Hmmm….dh lama tak update blog ni. Ramai juga orang complain kat ana. Namun apa boleh di buat ana begitu sibuk dengan gerak kerja kelab dan persatuan serta ditambah lagi dengan test.
Baru-baru ni konvokesyen di univeristi ana mengalami kejutan di mana setiap orang yang menerima sekarlung ijazah dan diploma perlu memakai mask di muka. Bila melihat gambar senior-senior ana di dalam kosmo memakai mask agak kelakar. Namun itulah menjadi pengajaran kita pada hari ini kerana segala bala bencana yang berlaku di atas muka bumi merupakan bala dari Allah untuk menguji mereka yang beriman atau juga merupakan akibat dari tangan manusia sendiri di mana mereka tidak menjaga muka bumi Allah ini dengan syariatNya.
Allah berfirman,
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” ( Al 'Ankabuut: 2)
Dan Allah berfirman lagi
“Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”( Ar Ruum: 30)
Selsema Burung
Mula-mula sekali bala yang mula menyerang kita merupakan selsema burung. Dimana kebanyakkan spesis burung termasuklah ayam telah dicemari dengan penyakit ini.Tambah teruk lagi penyakit selsema burung ini merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan kematian.Namun, tidaklah sampai ke tahap pandemik seperti selsema babi.
Selsema Babi
Begitu hairan sekali, selang beberapa tahun selepas redanya penyakit selsema burung,bumi ini telah diserang lagi dengan penyakit baru yang lebih merbahaya iaitu selsema babi di mana peratusan kematian manusia di seluruh negara lebih tinggi dari selsema burung dan sama taraf dengan denggi. Dari mana datangnya penyakit ini? Mengapa sekarang baru berlaku? Adakah ini bala dari Allah atau akibat dari tangan manusia sendiri?Itu persoalan yang perlu kita cari.
Demam Koala(penyakit baru ana sedar)
Penyakit ini merupakan pengalaman dari kita dimana setiap dari kita mungkin nampak benda ini. Terutamanya apabila kita menuntut ilmu di dalam kelas, penyakit ini memang selalu menyerang manusia. Demam koala yang ana maksudkan ialah TIDOR…penyakit ini sudah lama menyerang kita dan amat susah untuk di ubati dikalangan mahasiswa. Walaupun ia Nampak biasa namun ia mampu mempengaruhi sahabt-sahabat yang lain. Jadi, pandai-pandailah kita melawannya.(gurau aje)
Akhir kata dari ana ingatlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kerana Allah lebih mengetahui selok belok kita sebagai manusia. Marilah kita kembali kepada Allah selepas apa yang berlaku di atas muka bumi Allah ini kerana Bumi ini bukanlah milik kita. Agama Islam merupakan agama fitrah manusia di mana Islam memberi panduan kita agar memelihara setiap mahkluk di atas muka bumi ini jadi marilah sama-sama kita menjulang kembali syariat Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan