Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Khamis, 8 Julai 2010

Persatuan Mahasiswa Islam Mendekati Mahasiswa Baru



Bersyukur kepada Allah dengan izinNya PMI telah mendekati pelajar dengan pembukaan booth di N24.Kali ini temanya adalah World Cup.(^^) Pendekatan PMI kali ini jenis bersantai serta menunjukkan PMI ini bukan satu persatuan yang menghalang segala-segalanya.Tambahan lagi, PMI dahulu banyak memprotes bentuk hiburan yang terdapat di dalam pesta konvo kerana bentuk hiburan yang di anjurkan tidak menepati syariat islam. Jadi semester yang lepas PMI beri di mandat untuk menganjur satu bentuk hiburan di pesta konvo di bawah kelolaan Lujnah Sukan dan Budaya PMI. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun terdapat banyak kesalahan teknikal namun sambutannya adalah menggalakkan.Jadi PMI bukan satu persatuan yang jumud ke atas sesuatu perkara.

Adalah menjadi satu tanggungjawab kita untuk mendidik diri kita bagi menjadi seorang mahasiswa yang ideal dengan islam. Persatuan Mahasiswa Islam menjadi satu wadah kepada kita untuk bersama-sama sahabat di persatuan untuk membentuk satu ummah Mahasiswa agar apabila keluar dari alam universiti kita tahu bagaimana untuk menjaga diri dengan pendekatan islam. Selain itu, kita sebagai mahasiswa perlu di dedahkan dengan pelbagai bentuk pengalaman dan cabaran untuk menempuhi alam masyarakat di luar kampus. Saya salah seorang dari ahli PMI telah banyak belajar dari persatuan ini di mana kemampuan saya untuk berhadapan dengan majikan saya tempat latihan industri begitu baik. Mungkin hasil didikan saya di alam universiti ini menjadikan saya lebih baik di luar.



Tidak terlambat juga saya mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi di Universiti Tarbiyah Malaysia. Dengan qada' dan qadar anda semua telah berjaya memasuki UTM ini. Harapan kami sebagai senior serta sebagai ahli PMI mengharapakan adik-adik semua menjadikan universiti satu wadah didikan yang baik kepada diri serta ambillah segala bentuk ilmu yang ada di universiti di mana masjid UTM telah menganjurkan pelbagai program kepada kita dalam menuntu ilmu agama.

Jadikan PMI satu teman kepada anda.(^^)

......Kerana Tuhan Untuk Manusia......

Tiada ulasan: