1. Mencari rezeki yang halal
Adalah satu fitrah manusia untuk hidup di dunia ini dengan mencari rezeki mengikut tahap masing-masing. Namun begitu seberapa ramai yang renung sejenak bagaimana pengurusan kita dalam keluar masuk rezeki kita samaada ia halal atau tidak. Tidakkah kita takut kerana hartalah yang menyebabkan kita akan ditarik oleh api neraka nanti samaada orang kaya atau miskin. Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua hamba Allah. Tinggallah perkara-perkara yang kita tidak yakin terhadap rezeki kita.
2. Beribadah sebaik-baik yang mungkin
Kita tidak tahu sejauh mana nyawa kita diberikan oleh Allah. Ada manusia yang mati semasa kanak-kanak lagi, ada yang mati ketika umur remaja dan ada juga mati ketika tua. Benar kata Imam Ghazali “Perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.” Namun begitu, sejauh mana tanda kesyukuran kita terhadap Allah? Salahkah ketika solat kita sujud lebih lama dari biasa untuk menunjukkan tanda syukur dan rindu kita kepada Allah? Walhal jika kita muhasabah balik pada diri kita, banyak perkara kita hanya tumpu kepada dunia malah sehingga berjam-jam kita mampu menghadap computer, facebook dan kekasih kita namun bukan kepada Allah.
3. Mencari, mengamal dan mengajar ilmu.
“Jika engkau inginkan dunia, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan akhirat, maka carilah ilmu. Jika engkau inginkan kedua-duanya maka carilah ilmu.” Adalah terbaik kepada kita ialah segala perkara yang kita lakukan dalam seharian kita perlulah ada ilmu. Hal ini kerana, dengan ilmu kita tidak akan mudah ditipu oleh syaitan dan manusia. Dengan ilmulah kita akan sentiasa meningkatkan diri dengan mengenal Allah. Sebagai hamba Allah mencari ilmu bukan hanya pada pembelajaran sekolah atau universiti namun mencari ilmu perllah sehingga kita menemui mati. Jika kita ada ilmu tapi mengamalkan adalah tidak berguna juga. Umpama seperti ada roh tapi tidak ada badan. Amallah ilmu dengan sebaik yang mungkin. Jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
4. Membina mahligai syurga yang cintakan Allah
Adalah satu idaman kepada semua manusia yang inginkan suami, isteri dan anak yang saling cinta-mencintai satu sama lain kerana Allah. Idaman ini bukanlah mimpi bagi kita. Kerja keras untuk meningkatkan diri kita dengan menjadi diri seorang soleh adalah asas untuk mendapat keluarga yang soleh. Yakinlah jika kita mati nanti tidak orang lain lagi untuk mendoakan kita selain keluarga kita selalu.
“Orang bijak adalah orang-orang yang mengingati mati”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan