Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Selasa, 16 November 2010

Tahniah Buat Kawanku Muhammad Ismail Rosli

Bismillah...



Pertama sekali saya mengucapkan tahniah buat Ismail dan pasangannya setelah bertunang. Sebelum ni aku terkejut dengan berita Noot Liza Omar dengan penikahan mereka,sekarang hang lak pulak mail. Apa-apa pun tahniah la, hang jadi lelaki sejati kerana pi nikah dulu. Bukan semua mampu buat tau. Bila aku tengok-tengok keadaan ni,rupanya kita semua dah besaq nu.



Aku ingat lagi kenangan kita bersama menjadi nakal dalam kelas. Always kacau orang-orang yang tidoq dalam kelas,yang sembang dan macam-macam lagilah. Yang tak belah bagi cikgu kelas kita Pn. Sarina leh kata "Mail kena duduk dengan Faruqi,baru baik sikit". Nasib hang baik mail.(^^)



Ada benda masih aku tidak berpuas-hati dengan hang mail, teloq hg baling kat aku! Masih belum dibalas...siap hang nanti..hehehe



Apa-apa pn terima kasih la kat hang sebab always bagi memory kat aku. Aku suka kenakalan hang dulu. Aku harap bila dah kawen nanti,jangan lupa jemput aku dulu. Aku nak orang first tau....



Buat pasangan mail,mail ni seorang yang hormat kepada orang lain,kelakar dan berusaha mendapatkan sesuatu. Jadi jagalah mail elok-elok ye. Bertuahlah dapat mail ni...(^^)

Dari Sahabat form 4-5,
Faruqi

Isnin, 15 November 2010

Bersama Sahabat

Bismillah...



Alhamdulillah pada tanggal 14 november 2010 saya bersama Arif,Izmar dan Wafi menjalankan tugas untuk menghantar orang ke suatu tempat untuk dituju serta agenda orang yang kami hantar ini adalah melawat. Bermulanya jam 8 pagi aku bersama-sama sahabat cuba awal membangunkan diri kerana biasanya kami selalu bangun lambat,namun kerana tugasan ini kami bersemangat.



Setiap perancangan pasti ada bestnya!!!

Saya bersama-sama sahabat telah merancang setelah selesai tugas menghantar orang tersebut kami nak tuju ke suatu tempat iaitu Pantai Air Papan di Mersing untuk berehlah bersama sahabat semperna cuti raya haji kali ni. Dah lama kami berempat tak pergi rehlah bersama-sama. Keasyikkan kami dalam gerak kerja persatuan dan kelab, nak la juga menenangkan fikiran ni.(^^)



Biarpun di dalam perjalanan ini kami di uji dengan kesabaran dan ukhuwah namun dengan berkat ujian itu ukhuwah kami bertambah erat dan di beri kenikmatan untuk berehlah di pantai ini.



Pantai Air Papan ini sungguh menceriakan kami dengan keindahan tuhan serta kebersihannya yang di jaga. Namun apa yang tidak menariknya masih ramai anak-anak muda yang berumur lingkungan kami bergaul dengan bebas antara lelaki dan perempuan. Kami berharap tempat ini di baiki dengan budaya-budaya islam pula agar kita berehlah dalam keredhaan Allah. (^^)



Saya berharap ukhuwah kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jadikan segala aktiviti ini sebagai satu memory untuk membakar semangat dalam gerak kerja nanti.