(Orang Yang Berkualiti Dalam Kolej)
Ana sedih melihat orang ramai lebih suka melihat AF dari mendengar ceramah agama dimana ketika itu kita menyambut maulidur rasul. Kemananya cinta kita terhadap Rasul?Kemana hilangnya prihatinan kita terhadap rasulullah?Tidakkah kita mengingat kembali pengorbanan Rasulullah terhadap kita! Cukuplah sekadar orang-orang kafir telah menghina Rasulullah dan bukanya umat nabi sendiri. Jika Rasulullah masih hidup secara zahir tentu ana malu hendak berjumpa baginda dengan keadaan maksiat dan hiburan sekeliling ana. Malu!Oh malu…….!
(Akedemi Fantasia Vs Ceramah)
Wahai sahabat-sahabat seislam dengan ana sedarlah bahawasanya kita sedang berada di akhir zaman.Tiada benda lain yang dapat memberi ketenangan di hati kita dengan kita mengingati Allah dan Rasul serta berpegang kepada Al-quran dan sunnah Rasul.Sedarlah bahawa Allah telah memberi amaran kepada kita “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”-(Surah Al-Israa’ :32) Kebanyakkan hiburan dalam media massa kini sebahagian besarnya adalah zina dimana aurat wanita ditayang-tayang,pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita dan pelbagai lagi yang menyebabkan kita mendekati zina.
Islam adalah satu agama fitrah kepada umat manusia dimana setiap dari syariatnya adalah untuk menjaga kita dari mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Mari kita melihat sendiri dimana ekonomi dunia sekarang tanpa berpegang kepada syariat islam telah menjadi kucar-kacir dimana ramai pekerja-pekerja di seluruh dunia telah kehilangan pekerjaan.Impak dari ini kita sebagai mahasiswa telah terkesan dari impak ekonomi tanpa syariat islam.
Begitu juga dengan mendekati hiburan melampau ini,kita takut dengan pergaulan bebas dan hiburan yang melampau ini menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah dan melakukan perkara yang lebih dahsyat lagi seperti pembuangan bayi,rogol, pembunuhan dan pelbagai lagi. Dan apa yang lebih menakutkan ialah kita takut jika maksiat ini berleluasa ,Allah akan murka dengan kita dan menimpa kita dengan bala yang amat menakutkan tidak kira orang itu beriman atau tidak beriman tetap tidak dapat lari dari tekena bala Allah.
Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama kembali kepada syariat Islam dan membangunkan persekitaran kita dengan suasana islam dimana Rasulullah menjadi idola kita dan menjadi pembakar semangat kita untuk mencapai matlamat kita sebagai hamba Allah.Dan Allah berfirman:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”-(surah al-Imran:110)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan