Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Khamis, 21 Julai 2011

Aku Seorang Penyiasat(Detective)

Penyiasat merupakan seseorang yang berkebolehan dalam menyiasat dan menyelesaikan kerumitan dalam seseatu perkara atau peristiwa. Ia memerlukan seseorang menggunakan akal yang ada untuk meneliti kesemua benda yang ada disekeliling kita untuk menghadapi sesuatu penyiasatan.




Jika kita lihat dalam sesuatu penyiasatan pembunuhan atau kemalangan, mereka yang digelar penyiasat akan menggunakan hukum logik untuk meneliti tingkah laku manusia untuk menyelesaikan kes tersebut sebagai contoh tingkah laku manusia adalah dengan kita melihat telatah seseorang yang membawa barang atau harta yang berharga. Dia akan sentiasa akan menunjukkan sikap berhati-hati ketika membawa barang tersebut.


“Ia hanya ada satu kebenaran sahaja.” Kata-kata dari watak komik Detektif Conan. Untuk membuktikan sesuatu kebenaran, setiap penyiasat haruslah mempunyai info(dalil) dan bukti melalui deria pancaindera dalam menyatakan pembuktian kita. Tanpa kedua-dua tersebut tidak akan menjadikan tangga kepada kita untuk mencapai sesuatu kebenaran sebagai contoh anda diuji dengan meneka objek yang berada di dalam sebuah kotak. Untuk mendapat jawapan tersebut anda akan cuba mendapatkan info dengan bertanya bagaimana bentuk dia dan mendapatkan bukti lagi, anda akan cuba menggoncang atau menghidu kotak tersebut untuk mengetahui objek apa yang berada di dalam kotak tersebut. Ini adalah perkara asas dalam sesuatu penyiasatan.



Bertanya adalah permulaan sebuah jawapan. Jika kita belajar di sekolah atau universiti nadi kejayaan seseorang dalam sesuatu perkara adalah bertanya. Kita tidak akan temui jawapan jika kita ada persoalan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Mengapa,kenapa,bagaimana,di mana dan bila merupakan perkataan rutin bagi seseorang penyiasatan dalam menyelesaikan kemaslahatan.

Jadi, sebagai konklusinya kita sebagai umat manusia kadang-kala selalu membuta tuli dalam mencari sesuatu kebenaran tanpa mencari dalil dan bukti sebagai kekuatan kepada kepercayaan kita. Terus menghukum dan mempercayai dengan tidak mempunyai asas yang kukuh akan membawa bencana kepada kita dikemudian hari.

Tiada ulasan: