Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
Jumaat, 26 Jun 2009
Selamat Datang Mahasiswa
Syabas dan tahniah kepada adik-adik dan rakan-rakan kita dari intitusi lain kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi UTM. Bersyukur kepada Allah kerana Dia meletakkan sahabat-sahabat sekalian ke dunia baru ini yang lebih mencabar dari dahulu di mana kita akan berjumpa pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran yang dapat mengubah kita dari landasan fitrah sebagai seorang manusia. Namun, jika kita berilmu dan beramal serta dapat membezakan antara kebenaran dan batil dapatlah kita menembusi pelbagai cabaran dan pengaruh.
Sahabat-sahabat baru ku,
Adalah tidak bermakna andai kata kita masuk ke universiti tidak mahu memiliki seorang sahabat atau kawan-kawan untuk menempuhi alam kampus ini.Ini kerana kekuatan diri kita juga asbab dari kekuatan kita bersama kawan atau sahabat iaitu jamaah. Namun, kawan atau sahabat bagaimanakah kita akan memilih nanti? Itu adalah satu pilihan yang amat berat kerana kebanyakkan pengaruh pada diri kita hasil dari pengaruh sahabat dan persekitaran kampus itu sendiri. Jadi jalan terbaik adalah dengan memilih sahabat-sahabat yang soleh dan rajin berusaha menimba ilmu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Dengan memiliki seorang sahabat yang solehlah mampu membawa kita menempuhi alam kampus biarpan dicemari dengan perbuatan yang tidak mencerminkan islam.
Mahasiswa sekalian,
Adakah anda sekalian masuk ke unversiti ini hanya persediaan anda untuk mendapatkan pekerjaan di kemudian hari? Namun rugilah masyarakat andai kata jika anda hanya berfikiran begitu. Dengan panggilan mahasiswa kita telah mengetahui berapa gahnya nama itu dimana dengan panggilan itu menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada mahasiswa adalah amat tinggi oleh kerana keilmuan dan keberanian menegakkan hak-hak rakyat. Seandaianya jika kita berfikiran “aku belajar kerana kerja” hanyalah membawa kerugian kepada masyarakat. Jadi Mahasiswa, ‘tranformasi’lah diri kita agar kita berguna kepada masyarakat dimana kita mampu memimpin keluarga,masyarakat dan juga Negara untuk mencapai keredhaanNya.
Akhir kata Wahai Panglima Islam,
Sedarlah diri kita dan tanggungjawab kita kepada Allah dimana ‘Amal Makruh Nahi Mungkar’ merupakan satu kewajipan kepada kita. Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita dari sekecil-kecil atom sehinggalah sebesar alam.Jadi gunalah kesempatan kita sebagai Mahasiswa untuk memberi kesan impak kepada ‘Amal Makru Nahi Mungkar’. Kitalah yang merupakan ‘check dan balance’ terhadap perkara dakwah dan menjaga fitrah kita sebagai manusia yang diamanahkan oleh pemimpin-pemimpin kita.
Tahniah Dan Syabas(^_^)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan