Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

Sabtu, 3 Julai 2010

Salahkah Kita Menegur Kesilapan?



Dalam kepanasan Piala Dunia dengan kekalahan Brazil kepada Belanda,negara kita dicemari dengan berita pergantungan coach skuad Harimau Muda iatu Azraai Khor oleh pengurusan FAM. Pergantungan ini disebabkan oleh pendedahan sebenar skuad harimau muda di Slovakia serta teguran coach Azrai Khor kepada FAM. Oleh kerana mahu menutup kesalahan pengurusan FAM maka cara beginilah mereka lakukan terhadap pengusaha-pengusaha bola sepak kita. Samalah situasi Allahyarham Dato Ahmad Basri di mana beliau menegur FAM tentang pembangunan bolasepak Kedah di mana beliau di larang sama sekali terlibat dengan bola sepak Malaysia selama beberapa tahun. Begitulah pengurusan Bolasepak Malaysia mudah sekali mengambil tindakan selepas melakukan kesilapan sendiri maka orang lain menjadi mangsa.

Apakah salah kita menegur kesalahan orang lain? Adakah salah jika seorang coach mendedahkan hal sebenar skuad Harimau Muda di Slovakia di mana mereka bukan bermain di liga Slovakia? Dari aku kecik sehingga aku menjejaki kaki di universiti masalah FAM masih belum selesai dengan ketidak profesional mereka dalam mengendalikan pembangunan bolasepak Malaysia sehinggakan nak menentukan beberapa pasukan untuk bermain di liga pun susah nak tentukan. Tambahan lagi saya melihat pengurusan FAM tidak serius dalam membangunkan bolasepak dari akar umbi tetapi mereka lebih mementingkan perlawanan-perlawanan hebat dengan skuad yang hebat kerana bagi mereka bolasepak hanya persembahan seperti tengok kartun.

Kita tengok juga FAM tidak langsung mengambil peduli tentang nasib skuad bolasepak negeri Perak di mana skuad negeri Perak di tindas oleh kerana Dato Sri Nizar memegang Presiden Bolasepak negeri. Amat jijik bagi aku bila TV3 banyak mencaci dan mengfitnah Dato Sri Nizar dalam mengurus bolasepak.Dari sini kita lihat pihak FAM tidak serius dalam membangunkan bolasepak negara kita. Tidak kira siapa yang memegang tampuk pimpinan bolasepak negeri,bolasepak adalah sukan.Tidak sepatutnya menindas mereka kerana masalah politik di negeri Perak.



Bagi pendapat persendirian tentang FAM ini adalah tidak layak bagi orang-orang politik dalam memegang jawatan pengurusan FAM kerana perfahaman ideologi mereka menyebabkan mereka tidak boleh ditegur serta sentiasa akan menindas jika orang itu tidak sama dengan ideologi ahli politik itu. Selain itu kita janganlah mementingkan perlawanan-perlawanan hebat untuk skuad kita sepatutnya kita memikirkan bagaimana nak membentuk pembangunan bolasepak di dalam jiwa-jiwa remaja ini.

.........Kerana Tuhan Untuk Manusia.............

Tiada ulasan: