Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Khamis, 22 Januari 2009

~@Key To Have Ukhuwah@~


Ukhuwah merupakan satu ikatan diantara manusia yang tidak boleh lihat secara zahir oleh pancaindera namun kita boleh merasai dengan mata hati.Ukhuwah tidak mengenal erti sama ada seseorang itu susah ataupun senang walau di mana kita berada.Tapi apakah ukhuwah yang kita peroleh ini mampu membawa kita mengharungi dunia yang fatamorgana ini?Adakah ukhuwah ini mampu membentuk seseorang manusia itu ke arah lebih baik?

Ukhuwah kerana seakidah atau kerana Islam merupakan satu ukhuwah yang kukuh dan tidak mampu di gugat oleh mana-mana pihak dan kekuatan. Ini kerana, seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya kerana Allah akan sentiasa menimbulkan keikhlasan di dalam hati mereka kerana setiap detik mereka bersama mampu peroleh keredhaanNya. Geografi,harta benda,kepentingan diri dan kerana rupa paras tidak mampu mengatasi ukhuwah seakidah ini kerana setiap element tersebut tidak kekal dan banyak ke arah kepentingan kepada individu bukannya kearah pada satu kelompok. Namun, apa yang dapat kita lihat keadaan sekarang ini negara-negara Islam yang merupakn seakidah tidak mampu menyelamatkan negara Islam di Palestin,Iraq,Afghanistan dan di Selatan Thai malah ada negara Islam tidak kisah langsung dengan sahabat seakidah dengan mereka seperti Mesir yang tidak membantu sahabat-sahabat meraka di Palestin dan menyekat kemasukan sahabat seakidah di bumi para anbiya' itu.Adakah kita ingin salahkan ukhuwah?Apa gunanya jika ukhuwah tanpa keikhlasan.

Marilah kita merenung kembali bagaimana Nabi s.a.w menyatukan kaum muhajirin dan kaum ansar dimana tiada batasan geografi ketika keadaan hijrah tersebut yang menghalang mereka untuk kita hidup bersama.Dan kerana ukhuwah seakidahlah mereka bersatu untuk menawan kembali kota Mekah yang selama ini di duduki oleh kaum musyrikin.Malah situasi mereka sama dengan keadaan Palestin dimana kaum muhajirin telah di serang oleh orang musyrikin Mekah dan mereka berhijrah ke Madinah.Tapi apa layanan yang diberikan Pemimpin Mesir terhadap rakyat gaza?Hanya rakyat Palestin dan Tuhan sahaja yang tahu.

Kini, kita boleh melihat perspektif lebih dekat lagi iaitu di dalam kampus.Bagaimanakah keadaan ukhuwah mahasiswa-mahasiswa Islam kini, di mana kebanyakkan mereka berkawan kerana kehebatan seseorang inidividu dan kerana mereka hidup dalam satu kos.Inilah situasi yang berlaku di dalam kampus,kurangnya ukhuwah seakidah dikalangan mahasiswa-mahasiswa Islam.Oleh kerana itu, mahasiswa di dalam kampus tidak bersatu kerana setiap daripada mereka mempunyai kepentingan diri untuk berkawan atau ukhuwah.Oleh itu tidak hairan jika apa pun berlaku terhadap sahabat mereka tiada pun perasaan "cubit tangan kanan kanan,tangan kiri pun terasa".Jadi dimanakah silap ukhuwah ini?

Sedarlah andai kata ukhuwah seakidah ini berpaut kuat di antara negara-negara Islam serta mahasiswa insyaAllah kita tidak akan di tindas serta umat Islam mampu mengembalikan daulah Islamiyah dan khalifah di muka bumi Allah.

"Cinta bersemi kerana Allah, Ukhuwah bersemi kerana Keikhlasan"

Coretan dari:
~@Keyhearts@~

1 ulasan:

myikhwanfiideen berkata...

Mantap!

Sedangkan besi tumpul jika diasah pasti menjadi pedang yang tajam.. Inikan pula akal manusia..

Tahniah buat mR faruQ.. Ulasan yang matang lagi bernas..