Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 4 Februari 2012

Sayangnya Baginda Muhammad Kepada Umatnya

Dengan Nama Allah Maha Pemurah & Lagi Maha Pengasihani,

Segala puji bagi Allah s.w.t kerana mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya. Amat beruntunglah kepada mereka iaitu manusia yang mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.

Selawat salam kepada kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama meninggalkan kita selama 1400 tahun. Biarpun begitu, kasih sayang baginda terhadap kita masih belum luntur sehingga selama-lamanya. Baginda begitu sayang terhadap umat terutamanya umat akhir zaman seperti kita sebab beramal agama Islam tanpa adanya Baginda. Bukan mudah menjadi seorang muslim sejati tanpa adanya tunjuk ajar yang betul dari Baginda.

Esok 5 februari 2012 bersamaan 12 rabiulawal merupakan hari kelahiran Baginda. Ia merupakan satu rahmat kepada manusia kerana Allah s.w.t memberi harapan kepada manusia agar kembali kepadaNya dengan telunjuk kasih sayang Rasul. Jika kita meneliti sirah nabi, Baginda tidak merungut terhadap umatnya kerana sikap manusia musyirikin yang melayan baginda sungguh hina, walhal Baginda adalah manusia sempurna yang dicipta Allah. Namun begitu, Baginda tetap berdoa kesejahteraan umat agar menjadi seorang hamba yang soleh untuk bertemu Tuhannya nanti.

Kita sudah tahu bahawa disaat Baginda menghadapi sakaratulmaut, Baginda sempat lagi menyebut "Umatku, Umatku, Umatku." kerana kasih sayang baginda terhadap umatnya. Allah, hebatnya Rasulullah.

Apa yang kita terkilan sekarang ini adalah masyarakat islam sekarang ini di seluruh dunia islam tidak menghayati cara hidup Rasulullah. Hatta dari segi pengurusan diri hingga kepada pemerintahan negara, semua menggunakan akal kita sendiri serta ideologi barat. MasyaAllah, dimanakah kasih sayang kita terhadap Rasullullah yang memerah kudratnya untuk menyampaikan Islam kepada kita dahulu. Moga kita dapat pengampun dari Allah kerana telah mengecewakan Baginda.

Wahai sahabat-sahabat aku sekalian, marilah kita kembali kepada Islam kerana Islam itu adalah menyeluruh dari semua aspek untuk memberi kesejahteraan kepada hidup kita dan tunjukkan kepada Allah bahawa kita mengamal ajaran Islam kerana kasih sayang Rasul dan Allah.

Kerana Tuhan Untuk Manusia