Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 12 Mei 2012

BERSIH 3.0 - Aku Sebahagian Dari Sejarah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Dan Lagi Maha Mengasihani.


Pada tarikh 28 April 2012 telah mencipta sejarah lagi bagi rakyat Malaysia dimana peristiwa yang akan membawa makna kepada reformasi kepada sistem politik kita iaitu Himpunan Bersih 3.0.

Sudah kita ketahui sebelum ini bahawa tujuan Himpunan Bersih ini diadakan adalah untuk menuntut hak rakyat dalam memastikan sistem pilihanraya berlaku adil dan saksama sama ada bagi peringkat kerajaan, pembangkang & badan berkuasa seperti Suruhan Pilihan Raya(SPR).

Umpama seperti menuntut sebuah kemerdekaan dari kerajaan zalim, aku menjadi sebahagian dari sejarah untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil. InsyaAllah, andai kata Allah mengizinkan kemenangan bagi pihak kerajaan yang baik maka bersyukur aku ucapkan. Jika kita tuntutan tidak laksanakan dan pilihanraya diadakan maka kami akan terus berjuang dalam sistem demokrasi sehingga pemerintah zalim dijatuhkan.


Tuntutan Bersih?

Apakah salah rakyat untuk menuntut satu perkara yang baik bagi sebuah kerajaan? Sebuah kerajaan yang baik akan sentiasa membuka ruang kepada rakyat mereka untuk mendengar perjelasan tuntutan rakyat.


Mengapa Memilih Demostrasi Jalanan?

1) Isu ketidakadilan dalam sistem pilihanraya telah dibawa ke Dewan Parlimen dan telah dibahas diantara pihak kerajaan dan pembangkang. Namun begitu, pihak kerajaan & SPR masih lagi ego mempertahankan bahawa sistem pilihanraya sekarang ini masih baik.

2) Isu ketidakadilan pilihanraya ini juga dibawa untuk peringkat debat diantara pemimpin UMNO & pakatan rakyat. Sayang pihak pimpinan UMNO hanya seorang sahaja berani iaitu Khyri Jamaluddin.

3) Jawatankhas PSC yang ditubuhkan oleh parlimen pun tidak dapat menyelesaikan tuntutan bagi pihak Bersih.

4) Pihak kerajaan tidak percaya akan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem pilihanraya ketika ini.

Rakyat Semakin Bosan.

Ya! Rakyat semakin bosan dengan sikap kerajaan dan badan bertindak dalam isu ini termasuklah SPR. Tambahan lagi media elektronik membenarkan pihak kerajaan bersungguh-sungguh menghentam pihak pembangkang sehinggakan tidak ruang untuk pihak pembangkang membela diri.

Sungguh aku kecewa apabila media elektronik dan cetak telah menuduh himpunan Bersih sebagai himpunan rusuhan. Tambahan lagi, Perdana Menteri mendakwa bahawa himpunan ini adalah cubaan untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional(BN) ketika ini. Ini bermaksud bahawa PM sendiri telah mendakwa rakyatnya menjadi pemberontak. Tuduhan dan dakwaan ini adalah tidak masuk akal jika melihatnya. Kenapa saya mengatakan sedemikian?


1) Tujuan himpunan Bersih diadakan adalah untuk mengatakan sokongan ketidakpuasan hati terhadap pilihanraya Malaysia.
2) Peserta himpunan hanya membawa diri, sebotol air & kad pengenalan diri sahaja ketika hadir ke perhimpunan. Bagi yang berkeluarga, mereka turut membawa anak-anak mereka untuk menjadi sebahagian dari sejarah.
3) Peluang untuk memberontak dan rusuhan boleh dimulakan dari pagi lagi namun begitu provokasi polis pada pukul 3 petang telah menyebabkan perserta himpunan menjadi kacau bilau.


Kepada kerajaan, perihatin anda terhadap keadilan dan keamanan. Himpunan ini adalah sebahagian zahir rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap negara meraka. Membangun Malaysia Dengan Adil!

Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Tiada ulasan: