Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Rabu, 31 Disember 2008

Demo Di Kota Sarang Semut

KOTA SARANG SEMUT- Pemuda PAS Negeri Kedah mengajak seluruh masyarakat yang cintakan kedamaian agar hadir beramai-ramai ke demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin, selepas solat Jumaat, 2 Januari ini di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani.

Selasa, 30 Disember 2008

KOSMO: FATWA ULAMAK IRAN DALAM MEMBANTU SAUDARA ISLAM

TEHERAN – Sebuah parti politik utama Iran mengumumkan bahawa parti politik berkenaan sedang mendaftarkan sejumlah sukarelawan untuk berperang dengan Israel.

Usaha Parti Jame-e-Roohaniat-e-Mobarez itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis di Genting Gaza.

Parti politik tersebut memberi tiga pilihan kepada sukarelawannya untuk menentang Israel iaitu berkhidmat di bidang ketenteraan, kewangan atau penerangan.

Semalam, parti itu menyatakan inisiatif tersebut dilakukan selepas pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa kepada umat Islam kelmarin bahawa mana-mana orang Islam yang meninggal dunia kerana mempertahankan saudara mereka di Gaza akan mati syahid. – AP

Hijrah Yang Sedih Buat Rakyat Palestin Di Gaza


Kini kita sudah mula masuk 1 Muharram 1430 Hijrah di mana mulanya tahun baru bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Tetapi amat malang bagi sesetengah tempat seperti Palestin,Iraq,Afghanistan serta lain-lain lagi telah dicemari tahun baru islam ini dengan peperangan yang menjadi asam garam bagi mereka di sana.

Bukan itu sahaja,saudara islam bagi negara-negara Afrika di sana seperti Somalia,Ghafur dan lain-lain lagi mereka masih hidup dalam sebar kekurangan dan kelaparan yang begitu teruk sehinggakan banyak mangsa kanak-kanak islam di negara Afrika mati kerana kelaparan.

Dan baru-baru ini Palestin telah di cemari oleh serangan bom udara oleh jet-jet pejuang Israel dan mengakibatkan 300 rakyat Palestin di Gaza yang tidak berdosa telah terkorban hasil serangan tersebut.

Masa makin berlalu dan kita sebagai manusia tidak mampu melawan hukum tuhan untuk memberhentikan masa namun apakah kita sebagai rakyat islam Malaysia merupakan saudara islam bagi saudara-saudara kita di Palestin dan negara-negara lain tidak mampu membuat apa?Dimanakah khalifah seperti Umar Abdul Aziz?Umar Al-Khattab?Sallehuddin Al-Ayubi?Sultan Mahmud Al-Fateh serta As Syahid Imam Hassan Al Banna yang mampu mempertahankan saudara Islamnya.Di manakah orang-orang seperti mereka ini?Tepuk dada tanya iman.

Mungkin di negara kita ini begitu banyak nikmat-nikmat hidup yang mewah dan senang sehinggakan kita melupakan sebahagian rakyat-rakyat yang hidup sengsara di negara luar serta di negara Malaysia kita sendiri. Marilah sahabat-sahabat kita berkorban apa yang kita mampu untuk menolong saudara-saudara kita yang mungkin tidak senasib dengan kita ini. Marilah kita menjadi seperti burung dalam cerita Nabi Ibrahim di bakar oleh raja Namrud yang burung tersebut membantu baginda memadam api sebesar lautan walaupun sedikit air tersebut.

Rabu, 10 Disember 2008

Ketika Cinta Bersujud

Hmm...agak pelik jga diri aku ini.hehe. Yela...mau taknya semua balik kampung tinggal aku dan berapa sahabat aja kat universiti ni.huhu. tetapi demi menyelesaikan amanah yang uztaz berikan pada kami patut di selasaikan.:)

Pada 2.12 merupakan permulaan kami untuk meyelesaikan amanah ini. Amanah yang ustaz berikan ialah meyelidik membudayakan al-quran di daerah kluang di setiap masjid. Hmm...agak mencabar juga tugas ini. yela cuba antum semua fikir macam mana nak berhadapan masyarakat yang bermacam-macam ragam.

Pelbagai cabaran kami terima ketika menjalankan tugas. Yang paling mencabar ialah kebanyakan masjid-masjid ini mempunyai pemikiran politik. Yela kadang-kadang kedatangan kami mungkin di salah erti bahawa kami ini datang wakil dari politik yang lain.huhu. Agak menyedihkan juga. Tetapi ada yang masjid tu agak baik penerimaan kami. Yela meraka betul-betul menghayati dan mengambil kelebihan dari program membudayakan al-quran yang bermula sejak 11 tahun yang lalu.

Agak menyedihkan lagi ana ada menyelidik di satu masjid ini. Suasana politik begitu tegang. Ketika ana buat selidik 10 orang aja yang menyertai program ini padahal ana tengok kat belakang masjid masih ramai lagi duk lepak-lepak sedangkan program di jalankan dan tengok aja program ini berjalan.huhu. Bila tanya tok iman balik nape mereka x join. Jawapan tok imam ialah masalah politik dalam masjid.huhu.

Dalam penyelidikan kami ini banyak juga nikmat yang kami terima antara kami dapat melawat masjid ke masjid dan dapat menunaikan ibadat solat di setiap masjid kami pergi. Kami gembira dapat bersujud di setiap rumah Allah tempat kami meyelidik. Selain itu, kami juga dapat mendekati masyarakat kampung di setiap masjid. Meraka agak peramah ketika menyambut kami.Banyak cerita mereka kongsikan. Agak menarik juga penyelidikan ini.

Akhir sekali selepas penat lelah kami melakukan penyelidikan masjid ke masjid ni kami sempat ke rumah abang Tom untuk berehat dan berkelah di tempat abg Tom.hehe. Agak sejuk juga air di sungai tempat abang Tom.hehe.

Selasa, 11 November 2008

Bilakah lagi?

Zaman Sekolah.


1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.



ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?



Aku menyesallllll.........!!!

oleh:

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

sumber: SINI


Rabu, 5 November 2008

Perubahan....

Ana harap sahabat-sahabat dapat membaca tajuk ni dalam harakah...;) satu perubahan perlu berlaku...kita adalah mahasiswa jadi kita adalah pembela masyarakat masa hadapan.Adakah kita setuju dengan harapan risalah tersebut?:)mampukah kita sebagai mahasiswa?jdi jawapanya tgk PRK tahun depan.:)

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017713&Itemid=111

Isnin, 3 November 2008

Aqidah-2


Aqidah Suci dan Aqidah Fasad.

Pengertian aqidah pada umunya tidak terhad kepada Islam sahaja, bahkan setiap kumpulan agama atau pemikiran mempunyai aqidah masing-masing. Aqidah mereka inilah yang menjadi asas sistem kehidupan mereka.

Oleh itu menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk berpegang dan yakin kepada aqidah yang sahih sahaja; yang telah diperjuangkan oleh sekalian para rasul, pada setiap tempat dan zaman. Firman Allah SWT:

Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu".

(An-Nahl: 36)

Aqidah yang selain daripada ini adalah aqidah yang fasad dan batil. Semunya berpunca sama ada dari akal pemikiran manusia semata-mata atau pun hasil daripada penyelewengan aqidah yang sahih seperti yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tareqat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan bathiniyah, puak syiah dan lain-lain.

Kepentingan Aqidah.

Aqidah merupakan perkara yang amat penting kepada manusia. Tanpa aqidah manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya aqidah sahih sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran manusia seperti:

· Dari mana asal-usulnya?

· Siapakah penciptanya?

· Apakah tujuan alam diciptakan?

· Adakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?

· Bagaimanakah bentuk kehidupan tersebut?

· Dan lain-lain lagi.

Dalam menghadapi persoalan-persoalan seperti di atas, maka tujuan aqidah yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Dalam Islam, iman yang berlandakan aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan seseorang itu tidak akan di terima oleh Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman yang berlandaskan kepada aqidah yang sahih.

Jesteru, mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharap pahala dariNya serta beramal bukan kerana menuntu keredhaan Allah tidak berhak mendapat pahala dari Allah atas amalan yang dilakukan. Maka mereka tidak beriman ini akn diseksa disebabkan oleh kekufuran dan kesesatan mereka. Firman Allah SWT:

Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

(Ibrahim: 18)

Hikmah Kembara

31 ogos, 12.30 pagi, Arif, Firdaus(daus) dan ana sedang menunggu sahabat-sahabat lain di stesen minyak shell untuk bertolak ke destinasi yang mungkin menguji keimanan masing-masing. Tepat jam 12, semasa kami menunggu, bunyi bunga api kedengaran di sekitar skudai. Bunyi yang datangnya dari padang kawad, tempat yang acapkali menjadi venue keraian pelbagai acara dan penganjuran konsert. Ana dan sahabat-sahabat lain tidak berada di padang kawad untuk meraikannya kerana ada tugas lain yang tidak kurang pentingnya!

Setelah semua berkumpul di stesen, kami berkonvoi ke destinasi kami iaitu Danga Bay-tempat yang terkenal di negeri Johor ini.

seusai sampai ke tempat yang dituju, jam ditangan menunjukkan pukul 1 pagi, namun masih banyak kereta dan motor membanjiri sekitar Danga Bay tersebut- seperti yang kami duga. Selepas kami parking motor di satu tempat, kami di minta berkumpul untuk mendengar taklimat dari senior. Risalah tersebut menyatakan kesan-kesan buruk pergaulan bebas.

Apabila kami berpecah ana, arif dan daus merupakan satu team dan team kami agak ceria berbanding team-team yang lain yang lebih serius dalam hal-hal ni.hehe..

Kami mula megedar risalah kepada muda mudi-terutamanya yang bercouple. Nampaknya ia bukanlah perkara yang mudah! “tak yah lah, kalau ko bagi pun aku koyak aje!!”, aduh, terperanjat kawan ana mendengarnya. Itulah antara jawapan daripada remaja-remaja di sana tatkala kami ingin mengedarkan risalah. Ada yang menjerit-jerit membaca risalah itu. Sindiran mereka itu cuba memperolok-olokan risalah yang kami edarkan. sabar je lah- antara ciri penting yang perlu ada dalam kerja dakwah. Mujurlah tiada yang kena tumbuk atau disepak!!Mengejutkan (mungkin), hampir setiap ceruk danga bay itu dipenuhi remaja melayu, tidak terkecuali yang bertudung! Tidak kurang juga yang berkeluarga dan orang asing. Berpelukan, berpegangan tangan, bercumbuan, bergesel-gesel-tanpa segan silu. Seolah-olah mereka sahaja yang berada di situ.Sedih hati kami melihat bangsa sendiri yang terlalu jauh hanyut dek kerenah duniawi-tatlaka masjid bergema alunan zikrullah, tidak sabar menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat dan rahmat, Ramadhan……

Kami menyedari, mengedar risalah ini tidaklah semudah yang disangka. Terkenang jerih perih Rasulullah SAW tatkala menyebarkan ajaran Islam kepada umat baginda. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami masih mampu menahan godaan dunia ini walaupun dengan iman yang masih terumbang-ambing dan rapuh. Sesungguhnya tali Allah ini begitu sukar untuk dipegang apatah digapai oleh sebahagian manusia yang leka dan teruja pada permainan duniawi yang memang mengasyikkan.. dalam perjalanan pulang, kami melayani perasaan sendiri, cuba mencari jawapan dan hikmah disebalik pengalaman 'berkampung' di Danga Bay pada pagi itu...Alhamdulillah....kesyukuran tidak berbelah bahagi sekali lagi kami ungkapkan kerana masih terpelihara oleh Allah dari godaan dunia-godaan syaitan yang tidak berkesudahan!Amin....



Jumaat, 24 Oktober 2008

Penyakit Wahan....

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"

maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'

Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"

Keterangan

Memang umat benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w.

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1000 juta(1/5 penduduk dunia), tetappi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit in tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala "takut mati" pula bermakna leka denan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk bekorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. Kita berdoa agar Allah S.W.T menurunkan mushrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Rabu, 22 Oktober 2008

Kebebasan media M'sia merudum lagi

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej
Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm
kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."

"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.

shafiqa pelajar upm 221008Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.


Kenyataan media UPM: Kes dua pelajar dibuang kolej

upm logoUniversiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kes dua pelajar yang dibuang oleh pihak pengurusan Kolej Tun Perak sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Oktober 2008.

UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.

Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.

Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).

Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.

Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.

Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.

Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.

Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.

Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.

Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.

Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.

Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.

Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009.


Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia

USRAH: AQIDAH-1

Apa itu aqidah?

Dari segi bahasa aqidah itu berasal dari perkataan aqada bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat.

Istilah aqidah bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat di dalam jiwa manusia kepada Allah sehingga tidak mungkin akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan.

Aqidah pada umumnyamerupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahir satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak dan keraguan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujuraat:15)

Aqidah merupakan perkara usul atat asas di dalam islam yang mana tumbuh cabang-cabanag syariat darinya. Syariat pula adalah amalan yang berupa ibadah dan muamalat hasil daripada aqidah tersebut. Dengan sebab itu aqidah juga dinamakan sebagai ilmu usuluddin.

Selasa, 21 Oktober 2008

Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen esok(22 okt)


Abdul Rahim Sabri | Oct 21, 08 7:03pm
Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir "bagi mendedahkan hal sebenar" yang berlaku terhadap mereka.

"Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam," kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Nabi Muhammaad Seorang Pedophile?


Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..'. Ia bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun..

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika. Malah di Tanah Melayu ketika dulu, ramai di kalangan nenek kita yang berkahwin seawal umur 9 tahun! Bagi yang masih mempunyai nenek yang lahir sebelum merdeka, cuba tanya mereka.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.


*coretan editor: wujud khilaf(perbezaan pendapat) ulama' sirah berkenaan umur sebenar Saidatina Aisyah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Maka sama-samalah kita berlapang dada. Bagi membaca pandangan ulama', boleh klik sini, sini & sin

Alhamdullilah....:)


A`salam....
Pertama sekali marilah kita bersama2 bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di saat ini kita masih merupakan seorang hamba yang di terima oleh Allah yang di kurnai dua nikmat yang tiada tandingan dan tenilainya iaitu nikmat iman dan islam.Di mana sebahagian hamba-hambaNYA di kurnai nikmat-nikmat ini dari keturunan dan sebahagian hasil dari usahanya sendiri dan Hidayah dari Allah s.w.t.Jadi bersyukurlah mereka yang menerima nikmat ini.Alhamdullilah...:) Seterusnya marilah selawat dan salam ke atas Nabi jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w kerana tanpa perjuanan beliau dalam menyampaikan islam kepada umat-umatnya bagaimanakah kita sekarang?Adakah kita masih memegang agama hindu yang dulunya di tanah air kita semua rakayat menganutnya.Jadi beruntunglah kita sebagai orang Islam.

InsyaAllah...
Ana berharap blogger yang ana mereka ini di berkati oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya dan bersama ana dan antum semua dapat berkongsi dengan ana segala jenis ilmu yang ada dengan ana.:)

Akhir kata dari ana...
Carilah ilmu untuk mengenaliNya.:)