Bismillah...
Alhamdulillah pada tanggal 14 november 2010 saya bersama Arif,Izmar dan Wafi menjalankan tugas untuk menghantar orang ke suatu tempat untuk dituju serta agenda orang yang kami hantar ini adalah melawat. Bermulanya jam 8 pagi aku bersama-sama sahabat cuba awal membangunkan diri kerana biasanya kami selalu bangun lambat,namun kerana tugasan ini kami bersemangat.
Setiap perancangan pasti ada bestnya!!!
Saya bersama-sama sahabat telah merancang setelah selesai tugas menghantar orang tersebut kami nak tuju ke suatu tempat iaitu Pantai Air Papan di Mersing untuk berehlah bersama sahabat semperna cuti raya haji kali ni. Dah lama kami berempat tak pergi rehlah bersama-sama. Keasyikkan kami dalam gerak kerja persatuan dan kelab, nak la juga menenangkan fikiran ni.(^^)
Biarpun di dalam perjalanan ini kami di uji dengan kesabaran dan ukhuwah namun dengan berkat ujian itu ukhuwah kami bertambah erat dan di beri kenikmatan untuk berehlah di pantai ini.
Pantai Air Papan ini sungguh menceriakan kami dengan keindahan tuhan serta kebersihannya yang di jaga. Namun apa yang tidak menariknya masih ramai anak-anak muda yang berumur lingkungan kami bergaul dengan bebas antara lelaki dan perempuan. Kami berharap tempat ini di baiki dengan budaya-budaya islam pula agar kita berehlah dalam keredhaan Allah. (^^)
Saya berharap ukhuwah kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jadikan segala aktiviti ini sebagai satu memory untuk membakar semangat dalam gerak kerja nanti.
2 ulasan:
ape maksud 'kami' bangun lambat...??
xpasal2 je...huhu
Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )
Catat Ulasan