Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Isnin, 3 November 2008

Aqidah-2


Aqidah Suci dan Aqidah Fasad.

Pengertian aqidah pada umunya tidak terhad kepada Islam sahaja, bahkan setiap kumpulan agama atau pemikiran mempunyai aqidah masing-masing. Aqidah mereka inilah yang menjadi asas sistem kehidupan mereka.

Oleh itu menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk berpegang dan yakin kepada aqidah yang sahih sahaja; yang telah diperjuangkan oleh sekalian para rasul, pada setiap tempat dan zaman. Firman Allah SWT:

Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu".

(An-Nahl: 36)

Aqidah yang selain daripada ini adalah aqidah yang fasad dan batil. Semunya berpunca sama ada dari akal pemikiran manusia semata-mata atau pun hasil daripada penyelewengan aqidah yang sahih seperti yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tareqat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan bathiniyah, puak syiah dan lain-lain.

Kepentingan Aqidah.

Aqidah merupakan perkara yang amat penting kepada manusia. Tanpa aqidah manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya aqidah sahih sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran manusia seperti:

· Dari mana asal-usulnya?

· Siapakah penciptanya?

· Apakah tujuan alam diciptakan?

· Adakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?

· Bagaimanakah bentuk kehidupan tersebut?

· Dan lain-lain lagi.

Dalam menghadapi persoalan-persoalan seperti di atas, maka tujuan aqidah yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Dalam Islam, iman yang berlandakan aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan seseorang itu tidak akan di terima oleh Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman yang berlandaskan kepada aqidah yang sahih.

Jesteru, mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharap pahala dariNya serta beramal bukan kerana menuntu keredhaan Allah tidak berhak mendapat pahala dari Allah atas amalan yang dilakukan. Maka mereka tidak beriman ini akn diseksa disebabkan oleh kekufuran dan kesesatan mereka. Firman Allah SWT:

Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

(Ibrahim: 18)

Tiada ulasan: