Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 14 Februari 2009

Polis halang program 'Jom Sertai PAS'!

ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.
Iklan

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.

Antara pimpinan PAS yang hadir dala program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, beberapa anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.

Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini.

Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap.

Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut.

Berita Dari Harakah....

Comment:
Kemanakah hilangnya hak rakyat untuk kita bebas untuk memilih siapa kita ingin menyokong? Adakah program yang dibenarkan oleh pelbagai pihak dan tidak melanggar undang-undang perlu dihalang? Tolong la pihak-pihak yang berkenaan biar la rakyat memilih ape yang mereka mahu.

Tiada ulasan: