dan anak yang saling cinta-mencintai satu sama lain kerana Allah. Idaman ini bukanlah mimpi bagi kita. Kerja keras untuk meningkatkan diri kita dengan menjadi diri seorang soleh adalah asas untuk mendapat keluarga yang soleh. Yakinlah jika kita mati nanti tidak orang lain lagi untuk mendoakan kita selain keluarga kita selalu.

“Orang bijak adalah orang-orang yang mengingati mati”

Khamis, 24 Mac 2011

Rabu, 23 Mac 2011

STRATEGI PMI KURANG MENJADI


KDOJ UTM, 23 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak
Shuk Team yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 3 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Shuk dengan kesudahan mata 1 berbalas 0.

Pada separuh masa pertama keadaan perlawanan agak seimbang di mana kedua-dua pihak berhati-hati dalam membawa bola. Biarpun ada beberapa percubaan dari pasukan PMI namun dinafikan oleh penjaga gol pasukan Shuk yang tangkas menjaga gawang. PMI juga diuji oleh penyerang pasukan Shuk ‘one by one’ dengan penjaga gol pasukan PMI tapi ditepis rembatan tersebut. Tamat separuh masa pertama dengan tanpa jaringan kedua-dua pihak.

Bermula separuh masa kedua menampakkan penguasaan bola oleh pasukan PMI dengan memasukkan beberapa tonggak utama mereka, namun begitu bahagian serangan masih kurang menjadi untuk membolos gawang pasukan Shuk. Permainan menampakkan seri oleh kedua-dua pihak. Empat minit sebelum tamat permainan, pasukan PMI dihukum hasil kelalaian penjaga gol PMI yang tidak keluar untuk menghalang penyerang pasukan Shuk menyebabkan gol tersebut menjadi gol kemenangan pasukan Shuk. Pasukan PMI mula mengatur serangan namun semua strategi itu sudah terlambat bagi pasukan PMI. Pasukan PMI kalah tipis 1 berbalas 0.



Kapten Pasukan Fadhlul Wafi yang memberi komen atas prestasi pasukan PMI dengan mengatakan “Kami masih tercari-cari sentuhan seorang penyerang. Masih banyak perlu kami baiki dari sudut penjaga gol dan penyerang.” Manakala penjaga gol pasukan PMI Mohamad Faruqi juga memberi komen atas kesilapannya “Mungkin sekarang bukan zaman saya lagi untuk menjadi penjaga gol.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak FKSG pada 25 Mac (Jumaat). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam untuk mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.



“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

Selasa, 22 Mac 2011

KEKALAHAN PMI ATAS KECUAIAN PENJAGA GOL


KDOJ UTM, 22 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak Diploma K10 (Dip) yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 4 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Dip dengan kesudahan mata 4 berbalas 3.

Pasukan PMI ketinggalan 3 gol pada awal separuh masa pertama atas kecuian penjaga gol PMI yang memberi banyak bola muntah kepada pasukan lawan. Gol pertama PMI hadir pada separuh masa pertama dengan menukar pemain sayap kanan dengan memasukkan Wan Kamil yang membuat hantaran lintang kepada Azim Jamil dan beliau menanduk cantik kearah pintu gol. Separuh masa pertama kesudahan Dip 3 berbalas 1.

Masuk separuh masa kedua pasukan PMI menukar taktik dengan memasukkan empat pemain pinjaman termasuk penjaga gol untuk menajamkan lagi bahagian tengah dan serangan. Hasilnya PMI dapat 2 jaringan hasil daripada gerakkan solo pemain berbaju celcom dan tendangan Azim Jamil. Pada masa tambahan, pasukan Dip melukakan para pemain PMI dengan melakukan sepakan luar kotak penalti dan penjaga gol tidak sempat untuk menepis gol tersebut menjadikan gol kemenangan untuk pasukan Dip.



Pada hari ini pasukan PMI kehilangan banyak pemain-pemain utama mereka antaranya Abdul Aziz, Qadhir, Chelo dan Ibrahim atas kekangan mereka sebagai mahasiswa. Namun, ini tidak bermakna pasukan PMI tidak dapat bermain baik dengan ketiadaan mereka. Bagi pihak pengurus pasukan PMI Fathurahman beliau berkata “Kami berharap lebih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa Islam didalam UTM dapat bersama pasukan PMI untuk menjadikan matlamat sukan sebagai ibadah dan ukhuwah antara kita mahasiswa islam.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak Shuk pada 23 Mac (Rabu). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang ingin mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan lain, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.



“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

Khamis, 17 Mac 2011

Masa Hadapan dan Nuklear

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



13 Mac 2011 yang lalu Malaysia digemparkan dengan satu berita daripada negara matahari terbit iaitu Jepun dimana mereka dikejutkan dengan malapetaka seperti gempa bumi, tsunami dan letupan loji nuklear yang membawa ragut beribu orang. Namun yang lebih bahaya antara malapetaka itu adalah kebocoran radioaktif nuklear dimana boleh membawa keburukkan yang berpanjangan kepada rakyat-rakyat Jepun serta negara jiran terdekatnya.

Namun lebih menyedihkan tidak semua melihat perkara ini sebagai satu amaran daripada tuhan dimana biarpun sehebat mana pun kita dalam dunia teknologi namun apabila Allah menguji kita dengan tenteraNya maka hendaklah kita kembali kepadaNya. Malah saya bertambah malu dimana isteri kepada Perdana Menteri kita, Datin Sri Rosmah Mansor memberi pendapat ia tidak sepatutnya kepada Jepun. Malah kenyataanya bahawa Jepun tidak mengamalkan sepenuhnya memulihara alam sekitar adalah tidak benar malah perihatin mereka terhadap alam sekitar adalah lebih tinggi daripada Malaysia.

Kembali kita kepada isu nuklear. Dalam kita mengejar dunia pembangunan teknologi dan teknologi kita diingatkan bahawa janganlah kita merosakkan bumi yang Allah cipta ni dengan tangan-tangan kita. Biarpun tenaga nuklear mampu memberi tenaga yang tinggi kepada namun risiko tenaga nuklear ini jika kita tidak mengawal adalah lebih tinggi risikonya kepada kehidupan kita.

Jadi saya memohon kepada kerajaan Malaysia agar menimbang kembali cita-cita Malaysia agar mencari alternatif dalam membangun negara kita yang tercinta ini.

....Kerana Tuhan Untuk Manusia....
Mohamad Faruqi Bin Yusari