Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 3 Julai 2010

Pesta Mendaftar Pengundi



Baru-baru ini Pemuda UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa nisbah orang melayu dengan orang bukan melayu yang sudah daftar mengundi adalah 1:40. Agak terkejut juga aku kerana fakta yang sebelum ini bahawa seramai 4.3juta rakyat Malaysia belum daftar sebagai pengundi belum hilang hangatnya ditambah lagi dengan kenyataan Pemuda UMNO. Selang beberapa minggu keluar pulak kenyataan SPR menyangah kenyataan pemuda UMNO bahawa nisbah sebenar adalah 1:2 yang sudah berdaftar. Adakah SPR yang benar atau pemuda UMNO yang benar? Aku nak percaya yang mana satu pun tidak tahu. Namun aku masih bimbang seramai 4.3juta rakyat Malaysia masih belum mendaftarkan diri.

Jadi dengan situasi begini aku sebagai mahasiswa tidak boleh duduk diam.Aku tahu memang kerajaan Malaysia tidak serius dalam hal-hal begini. Jadi aku perlu membantu juga dalam hal-hal begini. Walaupun kecil bantu aku namun inilah usaha aku. Aku teringat kisah seekor burung membantu nabi Ibrahim dalam membantu memadamkan api yang besar.Walaupun kecil usaha burung namun tetap sebagai bantuan kepada nabi Ibrahim.

Jadi sahabat-sahabat sekalian,

Saya sebagai rakyat Malaysia saya menyarankan kepada anda agar mendaftarkan diri sebagai pengundi jika anda mencapai umur 21 tahun. Jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini maka kita tidak kisah apa akan berlaku kepada negara kita dimasa hadapan. Jadi Jom Mendaftar!!!!(^^)

...........Kerana Tuhan Untuk Manusia...........

Tiada ulasan: