Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 12 Jun 2010

Palestin Bagi Kerajaan Kita


Palestinian merupakan tanah yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabat menjejaki malah telah membina sebuah masjid yang pertama di tanah itu dahulu yang diberi nama Al-Aqsa. Titik peluh Rasulullah SAW dahulu untuk mendirikan masjid kini diganti dengan pertumpahan darah oleh-oleh penduduk sah palestin bagi mempertahankan masjid ini dari di musnahkan oleh orang-orang haram yahudi laknatullah. Para syahid mereka dalam mempertahankan masjid ini bukan tergolong orang-orang dewasa sahaja malah kanak-kanak palestin juga turut menjadi pejuang untuk mempertahakan masjid Rasulullah SAW ini.

Apa kita sebagai orang islam hanya mampu melihat dan membantah perbuatan yang dilakukan oleh yahudi laknatullah ini? Ia memang benar, kita bercakap memang senang tetapi nak melakukan amatlah susah kerana kita sokong hanya sekadar mulut namun bukan perbuatan. Kenapa orang yahudi dengan mudah membunuh saudara kita tetapi kita amat susah mempertahankan saudara kita dengan cara setiap negara islam menghantar batuan ketenteraan kepada palestin? Kenapa negara-negara islam begitu penakut? Adakah mereka telah di ‘brainwash’ oleh orang-orang yahudi sendiri dengan menanamkan “Engkau negara kau, aku negara aku”. Di manakah kekuatan sebenar OIC ini? Amat sakit di hati orang memanggil pertubuhan ini dengan “Oh I See”.



Di dalam negara kita pula,pelbagai desakan dan harapan kepada kerajaan kita untuk membantu sahabat-sahabat kita dengan menghantar bantuan bekalan makanan dan lain-lain serta menghantar tentera bantuan kepada mereka untuk melindungi sahabat-sahabat kita di Palestin. Sekurang-kurangnya tentera kita mati syahid memperjuangkan saudara islam meraka. Namun di mata kerajaan kita hanya sia-sia penghantaraan tentera kita. Tambahan lagi,kerajaan kita siap menerima nasihat dan tunjuk ajar dari salah satu cosultan dari yahudi iaitu Apco di mana PM kita sampai sekrang masih berdiam diri dan tidak menjelaskan siapakah Apco itu. Di manakah pendirian sebenar kerajaan dalam mempertahankan Palestin? Adakah cukup hanya masuk surat khabar dan melemparkan kata-kata manis kepada perjuang-perjuang Palestin di Malaysia.

Seseorang pemimpin islam yang ideal akan sentiasa menjadikan islam itu tunjang kepimpinannya di mana segala hal-hal pentadbiran negara dan dunia menggunakan sistem islam serta menjadikan negara-negara islam yang lain umpama seperti negara kita sendiri. Tidakkah kita mahu melihat tiadanya penindasan seperti Rasulullah lakukan di dalam perang badar. Baginda berperang kerana tidak mahu orang islam tidak tertindas. Saya harap kerajaan kita mengambil tindakan sebaiknya serta tidak menjadi isu-isu Palestin seperti hangat-hangat tahi ayam.

.......Kerana Tuhan Untuk Manusia.......

Jumaat, 11 Jun 2010

Haram Judi Untuk Kebaikan Manusia Sejagat


Susah untuk hamba percaya seorang Perdana Menteri Islam yang menjaga negara islam telah meluluskan lesen perjudian kepada orang kaya yang bernama Vicent. Malah menjadikan Awang Adek sebagai kambing hitam untuk menutup kelakuannya, tetapi kelakuannya bukan semudah itu untuk semua rakyat tidak menyalahkannya. Tambahan lagi, PM kita langsung tidak bersuara sama ada untuk menentang perjudian ini atau untuk memberi ulasan mengapa beliau sebagai menteri kewangan memberi kelulusan kepada syarikat berjaya untuk menjalankan perjudian bola sepak. Adakah terlalu sibuk untuk mengeluarkan statement yang melibatkan syariat Islam??

Hamba takut di kemudian hari segala penggunaan kita dari segala aspek yang diberikan oleh kerajaan adalah HARAM kerana segala hasil cukai judi di bahagikan kepada rakyat. Hamba takut juga semua anak cucu kita akan di halang di masukki Nur Allah kerana hal-hal begini. Bukan itu sahaja hamba tidak mahu masyarakat kita mempunyai amalan yang kurang di sebabkan judi ini. Memang sekarang ini kita tidak nampak kesan perjudian judi ini namun kita boleh melihat 10 atau 20 tahun akan datang. Ia sama kesan seperti pembuang bayi. Kesan ini hasil kesilapan kita sebagai hamba Allah tidak melaksanakan hukum hudud di mana yang terkena natijahnya adalah anak-anak kita.

Berbalik kepada judi, pengharaman judi bola sepak adalah kebaikkan kepada semua rakyat Malaysia bukan sahaja kepada orang Islam kerana Allah telah menetapkan bahawa judi adalah buruk kepada manusia. Tidakkah kita terfikir siapa yang lebih mengetahui hal-hal manusia dari Allah. Adakah PM kita lebih mengetahui? Adakah menteri pembangunan, wanita dan masyarakat lebih mengetahui? Jadi marilah kita membangukan negara kita dengan menjadikan Islam sebagai ideal kita untuk membangun sesebuah negara. Negara kita akan menjadi mulia di sisi Allah kerana Islam, atau negara kita akan menjadi hina di sisi Allah malah rakyat yang lain kerana jauh dari Islam.

Jadi marilah sahabat-sahabat kita menolak judi bolasepak ini demi kebaikkan seluruh manusia.

.........Kerana Tuhan Untuk Manusia............

Sabtu, 20 Mac 2010

GST

15 Mac 2010, Skudai : Bacaan draf kedua berkenaan isu Rang undang-undang Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada persidangan parlimen hari ini terpaksa ditunda berikutan bantahan kuat daripada rakyat. Penundaan ini bertujuan bagi membolehkan kerajaan mendapatkan respon dan pandangan sebelum menjalankan GST di Malaysia.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun menjelang tarikh itu, pentadbiran Tun Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Kita semua tahu pendapatan Negara agak menguncup pada masa ini. Bajet 2010 adalah sebanyak RM180 bilion berbanding RM220 bilion untuk tahun 2009. Kurangnya keuntungan Petronas pula menyulitkan lagi keadaan. Maka untuk menstabilkan ekonomi sekarang, maka dicadangkan cukai GST yang akan dikenakan ke atas sesetengah transaksi jual beli barangan dan perkhidmatan di seluruh Negara yang dianggarkan sebanyak 4%. Melalui GST, Kerajaan menjangka perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya.

GST yang mungkin dilaksanakan ini merupakan cukai tidak langsung. Cukai tidak langsung bermaksud cukai yang dikenakan secara tidak langsung kepada pengguna oleh pengeluar dengan pengguna akan membeli sesuatu barang dengan harga yang sudah disertakan dengan cukai.

Jika sebelum ini, hanya individu tertentu yang dikenakan cukai, namun melalui GST ini, setiap individu akan terkena tempias akibat perlaksaannya GST dan tidak terkecuali mahasiswa itu sendiri.

Saudara Hafizuddin Misbah, Naib Presiden 1 PMIUTM apabila dihubungi berkata “Kami yakin setelah meneliti beberapa fakta yang diperolehi, perlaksanaan ini bakal memberi bebanan kepada rakyat khususnya mahasiswa.

Tambah beliau, Cukai yang ingin dilaksanakan juga dilihat bakal memberi “kesan berantai” kerana cukai ini merupakan cukai yang tidak langsung ,bebanan cukai akan ditanggung oleh pengguna akhir iaitu rakyat termasuk mahasiswa. Dan apabila memperkatakan soal cukai, cukai mana yang tidak membebankan??” Justeru, kami mahasiswa membantah cadangan perlaksanaan rang undang-undang GST ini demi kepentingan kami mahasiswa pada masa akan datang.

Pihak universiti juga dicadangkan mengadakan forum atau debat perdana dengan memanggil kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan juga pembangkang bagi memperjelaskan isu GST secara telus kerana ini bukan soal politik semata-mata tetapi melibatkan kebajikan rakyat dan mahasiswa itu sendiri. Ini juga adalah peluang kepada kerajaan untuk turun memberi penerangan kepada rakyat (baca:mahasiswa) sebelum dasar-dasar yang dianggap “membebankan” ini dijalankan. Sekian. MyLPM.

Rabu, 19 Ogos 2009

Buat Naqib Ku.......


Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Maafkan Ana dan sahabat2 yang lain kerana selama ini telah banyak melukakan hati nta. Apa2 pun abang adalah terbaik! Jangan lupa p kursus kawen ye.(^_^)