Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Isnin, 3 November 2008

Hikmah Kembara

31 ogos, 12.30 pagi, Arif, Firdaus(daus) dan ana sedang menunggu sahabat-sahabat lain di stesen minyak shell untuk bertolak ke destinasi yang mungkin menguji keimanan masing-masing. Tepat jam 12, semasa kami menunggu, bunyi bunga api kedengaran di sekitar skudai. Bunyi yang datangnya dari padang kawad, tempat yang acapkali menjadi venue keraian pelbagai acara dan penganjuran konsert. Ana dan sahabat-sahabat lain tidak berada di padang kawad untuk meraikannya kerana ada tugas lain yang tidak kurang pentingnya!

Setelah semua berkumpul di stesen, kami berkonvoi ke destinasi kami iaitu Danga Bay-tempat yang terkenal di negeri Johor ini.

seusai sampai ke tempat yang dituju, jam ditangan menunjukkan pukul 1 pagi, namun masih banyak kereta dan motor membanjiri sekitar Danga Bay tersebut- seperti yang kami duga. Selepas kami parking motor di satu tempat, kami di minta berkumpul untuk mendengar taklimat dari senior. Risalah tersebut menyatakan kesan-kesan buruk pergaulan bebas.

Apabila kami berpecah ana, arif dan daus merupakan satu team dan team kami agak ceria berbanding team-team yang lain yang lebih serius dalam hal-hal ni.hehe..

Kami mula megedar risalah kepada muda mudi-terutamanya yang bercouple. Nampaknya ia bukanlah perkara yang mudah! “tak yah lah, kalau ko bagi pun aku koyak aje!!”, aduh, terperanjat kawan ana mendengarnya. Itulah antara jawapan daripada remaja-remaja di sana tatkala kami ingin mengedarkan risalah. Ada yang menjerit-jerit membaca risalah itu. Sindiran mereka itu cuba memperolok-olokan risalah yang kami edarkan. sabar je lah- antara ciri penting yang perlu ada dalam kerja dakwah. Mujurlah tiada yang kena tumbuk atau disepak!!Mengejutkan (mungkin), hampir setiap ceruk danga bay itu dipenuhi remaja melayu, tidak terkecuali yang bertudung! Tidak kurang juga yang berkeluarga dan orang asing. Berpelukan, berpegangan tangan, bercumbuan, bergesel-gesel-tanpa segan silu. Seolah-olah mereka sahaja yang berada di situ.Sedih hati kami melihat bangsa sendiri yang terlalu jauh hanyut dek kerenah duniawi-tatlaka masjid bergema alunan zikrullah, tidak sabar menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat dan rahmat, Ramadhan……

Kami menyedari, mengedar risalah ini tidaklah semudah yang disangka. Terkenang jerih perih Rasulullah SAW tatkala menyebarkan ajaran Islam kepada umat baginda. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami masih mampu menahan godaan dunia ini walaupun dengan iman yang masih terumbang-ambing dan rapuh. Sesungguhnya tali Allah ini begitu sukar untuk dipegang apatah digapai oleh sebahagian manusia yang leka dan teruja pada permainan duniawi yang memang mengasyikkan.. dalam perjalanan pulang, kami melayani perasaan sendiri, cuba mencari jawapan dan hikmah disebalik pengalaman 'berkampung' di Danga Bay pada pagi itu...Alhamdulillah....kesyukuran tidak berbelah bahagi sekali lagi kami ungkapkan kerana masih terpelihara oleh Allah dari godaan dunia-godaan syaitan yang tidak berkesudahan!Amin....



Tiada ulasan: