Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
Isnin, 23 Februari 2009
Aku dan Si Dia
Kini ana terkenang kembali saat ana bersama naqib-naqib ana dahulu dimana merekalah yang membimbing ana dan membantu ana dalam mengenal erti sebuah kehidupan islam dalam sebuah universiti ini. Bila terkenang kembali telah banyak ana mengecewakan mereka dalam erti sebuah ukhuwah di antara seorang naqib dan adik-adiknya. Dulu naqib ana selalu datang melawat ana untuk memberi semangat dan kekuatan dalam setiap dugaan yang ana tempuhi. Ketika ana usrah bersama mereka, alangkah indahnya dulu kerana banyak perkongsian dan keseronokkan yang ana perolehi dalam usrah tersebut. Naqib-naqib ana melakukan usrah bukan kerana mereka terpaksa tapi ana lihat mereka melakukan kerana kami memang perlukan sebuah bimbang untuk menempuhi kehidupan universiti dengan islam. Mereka menganggap kami seperti adik-adik mereka sendiri dimana konsep ukhuwah seakidah telah diterapkan terhadap ana dan kini baru ana memahami memori dan apa egenda usrah yang naqib-naqib ana lakukan dahulu.
Di saat ini juga ana memperoleh seorang naqib yang agak istimewa.(^-^) Beliau seorang yang ceria dan berilmu walhal beliau adalah seorang pelajar yang mengambil kos kejuruteraan dan beliau juga telah banyak bantu ana dalam mengenal erti siapakah kita terhadap Allah dan apa tanggungjawab kita terhadap Allah. Telah 2 tahun ana bersama beliau dan apa yang ana boleh nampak terhadap beliau ialah menjadi seorang dai`e itu bukan semudah yang di sangkakan.Pelbagai ombak dugaan perlu kita kecapi dengan diri yang pelbagai kekurang ini sebagai seorang dai`e dan menharapkan Allah adalah tempat kita mengadu dan tempat kita berkasihani. Itulah agenda yang naqib ana sekarang ini menerapkan dalam diri ana. Ana sangat bersyukur kerana ana mendapat naqib seperti beliau yang tidak penah putus asa dalam memberi ilmu terhadap ana dan tidak lama lagi beliau akan meninggalkan universiti ini kerana tempoh pengajian beliau hampir tamat. Agak berat untuk ana melepaskan beliau dalam dunia university ini.
Baru ana sedar bahawa menjadi seorang naqib ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana kini ana telah menjadi pembantu naqib. Seorang naqib terpaksa atau perlu melayan kerenah adik-adik usrahnya agar mereka kekal dalam usrah tersebut. Hendak melahirkan roh ukhuwah diantara naqib dan adik-adiknya bukannya boleh dapat sekaligus tetapi perlukan kekuatan istiqamah oleh naqib sendiri untuk bersama mereka. Baru ana tahu dahulunya setiap kerenah ana lakukan dulu terhadap naqib-naqib ana adalah sama sahaja yang ana terima sekarang.
Agenda seorang naqib adalah perlu bersama adik-adik usrah mereka untuk mengenal erti sebuah kehidupan universiti dan mewujudkan sifat biah solehah diantara mereka agar dapat kekalkan islam itu ‘way of life’ dalam kehidupan ini. Naqib perlu berdoa terhadap Allah s.w.t agar ukhuwah di antara seorang naqib dan adik-adik usrahnya dapat di mantapkan lagi agar setiap detik kita bersama naqib adalah sesuatu yang indah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan