Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Rabu, 19 Ogos 2009

Buat Naqib Ku.......


Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Maafkan Ana dan sahabat2 yang lain kerana selama ini telah banyak melukakan hati nta. Apa2 pun abang adalah terbaik! Jangan lupa p kursus kawen ye.(^_^)

Selasa, 18 Ogos 2009

Penyakit Baru?

Hmmm….dh lama tak update blog ni. Ramai juga orang complain kat ana. Namun apa boleh di buat ana begitu sibuk dengan gerak kerja kelab dan persatuan serta ditambah lagi dengan test.

Baru-baru ni konvokesyen di univeristi ana mengalami kejutan di mana setiap orang yang menerima sekarlung ijazah dan diploma perlu memakai mask di muka. Bila melihat gambar senior-senior ana di dalam kosmo memakai mask agak kelakar. Namun itulah menjadi pengajaran kita pada hari ini kerana segala bala bencana yang berlaku di atas muka bumi merupakan bala dari Allah untuk menguji mereka yang beriman atau juga merupakan akibat dari tangan manusia sendiri di mana mereka tidak menjaga muka bumi Allah ini dengan syariatNya.

Allah berfirman,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” ( Al 'Ankabuut: 2)

Dan Allah berfirman lagi

Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”( Ar Ruum: 30)

Selsema Burung



Mula-mula sekali bala yang mula menyerang kita merupakan selsema burung. Dimana kebanyakkan spesis burung termasuklah ayam telah dicemari dengan penyakit ini.Tambah teruk lagi penyakit selsema burung ini merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan kematian.Namun, tidaklah sampai ke tahap pandemik seperti selsema babi.

Selsema Babi



Begitu hairan sekali, selang beberapa tahun selepas redanya penyakit selsema burung,bumi ini telah diserang lagi dengan penyakit baru yang lebih merbahaya iaitu selsema babi di mana peratusan kematian manusia di seluruh negara lebih tinggi dari selsema burung dan sama taraf dengan denggi. Dari mana datangnya penyakit ini? Mengapa sekarang baru berlaku? Adakah ini bala dari Allah atau akibat dari tangan manusia sendiri?Itu persoalan yang perlu kita cari.

Demam Koala(penyakit baru ana sedar)



Penyakit ini merupakan pengalaman dari kita dimana setiap dari kita mungkin nampak benda ini. Terutamanya apabila kita menuntut ilmu di dalam kelas, penyakit ini memang selalu menyerang manusia. Demam koala yang ana maksudkan ialah TIDOR…penyakit ini sudah lama menyerang kita dan amat susah untuk di ubati dikalangan mahasiswa. Walaupun ia Nampak biasa namun ia mampu mempengaruhi sahabt-sahabat yang lain. Jadi, pandai-pandailah kita melawannya.(gurau aje)

Akhir kata dari ana ingatlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kerana Allah lebih mengetahui selok belok kita sebagai manusia. Marilah kita kembali kepada Allah selepas apa yang berlaku di atas muka bumi Allah ini kerana Bumi ini bukanlah milik kita. Agama Islam merupakan agama fitrah manusia di mana Islam memberi panduan kita agar memelihara setiap mahkluk di atas muka bumi ini jadi marilah sama-sama kita menjulang kembali syariat Allah s.w.t.

Jumaat, 26 Jun 2009

Selamat Datang Mahasiswa




Syabas dan tahniah kepada adik-adik dan rakan-rakan kita dari intitusi lain kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi UTM. Bersyukur kepada Allah kerana Dia meletakkan sahabat-sahabat sekalian ke dunia baru ini yang lebih mencabar dari dahulu di mana kita akan berjumpa pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran yang dapat mengubah kita dari landasan fitrah sebagai seorang manusia. Namun, jika kita berilmu dan beramal serta dapat membezakan antara kebenaran dan batil dapatlah kita menembusi pelbagai cabaran dan pengaruh.

Sahabat-sahabat baru ku,

Adalah tidak bermakna andai kata kita masuk ke universiti tidak mahu memiliki seorang sahabat atau kawan-kawan untuk menempuhi alam kampus ini.Ini kerana kekuatan diri kita juga asbab dari kekuatan kita bersama kawan atau sahabat iaitu jamaah. Namun, kawan atau sahabat bagaimanakah kita akan memilih nanti? Itu adalah satu pilihan yang amat berat kerana kebanyakkan pengaruh pada diri kita hasil dari pengaruh sahabat dan persekitaran kampus itu sendiri. Jadi jalan terbaik adalah dengan memilih sahabat-sahabat yang soleh dan rajin berusaha menimba ilmu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Dengan memiliki seorang sahabat yang solehlah mampu membawa kita menempuhi alam kampus biarpan dicemari dengan perbuatan yang tidak mencerminkan islam.

Mahasiswa sekalian,

Adakah anda sekalian masuk ke unversiti ini hanya persediaan anda untuk mendapatkan pekerjaan di kemudian hari? Namun rugilah masyarakat andai kata jika anda hanya berfikiran begitu. Dengan panggilan mahasiswa kita telah mengetahui berapa gahnya nama itu dimana dengan panggilan itu menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada mahasiswa adalah amat tinggi oleh kerana keilmuan dan keberanian menegakkan hak-hak rakyat. Seandaianya jika kita berfikiran “aku belajar kerana kerja” hanyalah membawa kerugian kepada masyarakat. Jadi Mahasiswa, ‘tranformasi’lah diri kita agar kita berguna kepada masyarakat dimana kita mampu memimpin keluarga,masyarakat dan juga Negara untuk mencapai keredhaanNya.

Akhir kata Wahai Panglima Islam,

Sedarlah diri kita dan tanggungjawab kita kepada Allah dimana ‘Amal Makruh Nahi Mungkar’ merupakan satu kewajipan kepada kita. Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita dari sekecil-kecil atom sehinggalah sebesar alam.Jadi gunalah kesempatan kita sebagai Mahasiswa untuk memberi kesan impak kepada ‘Amal Makru Nahi Mungkar’. Kitalah yang merupakan ‘check dan balance’ terhadap perkara dakwah dan menjaga fitrah kita sebagai manusia yang diamanahkan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Tahniah Dan Syabas(^_^)

Ahad, 19 April 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Bismillahirahmanirahim.....

Ana bagi pihak blog keyhearts ini memohon maaf atas segala kesilapan yang ana lakukan selama ini dalam menulis segala perkara yang mungkin ada kena dengan kalian.Ana harap segala penulisan ana dapat membantu diri ana dan antum smua dalam mengenali Allah dan diri kita sebagai hambaNya

Akhir kata,ana mengharapkan keredhaan Allah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dalam menhadapi peperiksaan yang akan datang nanti.(^_^)

Rabu, 15 April 2009

Jaguh Kampung

"Kamu semua ni main peringkat ape?Hebat semacam saja." kata TNC kepada kami.Balas salah sorang dari kami "Kami main peringkat kampung saja Prof...".Ketawa kami semua.

Mujahid Mahasiswa Islam

Tahniah kepada pasukan futsal Persatuan Mahasiswa Islam yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Futsal 4 Penjuru Piala Timbalan Naib Canselor di antara PMIUTM,MPP,pilihan HEP dan Majlis Pengetua-Pengetua Kolej walaupun pada mulanya kami ingat perlawanan persahabatan saja.

Result:
Pilihan HEP(1) VS PMIUTM(2)

Majlis Pengetua2(0) VS PMIUTM(3)

MPPUTM(0) VS PMIUTM(3)

Perlawanan Secara Aman

Banyak pengajaran kita boleh dapat dari pertandingan ini.Antaranya ketenangan apabila menghadapi musuh.Ya, memang benar ini hanya sebuah pertandingan tapi apabila kita masuk secara tiba-tiba tanpa persediaan akan menyebabkan kita akan rasa gementar kerana kurang bersedia.Jadi untuk mengatasi masalah tidak bersedia ini adalah dengan kita kena mencari ketenangan sendiri.

Kekecewaan Demi Kekecewaan

Kedua,kefahaman diantara pemain adalah penting apabila kita berperang.Ini kerana dengan pefahaman diantara ahli mampu mengegarkan perlawanan tersebut tanpa rasa gementar dengan pihak lawan.

Bukan Sahaja Mantap Dari Segi Kepimpinan Malah Sukan Juga

Ketiga, faham dengan peranan masing-masing dalam setiap kumpulan agar tidak menyebabkan permainan tersebut menjadi kucar-kacir di sebabkan atas kelalaian kita contoh seorang defend hendak menjadi foward,jadi kelemahan pada defend akan terganggu.

Last sekali, strategi....itu adalah perkara yang penting untuk menghadapi pihak musuh kerana setiap kelemahan pihak lawan hendak kita mengetahui dan cara untuk berperang perlu kita menyusun agar mudah untuk kita mengatasi pihak lawan.

Ada Penyerang Dan Ada Juga Pertahanan

Apa yang perlu dalam sebuah peperangan adalah pengorbanan dan risiko.Untuk mencapai impian dan matlamat kedua-dua elemen itu adalah faktor kepada kejayaan sesebuah pasukan.(^_^)

Rabu, 25 Mac 2009

Rasulullah atau Artis?

Bila teringat kembali apa yang berlaku sebelum ana pergi mengdengar ceramah di sebuah kolej memang menyakit hati ana. Nak kata orang-orang ini ada otak dh jadi mahasiswa universiti dan nak kata diorang ini ada hati boleh pulak berhibur. Inilah yang tejadi di dunia akhir zaman kita dimana mengenal artis lebih penting dari mengenal Rasulullah.

(Orang Yang Berkualiti Dalam Kolej)

Ana sedih melihat orang ramai lebih suka melihat AF dari mendengar ceramah agama dimana ketika itu kita menyambut maulidur rasul. Kemananya cinta kita terhadap Rasul?Kemana hilangnya prihatinan kita terhadap rasulullah?Tidakkah kita mengingat kembali pengorbanan Rasulullah terhadap kita! Cukuplah sekadar orang-orang kafir telah menghina Rasulullah dan bukanya umat nabi sendiri. Jika Rasulullah masih hidup secara zahir tentu ana malu hendak berjumpa baginda dengan keadaan maksiat dan hiburan sekeliling ana. Malu!Oh malu…….!

(Akedemi Fantasia Vs Ceramah)

Wahai sahabat-sahabat seislam dengan ana sedarlah bahawasanya kita sedang berada di akhir zaman.Tiada benda lain yang dapat memberi ketenangan di hati kita dengan kita mengingati Allah dan Rasul serta berpegang kepada Al-quran dan sunnah Rasul.Sedarlah bahawa Allah telah memberi amaran kepada kita “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”-(Surah Al-Israa’ :32) Kebanyakkan hiburan dalam media massa kini sebahagian besarnya adalah zina dimana aurat wanita ditayang-tayang,pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita dan pelbagai lagi yang menyebabkan kita mendekati zina.

Islam adalah satu agama fitrah kepada umat manusia dimana setiap dari syariatnya adalah untuk menjaga kita dari mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Mari kita melihat sendiri dimana ekonomi dunia sekarang tanpa berpegang kepada syariat islam telah menjadi kucar-kacir dimana ramai pekerja-pekerja di seluruh dunia telah kehilangan pekerjaan.Impak dari ini kita sebagai mahasiswa telah terkesan dari impak ekonomi tanpa syariat islam.

Begitu juga dengan mendekati hiburan melampau ini,kita takut dengan pergaulan bebas dan hiburan yang melampau ini menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah dan melakukan perkara yang lebih dahsyat lagi seperti pembuangan bayi,rogol, pembunuhan dan pelbagai lagi. Dan apa yang lebih menakutkan ialah kita takut jika maksiat ini berleluasa ,Allah akan murka dengan kita dan menimpa kita dengan bala yang amat menakutkan tidak kira orang itu beriman atau tidak beriman tetap tidak dapat lari dari tekena bala Allah.

Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama kembali kepada syariat Islam dan membangunkan persekitaran kita dengan suasana islam dimana Rasulullah menjadi idola kita dan menjadi pembakar semangat kita untuk mencapai matlamat kita sebagai hamba Allah.Dan Allah berfirman:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”-(surah al-Imran:110)

Selasa, 3 Mac 2009

Kem Pembentukkan Sahsiah Diri(KPSD) anjuran Kelab Remaja Ukhuwah(KRU)

(Ana Bersama Anak Usrah)

Alhamdullilah syukur kepada Allah s.w.t kerana program pertama iaitu Kem Pembentukkan Sahsiah Diri(KPSD) oleh Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) pada sem ini telah berjalan dengan baik walaupun terdapat banyak kelompangan. Namun ukhuwah,soft skill dan pengalaman oleh peserta dalam kem ini telah banyak membuka minda mereka dalam memahami konsep Amal Islami.

(Sedang Membuat Pentas Pesta Konvo UTM(^-^))

Sepanjang perjalanan program ini kita boleh lihat betapa hebatnya ukhuwah di uji di antara naqib dan anak usrahnya,sahabat bersama sahabatnya,roomate bersama roomatenya dan abang bersama adiknya dalam menghadapi setiap aktiviti yang dijalankan bermula dengan kuliah yang disampaikan oleh Dato Nor Fadhilah Kamsar dimana setiap dari peserta hendaklah menumpu perhatian sepenuhnya dalam mencatit setiap kata-kata penceramah kerana kuliah tersebut hanya menggunakan cd.(^-^)


(Pahlawan-Pahlawan KRU)


(Sebelum Ke Tasik)

Amal Islami merupakan satu pentarbiyahan pengurusan bukan sahaja kepada diri tetapi kepada pergerakkan jemaah KRU itu sendiri.Kekuatan sesebuah kelab bukan terletak kepada ketua dan MT kelab tetapi oleh ahli-ahli KRU sendiri kerana sesebuah kelab tidak akan ada andai kata ahli-ahli tidak memberi sokongan.

Dan kepada peserta-peserta TAHNIAH kepada kerana melepasi salah satu ujian pertarbiyahan KRU.

Isnin, 23 Februari 2009

Aku dan Si Dia




Kini ana terkenang kembali saat ana bersama naqib-naqib ana dahulu dimana merekalah yang membimbing ana dan membantu ana dalam mengenal erti sebuah kehidupan islam dalam sebuah universiti ini. Bila terkenang kembali telah banyak ana mengecewakan mereka dalam erti sebuah ukhuwah di antara seorang naqib dan adik-adiknya. Dulu naqib ana selalu datang melawat ana untuk memberi semangat dan kekuatan dalam setiap dugaan yang ana tempuhi. Ketika ana usrah bersama mereka, alangkah indahnya dulu kerana banyak perkongsian dan keseronokkan yang ana perolehi dalam usrah tersebut. Naqib-naqib ana melakukan usrah bukan kerana mereka terpaksa tapi ana lihat mereka melakukan kerana kami memang perlukan sebuah bimbang untuk menempuhi kehidupan universiti dengan islam. Mereka menganggap kami seperti adik-adik mereka sendiri dimana konsep ukhuwah seakidah telah diterapkan terhadap ana dan kini baru ana memahami memori dan apa egenda usrah yang naqib-naqib ana lakukan dahulu.

Di saat ini juga ana memperoleh seorang naqib yang agak istimewa.(^-^) Beliau seorang yang ceria dan berilmu walhal beliau adalah seorang pelajar yang mengambil kos kejuruteraan dan beliau juga telah banyak bantu ana dalam mengenal erti siapakah kita terhadap Allah dan apa tanggungjawab kita terhadap Allah. Telah 2 tahun ana bersama beliau dan apa yang ana boleh nampak terhadap beliau ialah menjadi seorang dai`e itu bukan semudah yang di sangkakan.Pelbagai ombak dugaan perlu kita kecapi dengan diri yang pelbagai kekurang ini sebagai seorang dai`e dan menharapkan Allah adalah tempat kita mengadu dan tempat kita berkasihani. Itulah agenda yang naqib ana sekarang ini menerapkan dalam diri ana. Ana sangat bersyukur kerana ana mendapat naqib seperti beliau yang tidak penah putus asa dalam memberi ilmu terhadap ana dan tidak lama lagi beliau akan meninggalkan universiti ini kerana tempoh pengajian beliau hampir tamat. Agak berat untuk ana melepaskan beliau dalam dunia university ini.

Baru ana sedar bahawa menjadi seorang naqib ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana kini ana telah menjadi pembantu naqib. Seorang naqib terpaksa atau perlu melayan kerenah adik-adik usrahnya agar mereka kekal dalam usrah tersebut. Hendak melahirkan roh ukhuwah diantara naqib dan adik-adiknya bukannya boleh dapat sekaligus tetapi perlukan kekuatan istiqamah oleh naqib sendiri untuk bersama mereka. Baru ana tahu dahulunya setiap kerenah ana lakukan dulu terhadap naqib-naqib ana adalah sama sahaja yang ana terima sekarang.







Agenda seorang naqib adalah perlu bersama adik-adik usrah mereka untuk mengenal erti sebuah kehidupan universiti dan mewujudkan sifat biah solehah diantara mereka agar dapat kekalkan islam itu ‘way of life’ dalam kehidupan ini. Naqib perlu berdoa terhadap Allah s.w.t agar ukhuwah di antara seorang naqib dan adik-adik usrahnya dapat di mantapkan lagi agar setiap detik kita bersama naqib adalah sesuatu yang indah

Sabtu, 14 Februari 2009

Polis halang program 'Jom Sertai PAS'!

ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.
Iklan

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.

Antara pimpinan PAS yang hadir dala program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, beberapa anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.

Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini.

Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap.

Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut.

Berita Dari Harakah....

Comment:
Kemanakah hilangnya hak rakyat untuk kita bebas untuk memilih siapa kita ingin menyokong? Adakah program yang dibenarkan oleh pelbagai pihak dan tidak melanggar undang-undang perlu dihalang? Tolong la pihak-pihak yang berkenaan biar la rakyat memilih ape yang mereka mahu.

Isnin, 9 Februari 2009

Ha! Aku akan di lantik sebagai seorang Perdana Menteri?


Tidak ramai di kalangan kita tidak terfikir adakah suatu hari nanti kita akan menjadi seorang pemimpin atau ada dikalangan kita sendiri ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kebanyakkan aktivis-aktivis islam tahu bahawa mereka perlu menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini tapi adakah persediaan kita untuk memikul tanggungjawab satu misi ini banyak diletakkan kepada pemimpin? Dan siapa pemimpin itu?Adakah Tok Guru Nik Aziz?Anwar Ibrahim?Ataupun Pak Lah serta Najib?

Andailah suatu hari nanti anda sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda perlu menengakkan syariat Islam dan juga anda perlu menjadi pemimpin yang boleh memimpin rakyat yang pelbagai agama,keturunan dan budaya. Adakah kita tahu kekuatan kita selepas di lantik menjadi seorang PM? Bila persoalan ini di lontar kepada ana agak kelakar juga tapi bila difikirkan betul-betul benar juga apa yang dilontarkan. Siapa akan menjadi pemimpin untuk menengakkan Islam jikalau Tok Guru dan pimpinan Islam kita sudah tiada? Siapa ye......... Siapa lagi kalau bukan diri kita....... Kita mahu menengakkan Islam tapi tindakkan kita hanya sekadar pada mulut bukannya pada usaha untuk menjadi pemimpin untuk menenggakkan Islam.

Ana ingat lagi bagaimana Baginda Nabi s.a.w mengharapkan suatu hari nanti ada orang dikalangan kita iaitu orang Islam sendiri mampu menengakkan kalimah Allah di muka bumi Kota Konstentinepal yang begitu kuat kubunya oleh orang kafir. "Tapi siapa orang itu?" persoalan yang berada didalam hati-hati para sahabat nabi ketika itu. Setelah 100 tahun kewafatan Nabi s.a.w maka barulah muncul orang yang dikatakan Baginda yang mampu menawan Kota Konstentinapel dan harapan Nabi telah di sahut oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Bagaimana Baginda boleh mengharapkan sesuatu impian yang baginda sendiri tidak tahu bila berlaku? Dan bagaimana setelah 100 tahun berlalu harapan baginda masih dicapai oleh Sultan Al-Fateh? Situasi Sultan Al-Fateh ini tidak ubah seperti situasi kita. Harapan memang menggunung untuk menenggakkan syariat Islam tetapi siapa pemimpinya? Siapa yang berani menyahut harapan ini? Hanya Allah sahaja yang Tahu dan kita hanya mengatur dan Allah Penentunya.

Menjadi seorang pemimpin ini bukan amat mudah untuk kita memikul. Permulaan seorang pemimpin ini bukanlah bermula ketika beliau di lantik tapi sejak beliau di bangku sekolah lagi. Kenapa ana kata begitu? Kadang-kadang tingkah laku dan sejarah seorang pemimpin bukan sahaja dilihat ketika mereka menjadi pemimpin malah akan dilihat ketika mereka di sekolah,universiti dan sebelum mereka menjadi pemimpin. Contohnya Presiden Amerika, Barrack Obama dimana guru sekolah beliau di Indonesia menceritakan saat ketika beliau di bangku sekolah dan cita-cita beliau adalah amat berlainan berbanding remaja-remaja lain di mana mereka lain ingin menjadi pilot,doktor dan polis tetapi cita-cita beliau adalah PRESIDEN AMERIKA! Jika anda menjadi guru ketika itu mesti anda terkejut dan kelakar tapi cita-cita beliau tidak mustahil di mana orang kulit hitam pertama menjadi presiden Amerika. Bagi kita orang Islam,apakah persediaan kita untuk menjadi seorang pemimpin andai kata kita ingin menjadi PM? Adakah kita akan dilantik dengan begitu mudah tanpa sebarang sejarah dan pengalaman ketika kita dibangku sekolah dan universiti? Maka pertarbiyahan diri adalah penting untuk menjadi seorang pemimpin.

Wahai seorang pemimpin,

Sedarlah! kamu mengatakan kamu bukan seorang pemimpin kerana kamu tidak bersedia dengan alasan tiada pengalaman,kamu tidak begitu baik dan kurang kepimpinan. Tetapi bila kamu menjadi seorang suami dan ayah yang merupakan pemimpin kamu MAMPU! Wahal menjadi seorang suami dan ayah tidak perlu pengalaman,tingkah laku dan kepimpinan sebelum itu. Apakah kamu bohong dengan alasan ini?


Wahai seorang khalifah,

Sedarlah! Kamu mengatakan jika kamu menjadi seorang pemimpin untuk menengakkan kalimah Allah adakah jaminan keselamatan dan kebahagian terhadap kamu. Adakah itu persoalan kamu? Maka persoalan kami adalah jika kamu seorang islam jika tidak menengakkan kalimah Allah adakah ada jaminan kepada kamu untuk masuk ke dalam syurga dan jaminan kamu menghindari neraka!

Maka bersedialah untuk menjadi seorang khalifah dan pemimpin.
Saidina Ali r.a pernah berkata:
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.

Diskusi Bersama;
Sang Murabbi,Keyhearts & R-F.

Khamis, 22 Januari 2009

~@Key To Have Ukhuwah@~


Ukhuwah merupakan satu ikatan diantara manusia yang tidak boleh lihat secara zahir oleh pancaindera namun kita boleh merasai dengan mata hati.Ukhuwah tidak mengenal erti sama ada seseorang itu susah ataupun senang walau di mana kita berada.Tapi apakah ukhuwah yang kita peroleh ini mampu membawa kita mengharungi dunia yang fatamorgana ini?Adakah ukhuwah ini mampu membentuk seseorang manusia itu ke arah lebih baik?

Ukhuwah kerana seakidah atau kerana Islam merupakan satu ukhuwah yang kukuh dan tidak mampu di gugat oleh mana-mana pihak dan kekuatan. Ini kerana, seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya kerana Allah akan sentiasa menimbulkan keikhlasan di dalam hati mereka kerana setiap detik mereka bersama mampu peroleh keredhaanNya. Geografi,harta benda,kepentingan diri dan kerana rupa paras tidak mampu mengatasi ukhuwah seakidah ini kerana setiap element tersebut tidak kekal dan banyak ke arah kepentingan kepada individu bukannya kearah pada satu kelompok. Namun, apa yang dapat kita lihat keadaan sekarang ini negara-negara Islam yang merupakn seakidah tidak mampu menyelamatkan negara Islam di Palestin,Iraq,Afghanistan dan di Selatan Thai malah ada negara Islam tidak kisah langsung dengan sahabat seakidah dengan mereka seperti Mesir yang tidak membantu sahabat-sahabat meraka di Palestin dan menyekat kemasukan sahabat seakidah di bumi para anbiya' itu.Adakah kita ingin salahkan ukhuwah?Apa gunanya jika ukhuwah tanpa keikhlasan.

Marilah kita merenung kembali bagaimana Nabi s.a.w menyatukan kaum muhajirin dan kaum ansar dimana tiada batasan geografi ketika keadaan hijrah tersebut yang menghalang mereka untuk kita hidup bersama.Dan kerana ukhuwah seakidahlah mereka bersatu untuk menawan kembali kota Mekah yang selama ini di duduki oleh kaum musyrikin.Malah situasi mereka sama dengan keadaan Palestin dimana kaum muhajirin telah di serang oleh orang musyrikin Mekah dan mereka berhijrah ke Madinah.Tapi apa layanan yang diberikan Pemimpin Mesir terhadap rakyat gaza?Hanya rakyat Palestin dan Tuhan sahaja yang tahu.

Kini, kita boleh melihat perspektif lebih dekat lagi iaitu di dalam kampus.Bagaimanakah keadaan ukhuwah mahasiswa-mahasiswa Islam kini, di mana kebanyakkan mereka berkawan kerana kehebatan seseorang inidividu dan kerana mereka hidup dalam satu kos.Inilah situasi yang berlaku di dalam kampus,kurangnya ukhuwah seakidah dikalangan mahasiswa-mahasiswa Islam.Oleh kerana itu, mahasiswa di dalam kampus tidak bersatu kerana setiap daripada mereka mempunyai kepentingan diri untuk berkawan atau ukhuwah.Oleh itu tidak hairan jika apa pun berlaku terhadap sahabat mereka tiada pun perasaan "cubit tangan kanan kanan,tangan kiri pun terasa".Jadi dimanakah silap ukhuwah ini?

Sedarlah andai kata ukhuwah seakidah ini berpaut kuat di antara negara-negara Islam serta mahasiswa insyaAllah kita tidak akan di tindas serta umat Islam mampu mengembalikan daulah Islamiyah dan khalifah di muka bumi Allah.

"Cinta bersemi kerana Allah, Ukhuwah bersemi kerana Keikhlasan"

Coretan dari:
~@Keyhearts@~

Isnin, 12 Januari 2009

Antara Realiti Dan Fantasi

Tanggal 13 Januari 2009 bakal menjelang dalam beberapa jam lagi. Segala keputusan semua terletak di tangan setiap mahasiswa dan mahasiswi dalam menentukan bakal pimpinan Universiti Teknologi Malaysia yang bermotokan 'Kerana tuhan Untuk Manusia'. Andai di lihatkan dari segi moto itu, kita sebagai mahasiswa yang merupakan orang yang mempunyai ilmu yang tinggi sepatutnya lebih memahami bahawa kita sebagai hamba kepada Tuhan iaitu Allah hendaklah kita mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Dalam kontek lain kita sebagai mahasiswa hendaklah bertindak untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan bukannya kita ingin melihat siapa yang lebih hebat dalam menguruskan pentabiran dan kebajikan mahasiswa.

Firman Allah:

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Surah Adzariyat: 56

Allah berfirman lagi:

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Surah Al-Baqarah: 30

Apakah kita sebagai mahasiswa telah banyak menyumbang kepada Agama Allah? Jadi tepuk dada tanya iman masing-masing. Wahai mahasiswa dan mahasiswi sekalian marilah sama-sama kita memajukan dan melandaskan universiti kita ini dengan hukum-hakam Allah dan tidak mengsia-siakan kehidupan kita dengan tarbiyah kemewahan yang melalaikan kita dari Allah. Marilah mahasiswa kita memilih pimpinan kita dari kalangan orang-orang yang bertaqwa kerana mereka inilah yang akan membentuk satu persekitaran kepada kita.Andai kata pemimpin itu mahu gejala sosial di persekitaran kita maka itulah yanh kita dapat dan sebalik.

W`salam....
~@KEYHEARTS@~


Jumaat, 2 Januari 2009

Laungan Warga UTM belum Terkubur..."PEaCE FoR PALesTiN"

Tanggal 2 Januari 2009 bersamaan 5 Muharram 1430 Hijrah...
Di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia...

"AssamualaikumWarahMatullah,AssamualaikumWarahMatullah" selepas ana memberi salam untuk solat hajat bagi kemasukkan sem baru dan rakyat Palestin ana nampak orang ramai berpusu-pusu keluar tanpa membaca doa dan ana terdengar laungan "Hancur,Hancur...Hancur Israel". Ana pun dengan perasaan ingin tahu terus keluar dari masjid untuk melihat laungan tersebut.

Wah...ramai tul orang berhimpun....agak-agak dalam 300 orang berkumpul untuk membantah serangan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin malah pelajar-pelajar antarabangsa pun turut bersama dalam himpunan aman ini. Terharu juga ana lihat himpunan ini. Bagaimanakah pelajar-pelajar Palestin di Malaysia mengenang nasib negara meraka yang di tindas itu.

Seorang pelajar mewakili bagi himpunan tersebut memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada dirinya serta kepada semua warga UTM bersama-sama menadah tangan kepada Allah dan berdoa agar semua musuh Islam yang memerangi Islam dapat di hancurkan dan juga mengharapkan kita sebagai saudara Islam bagi negara Palestin agar berkorban apa yang termampu agar kita membantu meringankan beban rakyat Palestin di sana.

Alhamdullillah himpunan ini dapat berhenti dengan aman walaupun pelajar yang memberi ucapan tersebut telah di bawa oleh pegawai keselamatan untuk menyoal siasat tentang himpunan tersebut. Ana harap Allah memberkati pelajar yang memberi ucapan tersebut dan ana harap pihak universiti memahami apa yang himpunan ini maksudkan. Himpunan ini bukan bermaksud untuk berpolitik atau menentang mana-mana pihak tapi untuk menyedarkan warga-warga UTM tentang saudara SeIslam kita yang di tindas...