Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
Ana bagi pihak blog keyhearts ini memohon maaf atas segala kesilapan yang ana lakukan selama ini dalam menulis segala perkara yang mungkin ada kena dengan kalian.Ana harap segala penulisan ana dapat membantu diri ana dan antum smua dalam mengenali Allah dan diri kita sebagai hambaNya
Akhir kata,ana mengharapkan keredhaan Allah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dalam menhadapi peperiksaan yang akan datang nanti.(^_^)
"Kamu semua ni main peringkat ape?Hebat semacam saja." kata TNC kepada kami.Balas salah sorang dari kami "Kami main peringkat kampung saja Prof...".Ketawa kami semua.
Mujahid Mahasiswa Islam
Tahniah kepada pasukan futsal Persatuan Mahasiswa Islam yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Futsal 4 Penjuru Piala Timbalan Naib Canselor di antara PMIUTM,MPP,pilihan HEP dan Majlis Pengetua-Pengetua Kolej walaupun pada mulanya kami ingat perlawanan persahabatan saja.
Result: Pilihan HEP(1) VS PMIUTM(2)
Majlis Pengetua2(0) VS PMIUTM(3)
MPPUTM(0) VS PMIUTM(3)
Perlawanan Secara Aman
Banyak pengajaran kita boleh dapat dari pertandingan ini.Antaranya ketenangan apabila menghadapi musuh.Ya, memang benar ini hanya sebuah pertandingan tapi apabila kita masuk secara tiba-tiba tanpa persediaan akan menyebabkan kita akan rasa gementar kerana kurang bersedia.Jadi untuk mengatasi masalah tidak bersedia ini adalah dengan kita kena mencari ketenangan sendiri.
Kekecewaan Demi Kekecewaan
Kedua,kefahaman diantara pemain adalah penting apabila kita berperang.Ini kerana dengan pefahaman diantara ahli mampu mengegarkan perlawanan tersebut tanpa rasa gementar dengan pihak lawan.
Bukan Sahaja Mantap Dari Segi Kepimpinan Malah Sukan Juga
Ketiga, faham dengan peranan masing-masing dalam setiap kumpulan agar tidak menyebabkan permainan tersebut menjadi kucar-kacir di sebabkan atas kelalaian kita contoh seorang defend hendak menjadi foward,jadi kelemahan pada defend akan terganggu.
Last sekali, strategi....itu adalah perkara yang penting untuk menghadapi pihak musuh kerana setiap kelemahan pihak lawan hendak kita mengetahui dan cara untuk berperang perlu kita menyusun agar mudah untuk kita mengatasi pihak lawan.
Ada Penyerang Dan Ada Juga Pertahanan
Apa yang perlu dalam sebuah peperangan adalah pengorbanan dan risiko.Untuk mencapai impian dan matlamat kedua-dua elemen itu adalah faktor kepada kejayaan sesebuah pasukan.(^_^)
Bila teringat kembali apa yang berlaku sebelum ana pergi mengdengar ceramah di sebuah kolej memang menyakit hati ana. Nak kata orang-orang ini ada otak dh jadi mahasiswa universiti dan nak kata diorang ini ada hati boleh pulak berhibur. Inilah yang tejadi di dunia akhir zaman kita dimana mengenalartis lebih penting dari mengenal Rasulullah.
(Orang Yang Berkualiti Dalam Kolej)
Ana sedih melihat orang ramai lebih suka melihat AF dari mendengar ceramah agama dimana ketika itu kita menyambut maulidur rasul. Kemananya cinta kita terhadap Rasul?Kemana hilangnya prihatinan kita terhadap rasulullah?Tidakkah kita mengingat kembali pengorbanan Rasulullah terhadap kita! Cukuplah sekadar orang-orang kafir telah menghina Rasulullah dan bukanya umat nabi sendiri. Jika Rasulullah masih hidup secara zahir tentu ana malu hendakberjumpa baginda dengan keadaan maksiat dan hiburan sekeliling ana. Malu!Oh malu…….!
(Akedemi Fantasia Vs Ceramah)
Wahai sahabat-sahabat seislam dengan ana sedarlah bahawasanya kita sedang berada di akhir zaman.Tiada benda lain yang dapat memberi ketenangan di hati kita dengan kita mengingati Allah dan Rasul serta berpegang kepada Al-quran dan sunnah Rasul.Sedarlah bahawa Allah telah memberi amaran kepada kita “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”-(Surah Al-Israa’ :32) Kebanyakkan hiburan dalam media massa kini sebahagian besarnya adalah zina dimana aurat wanita ditayang-tayang,pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita dan pelbagai lagi yang menyebabkan kita mendekati zina.
Islam adalah satu agama fitrah kepada umat manusia dimana setiap dari syariatnya adalah untuk menjaga kita dari mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Mari kita melihat sendiri dimana ekonomi dunia sekarang tanpa berpegang kepada syariat islam telah menjadi kucar-kacir dimana ramai pekerja-pekerja di seluruh dunia telah kehilangan pekerjaan.Impak dari ini kita sebagai mahasiswa telah terkesan dari impak ekonomi tanpa syariat islam.
Begitu juga dengan mendekati hiburan melampau ini,kita takut dengan pergaulan bebas dan hiburan yang melampau ini menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah dan melakukan perkara yang lebih dahsyat lagi seperti pembuangan bayi,rogol, pembunuhan dan pelbagai lagi. Dan apa yang lebih menakutkan ialah kita takut jika maksiat ini berleluasa ,Allah akan murka dengan kita dan menimpa kita dengan bala yang amat menakutkan tidak kira orang itu beriman atau tidak beriman tetap tidak dapat lari dari tekena bala Allah.
Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama kembali kepada syariat Islam dan membangunkan persekitaran kita dengan suasana islam dimana Rasulullah menjadi idola kita dan menjadi pembakar semangat kita untuk mencapai matlamat kita sebagai hamba Allah.Dan Allah berfirman:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”-(surah al-Imran:110)
Alhamdullilah syukur kepada Allah s.w.t kerana program pertama iaitu Kem Pembentukkan Sahsiah Diri(KPSD) oleh Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) pada sem ini telah berjalan dengan baik walaupun terdapat banyak kelompangan. Namun ukhuwah,soft skill dan pengalaman oleh peserta dalam kem ini telah banyak membuka minda mereka dalam memahami konsep Amal Islami.
(Sedang Membuat Pentas Pesta Konvo UTM(^-^))
Sepanjang perjalanan program ini kita boleh lihat betapa hebatnya ukhuwah di uji di antara naqib dan anak usrahnya,sahabat bersama sahabatnya,roomate bersama roomatenya dan abang bersama adiknya dalam menghadapi setiap aktiviti yang dijalankan bermula dengan kuliah yang disampaikan oleh Dato Nor Fadhilah Kamsar dimana setiap dari peserta hendaklah menumpu perhatian sepenuhnya dalam mencatit setiap kata-kata penceramah kerana kuliah tersebut hanya menggunakan cd.(^-^)
(Pahlawan-Pahlawan KRU)
(Sebelum Ke Tasik)
Amal Islami merupakan satu pentarbiyahan pengurusan bukan sahaja kepada diri tetapi kepada pergerakkan jemaah KRU itu sendiri.Kekuatan sesebuah kelab bukan terletak kepada ketua dan MT kelab tetapi oleh ahli-ahli KRU sendiri kerana sesebuah kelab tidak akan ada andai kata ahli-ahli tidak memberi sokongan.
Dan kepada peserta-peserta TAHNIAH kepada kerana melepasi salah satu ujian pertarbiyahan KRU.