Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Khamis, 22 Januari 2009

~@Key To Have Ukhuwah@~


Ukhuwah merupakan satu ikatan diantara manusia yang tidak boleh lihat secara zahir oleh pancaindera namun kita boleh merasai dengan mata hati.Ukhuwah tidak mengenal erti sama ada seseorang itu susah ataupun senang walau di mana kita berada.Tapi apakah ukhuwah yang kita peroleh ini mampu membawa kita mengharungi dunia yang fatamorgana ini?Adakah ukhuwah ini mampu membentuk seseorang manusia itu ke arah lebih baik?

Ukhuwah kerana seakidah atau kerana Islam merupakan satu ukhuwah yang kukuh dan tidak mampu di gugat oleh mana-mana pihak dan kekuatan. Ini kerana, seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya kerana Allah akan sentiasa menimbulkan keikhlasan di dalam hati mereka kerana setiap detik mereka bersama mampu peroleh keredhaanNya. Geografi,harta benda,kepentingan diri dan kerana rupa paras tidak mampu mengatasi ukhuwah seakidah ini kerana setiap element tersebut tidak kekal dan banyak ke arah kepentingan kepada individu bukannya kearah pada satu kelompok. Namun, apa yang dapat kita lihat keadaan sekarang ini negara-negara Islam yang merupakn seakidah tidak mampu menyelamatkan negara Islam di Palestin,Iraq,Afghanistan dan di Selatan Thai malah ada negara Islam tidak kisah langsung dengan sahabat seakidah dengan mereka seperti Mesir yang tidak membantu sahabat-sahabat meraka di Palestin dan menyekat kemasukan sahabat seakidah di bumi para anbiya' itu.Adakah kita ingin salahkan ukhuwah?Apa gunanya jika ukhuwah tanpa keikhlasan.

Marilah kita merenung kembali bagaimana Nabi s.a.w menyatukan kaum muhajirin dan kaum ansar dimana tiada batasan geografi ketika keadaan hijrah tersebut yang menghalang mereka untuk kita hidup bersama.Dan kerana ukhuwah seakidahlah mereka bersatu untuk menawan kembali kota Mekah yang selama ini di duduki oleh kaum musyrikin.Malah situasi mereka sama dengan keadaan Palestin dimana kaum muhajirin telah di serang oleh orang musyrikin Mekah dan mereka berhijrah ke Madinah.Tapi apa layanan yang diberikan Pemimpin Mesir terhadap rakyat gaza?Hanya rakyat Palestin dan Tuhan sahaja yang tahu.

Kini, kita boleh melihat perspektif lebih dekat lagi iaitu di dalam kampus.Bagaimanakah keadaan ukhuwah mahasiswa-mahasiswa Islam kini, di mana kebanyakkan mereka berkawan kerana kehebatan seseorang inidividu dan kerana mereka hidup dalam satu kos.Inilah situasi yang berlaku di dalam kampus,kurangnya ukhuwah seakidah dikalangan mahasiswa-mahasiswa Islam.Oleh kerana itu, mahasiswa di dalam kampus tidak bersatu kerana setiap daripada mereka mempunyai kepentingan diri untuk berkawan atau ukhuwah.Oleh itu tidak hairan jika apa pun berlaku terhadap sahabat mereka tiada pun perasaan "cubit tangan kanan kanan,tangan kiri pun terasa".Jadi dimanakah silap ukhuwah ini?

Sedarlah andai kata ukhuwah seakidah ini berpaut kuat di antara negara-negara Islam serta mahasiswa insyaAllah kita tidak akan di tindas serta umat Islam mampu mengembalikan daulah Islamiyah dan khalifah di muka bumi Allah.

"Cinta bersemi kerana Allah, Ukhuwah bersemi kerana Keikhlasan"

Coretan dari:
~@Keyhearts@~

Isnin, 12 Januari 2009

Antara Realiti Dan Fantasi

Tanggal 13 Januari 2009 bakal menjelang dalam beberapa jam lagi. Segala keputusan semua terletak di tangan setiap mahasiswa dan mahasiswi dalam menentukan bakal pimpinan Universiti Teknologi Malaysia yang bermotokan 'Kerana tuhan Untuk Manusia'. Andai di lihatkan dari segi moto itu, kita sebagai mahasiswa yang merupakan orang yang mempunyai ilmu yang tinggi sepatutnya lebih memahami bahawa kita sebagai hamba kepada Tuhan iaitu Allah hendaklah kita mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Dalam kontek lain kita sebagai mahasiswa hendaklah bertindak untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan bukannya kita ingin melihat siapa yang lebih hebat dalam menguruskan pentabiran dan kebajikan mahasiswa.

Firman Allah:

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Surah Adzariyat: 56

Allah berfirman lagi:

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Surah Al-Baqarah: 30

Apakah kita sebagai mahasiswa telah banyak menyumbang kepada Agama Allah? Jadi tepuk dada tanya iman masing-masing. Wahai mahasiswa dan mahasiswi sekalian marilah sama-sama kita memajukan dan melandaskan universiti kita ini dengan hukum-hakam Allah dan tidak mengsia-siakan kehidupan kita dengan tarbiyah kemewahan yang melalaikan kita dari Allah. Marilah mahasiswa kita memilih pimpinan kita dari kalangan orang-orang yang bertaqwa kerana mereka inilah yang akan membentuk satu persekitaran kepada kita.Andai kata pemimpin itu mahu gejala sosial di persekitaran kita maka itulah yanh kita dapat dan sebalik.

W`salam....
~@KEYHEARTS@~


Jumaat, 2 Januari 2009

Laungan Warga UTM belum Terkubur..."PEaCE FoR PALesTiN"

Tanggal 2 Januari 2009 bersamaan 5 Muharram 1430 Hijrah...
Di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia...

"AssamualaikumWarahMatullah,AssamualaikumWarahMatullah" selepas ana memberi salam untuk solat hajat bagi kemasukkan sem baru dan rakyat Palestin ana nampak orang ramai berpusu-pusu keluar tanpa membaca doa dan ana terdengar laungan "Hancur,Hancur...Hancur Israel". Ana pun dengan perasaan ingin tahu terus keluar dari masjid untuk melihat laungan tersebut.

Wah...ramai tul orang berhimpun....agak-agak dalam 300 orang berkumpul untuk membantah serangan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin malah pelajar-pelajar antarabangsa pun turut bersama dalam himpunan aman ini. Terharu juga ana lihat himpunan ini. Bagaimanakah pelajar-pelajar Palestin di Malaysia mengenang nasib negara meraka yang di tindas itu.

Seorang pelajar mewakili bagi himpunan tersebut memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada dirinya serta kepada semua warga UTM bersama-sama menadah tangan kepada Allah dan berdoa agar semua musuh Islam yang memerangi Islam dapat di hancurkan dan juga mengharapkan kita sebagai saudara Islam bagi negara Palestin agar berkorban apa yang termampu agar kita membantu meringankan beban rakyat Palestin di sana.

Alhamdullillah himpunan ini dapat berhenti dengan aman walaupun pelajar yang memberi ucapan tersebut telah di bawa oleh pegawai keselamatan untuk menyoal siasat tentang himpunan tersebut. Ana harap Allah memberkati pelajar yang memberi ucapan tersebut dan ana harap pihak universiti memahami apa yang himpunan ini maksudkan. Himpunan ini bukan bermaksud untuk berpolitik atau menentang mana-mana pihak tapi untuk menyedarkan warga-warga UTM tentang saudara SeIslam kita yang di tindas...