Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 20 Mac 2010

GST

15 Mac 2010, Skudai : Bacaan draf kedua berkenaan isu Rang undang-undang Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada persidangan parlimen hari ini terpaksa ditunda berikutan bantahan kuat daripada rakyat. Penundaan ini bertujuan bagi membolehkan kerajaan mendapatkan respon dan pandangan sebelum menjalankan GST di Malaysia.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun menjelang tarikh itu, pentadbiran Tun Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Kita semua tahu pendapatan Negara agak menguncup pada masa ini. Bajet 2010 adalah sebanyak RM180 bilion berbanding RM220 bilion untuk tahun 2009. Kurangnya keuntungan Petronas pula menyulitkan lagi keadaan. Maka untuk menstabilkan ekonomi sekarang, maka dicadangkan cukai GST yang akan dikenakan ke atas sesetengah transaksi jual beli barangan dan perkhidmatan di seluruh Negara yang dianggarkan sebanyak 4%. Melalui GST, Kerajaan menjangka perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya.

GST yang mungkin dilaksanakan ini merupakan cukai tidak langsung. Cukai tidak langsung bermaksud cukai yang dikenakan secara tidak langsung kepada pengguna oleh pengeluar dengan pengguna akan membeli sesuatu barang dengan harga yang sudah disertakan dengan cukai.

Jika sebelum ini, hanya individu tertentu yang dikenakan cukai, namun melalui GST ini, setiap individu akan terkena tempias akibat perlaksaannya GST dan tidak terkecuali mahasiswa itu sendiri.

Saudara Hafizuddin Misbah, Naib Presiden 1 PMIUTM apabila dihubungi berkata “Kami yakin setelah meneliti beberapa fakta yang diperolehi, perlaksanaan ini bakal memberi bebanan kepada rakyat khususnya mahasiswa.

Tambah beliau, Cukai yang ingin dilaksanakan juga dilihat bakal memberi “kesan berantai” kerana cukai ini merupakan cukai yang tidak langsung ,bebanan cukai akan ditanggung oleh pengguna akhir iaitu rakyat termasuk mahasiswa. Dan apabila memperkatakan soal cukai, cukai mana yang tidak membebankan??” Justeru, kami mahasiswa membantah cadangan perlaksanaan rang undang-undang GST ini demi kepentingan kami mahasiswa pada masa akan datang.

Pihak universiti juga dicadangkan mengadakan forum atau debat perdana dengan memanggil kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan juga pembangkang bagi memperjelaskan isu GST secara telus kerana ini bukan soal politik semata-mata tetapi melibatkan kebajikan rakyat dan mahasiswa itu sendiri. Ini juga adalah peluang kepada kerajaan untuk turun memberi penerangan kepada rakyat (baca:mahasiswa) sebelum dasar-dasar yang dianggap “membebankan” ini dijalankan. Sekian. MyLPM.

Rabu, 19 Ogos 2009

Buat Naqib Ku.......


Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Maafkan Ana dan sahabat2 yang lain kerana selama ini telah banyak melukakan hati nta. Apa2 pun abang adalah terbaik! Jangan lupa p kursus kawen ye.(^_^)

Selasa, 18 Ogos 2009

Penyakit Baru?

Hmmm….dh lama tak update blog ni. Ramai juga orang complain kat ana. Namun apa boleh di buat ana begitu sibuk dengan gerak kerja kelab dan persatuan serta ditambah lagi dengan test.

Baru-baru ni konvokesyen di univeristi ana mengalami kejutan di mana setiap orang yang menerima sekarlung ijazah dan diploma perlu memakai mask di muka. Bila melihat gambar senior-senior ana di dalam kosmo memakai mask agak kelakar. Namun itulah menjadi pengajaran kita pada hari ini kerana segala bala bencana yang berlaku di atas muka bumi merupakan bala dari Allah untuk menguji mereka yang beriman atau juga merupakan akibat dari tangan manusia sendiri di mana mereka tidak menjaga muka bumi Allah ini dengan syariatNya.

Allah berfirman,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” ( Al 'Ankabuut: 2)

Dan Allah berfirman lagi

Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”( Ar Ruum: 30)

Selsema Burung



Mula-mula sekali bala yang mula menyerang kita merupakan selsema burung. Dimana kebanyakkan spesis burung termasuklah ayam telah dicemari dengan penyakit ini.Tambah teruk lagi penyakit selsema burung ini merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan kematian.Namun, tidaklah sampai ke tahap pandemik seperti selsema babi.

Selsema Babi



Begitu hairan sekali, selang beberapa tahun selepas redanya penyakit selsema burung,bumi ini telah diserang lagi dengan penyakit baru yang lebih merbahaya iaitu selsema babi di mana peratusan kematian manusia di seluruh negara lebih tinggi dari selsema burung dan sama taraf dengan denggi. Dari mana datangnya penyakit ini? Mengapa sekarang baru berlaku? Adakah ini bala dari Allah atau akibat dari tangan manusia sendiri?Itu persoalan yang perlu kita cari.

Demam Koala(penyakit baru ana sedar)



Penyakit ini merupakan pengalaman dari kita dimana setiap dari kita mungkin nampak benda ini. Terutamanya apabila kita menuntut ilmu di dalam kelas, penyakit ini memang selalu menyerang manusia. Demam koala yang ana maksudkan ialah TIDOR…penyakit ini sudah lama menyerang kita dan amat susah untuk di ubati dikalangan mahasiswa. Walaupun ia Nampak biasa namun ia mampu mempengaruhi sahabt-sahabat yang lain. Jadi, pandai-pandailah kita melawannya.(gurau aje)

Akhir kata dari ana ingatlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kerana Allah lebih mengetahui selok belok kita sebagai manusia. Marilah kita kembali kepada Allah selepas apa yang berlaku di atas muka bumi Allah ini kerana Bumi ini bukanlah milik kita. Agama Islam merupakan agama fitrah manusia di mana Islam memberi panduan kita agar memelihara setiap mahkluk di atas muka bumi ini jadi marilah sama-sama kita menjulang kembali syariat Allah s.w.t.

Jumaat, 26 Jun 2009

Selamat Datang Mahasiswa




Syabas dan tahniah kepada adik-adik dan rakan-rakan kita dari intitusi lain kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi UTM. Bersyukur kepada Allah kerana Dia meletakkan sahabat-sahabat sekalian ke dunia baru ini yang lebih mencabar dari dahulu di mana kita akan berjumpa pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran yang dapat mengubah kita dari landasan fitrah sebagai seorang manusia. Namun, jika kita berilmu dan beramal serta dapat membezakan antara kebenaran dan batil dapatlah kita menembusi pelbagai cabaran dan pengaruh.

Sahabat-sahabat baru ku,

Adalah tidak bermakna andai kata kita masuk ke universiti tidak mahu memiliki seorang sahabat atau kawan-kawan untuk menempuhi alam kampus ini.Ini kerana kekuatan diri kita juga asbab dari kekuatan kita bersama kawan atau sahabat iaitu jamaah. Namun, kawan atau sahabat bagaimanakah kita akan memilih nanti? Itu adalah satu pilihan yang amat berat kerana kebanyakkan pengaruh pada diri kita hasil dari pengaruh sahabat dan persekitaran kampus itu sendiri. Jadi jalan terbaik adalah dengan memilih sahabat-sahabat yang soleh dan rajin berusaha menimba ilmu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Dengan memiliki seorang sahabat yang solehlah mampu membawa kita menempuhi alam kampus biarpan dicemari dengan perbuatan yang tidak mencerminkan islam.

Mahasiswa sekalian,

Adakah anda sekalian masuk ke unversiti ini hanya persediaan anda untuk mendapatkan pekerjaan di kemudian hari? Namun rugilah masyarakat andai kata jika anda hanya berfikiran begitu. Dengan panggilan mahasiswa kita telah mengetahui berapa gahnya nama itu dimana dengan panggilan itu menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada mahasiswa adalah amat tinggi oleh kerana keilmuan dan keberanian menegakkan hak-hak rakyat. Seandaianya jika kita berfikiran “aku belajar kerana kerja” hanyalah membawa kerugian kepada masyarakat. Jadi Mahasiswa, ‘tranformasi’lah diri kita agar kita berguna kepada masyarakat dimana kita mampu memimpin keluarga,masyarakat dan juga Negara untuk mencapai keredhaanNya.

Akhir kata Wahai Panglima Islam,

Sedarlah diri kita dan tanggungjawab kita kepada Allah dimana ‘Amal Makruh Nahi Mungkar’ merupakan satu kewajipan kepada kita. Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita dari sekecil-kecil atom sehinggalah sebesar alam.Jadi gunalah kesempatan kita sebagai Mahasiswa untuk memberi kesan impak kepada ‘Amal Makru Nahi Mungkar’. Kitalah yang merupakan ‘check dan balance’ terhadap perkara dakwah dan menjaga fitrah kita sebagai manusia yang diamanahkan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Tahniah Dan Syabas(^_^)